Thursday, January 27, 2011

Sukarkah Mengucapkan Maaf..


Mengucapkan maaf adalah satu perlakuan yang baik dan amat dituntut. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun sentiasa memaafkan umatnya lagikan kita yang lemah dan tak pernah lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan ini..Nak bagi tips pada kawan-kawan untuk ajar anak cara ucap kata maaf

5 Cara ajar anak ucap kata "Maaf"

1.TUNJUKKAN CONTOH
Biasanya anak akan melakukan peniruan terhadap orang yg hampir dengannya termasuk ibu bapa atau pengasuhnya. Jadi inilah masa utk menunjukkan contoh situasi anda mengucapkan maaf. Contohnya, tunjukkan kpdnya bagaimana seharusnya kata maaf diucapkan.

2. TUNJUKKAN PENYESALAN DGN BAHASA TUBUH
Pergerakan tubuh juga memainkan peranan utk mengucapkan kata-kata maaf. Gunakan bahasa tubuh anda pd ketika mengungkapkan permintaan maaf. Anda boleh melakukan menggunakan gerakan mata ketika mengucapkan kata maaf, menggenggam tangannya dan memeluknya.

3.DORONG ANAK BERTANGGUNGJAWAB
Selain mengucapkan kata maaf, ajarkan pula anak anda utk bertanggungjawab atas kesalahan yg dilakukannya. Misalkan, ketika dia menolak teman sebayanya hingga terjatuh. Setelah si kecil mengucapkan kata maaf, ajak dia untuk membantu temannya berdiri atau memberikan penampal luka.

4.BERIKAN PUJIAN
Tidak ada salahnya memberikan pujian setelah anak anda mengucapkan kata maaf setiap kali dia melakukan kesalah. Hal ini sebagai penguat bahawa yg dilakukannya adalah betul dan perlu diulanginya lagi jika berlaku perkara yang sama.

5.MENYEDARI KESILAPAN
Anda harus mengajarkan si kecil bila waktu sesuai untuk mengucapkan kata-kata maaf. Contohnya setelah dia menyusahkan orang lain, mencederakan rakannya, mungkir janji, memecahkan pasu atau melakukan perkara-perkara yg dilarang. Dgn cara ini, membantu dia memahami bahawa bukan semata-mata minta maaf tanpe mengerti alasannya.

Sumber Artikel: Majalah Mingguan Wanita Keluaran 17-23 Disember 2010
Sumber Gambar:eyamujahidah

post signature

Tuesday, January 25, 2011

Mestica - Rahmat Ujian

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Sumber: Lirik Nasyid

post signature

Monday, January 17, 2011

Kanak-kanak dan Taman Permainan..



Kanak-kanak pasti tak dapat dipisahkan dengan taman permainan..farzana pun macam tu.Kekadang kalu jalan-jalan nampak taman mesti dia nak main.balik sekolah pun ajak pergi taman permainan. Tapi biasa hari kerja tak dapat la bawak dia pergi taman sebab balik pun dah petang nak masak lagi kelam kabut jadinya.

Paling seronok kat Putrajaya hampir setiap kawasan pasti ada taman permainan.Macam area rumah kami ada 3 taman permainan yang berdekatan dan yang paling bagus taman permainan ini turut dilengkapi dengan fitness equipment..so, maybe ibu bapa boleh bawak anak bermain di taman sambil mereka pun bersenam menggunakan fitness equipment tersebut..kalu nak yang paling best boleh berjogging di kelab tasik presint 8 dan presint 9..equipment kat situ lebih banyak dan lebih mencabar la..



Dan yang paling bagus bila bawak anak ke taman boleh menggalakkan mereka berkawan..farzana semalam bukan main seronok dia main dengan akak yang ada kat situ..siap cakap " umi, nak main dengan akak" pastu dia pun join budak-budak tu main.cuma risau dia terikut-ikut budak-budak tu main...yelah dia baru 2 tahun lebih nak berkawan dengan budak dah sekolah tentu la risau..apa-apa pun farzana memang suka pergi taman permainan sampai kekadang payah nak ajak balik..


Korang selalu pergi atau suka pergi taman permainan?


post signature

Saturday, January 15, 2011

Selamat Hari Lahir Adik Bongsuku..

Besday boy Mohd Arif Amsyar....



Selamat hari lahir buat adik bongsuku a.k.a Ucu bagi farzana..allhamdulillah, diberi pertambahan usia oleh Allah kepada adikku, semoga dimurahkan rezeki..terus berjaya dalam pelajaran didunia dan akhirat..terus tabah dan cekal dalam mengharungi cabaran dan dugaan di masa hadapan dan menjadi anak yang soleh buat mak dah abah..



Malam, kami celebrate besday Arif..siap ade special sponsor cupcakes dan aku sponsor pizza..farzana bila nampak sahaja cupcakes terus teruja nak makan..tak sabar-sabar dia nak makan..decoration pada cupcakes tu yang buat dia tertarik dan tak sabar untuk makan..




post signature

Friday, January 14, 2011

Hikmah dari Musibah..



Sahabatku, demi Allah tidak akan satu musibah pun yang kekal dalam hidup ini
Bagaimanapun beratnya
Jika suatu ketika ia menimpa
Janganlah sahabat merasa tak berdaya kerananya
Jangan pula banyak mengeluh
Kerana ia pasti akan lenyap
Betapa banyak orang terhormat yang dirinya sering tertimpa musibah
Namun ia tabah sampai musibah itu lenyap dan meninggalkannya
Dan saat kesabaranku muncul dalam musibah maka musibah terasa ringan..

Hati terasa sedih saat menanggung derita
Namun terkadang kesengsaraan bagiku ada hikmahnya
Begitu banyak hari
yang diawali dengan kesusahan dan kesedihan
Namun berakhir
dengan kesenangan dan kegembiraan
Usah merasa berat dengan kesusahan yang menimpamu
Kerana yakinlah..
Akan ada jalan keluar di sebalik kesusahan dan kesulitan.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya." (Surah At-Taghabun: 11)


sumber gambar: Opera


post signature

Thursday, January 13, 2011

C3..Oh..C3



Akhirnya, sampai gak hp yang D order..actually Hp C3 ni D beli dengan harga RM88.00 sahaja..sebab murah la tu mai ambik..kalu ikut harga pasaran dalam RM400++ kan..

Ni promosi celcom, sebab aritu D tukar package dari p250 ke p48 murah skit berbanding package lama..rupanya2 package lama tu call rate 0.20..mahal gile rupanya konon bagi free 250 minit..pandai betul diaorg buat promosi tersembunyi kan..package 48 ni lebih murah..call rates 0.10 within network dan yang paling best free 500 sms within network.

kebetulan dah harga murah apalagi beli la..hp lama pun dah bengong2 screen dia kekadang ok kekadang k.o...macam tuannya..hahahaa...nak baiki dalam RM100++ gak la..



Nak kongsi dengan kawan-kawan pasal HP C3:-

- It's more than just a phone
- It's your social networking
- It's your chat/instant messaging
- It's your push email
- It's your one stop shop
- It's your camera

More details dekat: Nokia

post signature

Wednesday, January 5, 2011

Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick

Bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi


Sumber lirik: Free lyrics

post signature

Tuesday, January 4, 2011

As Salam..Untuk Manfaat Bersama

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Terima kasih pada Hany yang menghantar emel ini buat manfaat kita bersama..

post signature

Monday, January 3, 2011

Umi..Alamanda..Umi



Emm, itula ayat popular keluar dari mulut farzana kalu tiba je hari cuti..tak ada tempat lain yang nak dia pergi..yelah tu shopping complex yang ada kat Putrajaya ni..

So, sempena cuti umum jumaat aritu..aku,zana dan my younger sister and younger brother jalan2 le ke alamanda..zana biasa la main kuda kat tempat mainan, pastu kutip2 gula2 guna mesin banyak juga hasil tangkapan zana kali ni siap dapat 2 jeli lagi..

Pastu kami makan kat MC D..yummy prosperity my favourite burger dah kuar apa lagi beli la..yummy sangat sedap tak berubah2 rasanya..then, kami sambung jalan2..dan balik semula ke umah mylovely mum..balik dalam kereta zana dan tertido kepenatan berjalan..hehehe..

Makan Time....



Zana main-main..



post signature

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011



Allhamdulillah, kita dah pun melangkah ke tahun baru 2011..semoga kehadiran tahun baru 2011 membawa seribu rahmat, keberkatan dan kasih sayang buat kengkawan dan kita semua..tekadkan azam dan semangat untuk terus melayari kehidupan dunia yang fana ini..demi meraih kasih sayang, cinta dan redha Allah yang kekal abadi..

Saya tinggalkan tahun 2010 dengan seribu satu kenangan pahit dan manis..Macam-macam perkara dan hal-hal yang tak diingini telah berlaku pada saya dan menganggap itu sebagai dugaan dan cabaran hidup daripada Allah S.W.T. Apa yang saya tahu, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286. Saya berdoa "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahumma ajurni fi musibati, wakhluf li khairan minha." (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya).

Buat keluarga ku..doa dan harapan buat kalian..untuk mak dan abah semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah S.W.T...

Buat angah..tengah darah manis bertunang..semoga perancangan untuk mendirikan rumahtangga berjalan lancar dan mendapat restu dan keberkatan dari Allah S.W.T...

Kepada aishah..semoga selamat bersalin, melahirkan anak sedara kedua kami yang sihat dan comel..selamat berpantang dan selamat menjalani kehidupan sebagai bakal ibu dengan lebih sabar dan tabah..

Untuk uyun..selamat melangkah ke alam pekerjaan..semoga mendapat kerja yang berkaitan dengan bidang dan terus sukses dalam kerjaya dan hidup..caiyok2..semoga dapat mencapai berat yang diinginkan..hehehe..

Buat arif..selamat melangkah ke sekolah menengah..semoga menjadi anak yang soleh dan remaja yang sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah..

Buat my lovely princess..semoga sayang diberi kesihatan yang baik,semakin bijak dan rajin belajar,menjadi anak yang solehah dan terus tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan hidup ini..umi, akan sentiasa ada dan berada disamping sayang dalam mengharungi kehidupan di dunia yang fana ini..

Buat rakan-rakan blog, terima kasih atas sokongan yang diberikan, semoga kawan-kawan mendapat rahmat, keberkatan dan kebahagiaan dalam mengharungi tahun ini..

Sumber gambar: New Year

post signature