Monday, February 28, 2011

Ujian - Tanda Kasih Sayang Allah S.W.T


Kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)(Surah At-Talaaq 65:Ayat2-3)



Such is the admonition given to him who believes in Allah and the Last Day. And for those who fear Allah, He (ever) prepares a way out, And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if any one puts his trust in Allah, sufficient is ((Allah)) for him. For Allah will surely accomplish his purpose: verily, for all things has Allah appointed a due proportion.(Surah At-Talaaq 65:Ayat2-3)


Farzana,
Ingatlah sayang hidup kita satu perjuangan..
Perjuangan menunaikan hak Allah,
Perjuangan menunaikan hak diri sendiri,
Perjuangan menunaikan hak orang lain,
Perjuang memperbaiki diri dan melawan nafsu dalam menjalankan perintah Allah..
Jadikanlah Al-Quran dan As-sunnah sumber rujukanmu insyaallah, dirimukan terus tabah dalam mengharungi kehidupan di dunia yang fana ini..

Ingatlah nak Allah yang berhak disembah..didiklah hati ini mencintainya dengan sepenuh jiwa dan raga..
Solat, ibadah, hidup dan mati hanya untuknya..

Farzana, kalau umi tak ada, Allah selalu ada.. Adukan segala kesedihan dan kesulitan pada Dia. Panjatkan pujian pada Dia atas segala nikmat kurniaanya..pasti hatimu menjadi tenang dan damai..

Bagi umi pula, kalau Farzana tak ada bersama,..umi jangan sedih bimbang ya..Cukuplah Allah sebagai penolong dan Allah adalah sebaik-baik pelindung..



Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja’ (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada ‘musabbabil asbab’ (Penyebab segala sebab) – wajah MU ya Allah.


post signature

Tuesday, February 22, 2011



Saat ini..aku di sini..dilanda ujian olehmu lagi..aritu farzana..kita aku pula..dengan kerja di ofis yang cukup berlambak hari ni sebutharga akan ditutup maka lepas ni bertambah bertimbun la kerja aku di ofis..namun aku sedar ujian itu tanda kasih sayang Allah padaku..bagi menguji tahap keimanan ku..walaupun pahit dah perit aku perlu tabah dan redha dengan semua ini..

"Inna lillahi wa inna ilahi raji'un (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadanyalah kami kembali).."Ya Allah,berilah aku ganjaran dari musibah yang menimpaku, dan gantikan bagiku sesuatu yang lebih baik darinya"..


Bait lagu dari Mestica - Rahmat Ujian untuk pemangkin dan penguat semangatku dan rakan-rakan yang turut diuji oleh Allah..semoga Allah sentiasa bersama kita dan memberi kita petunjuk akan jalan keluar atas musibah yang melanda kita..


Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


post signature

Zana Sakit Mata..

Gambar Zana Sakit Mata....



Selasa 8hb lepas balik nursery mata zana merah teruk terus le bawak diapi klinik Lita Alis..so, doktor mengesahkan zana kena sakit mata..uwaa,Di yang risau yelah keje sekarang memang tengah kejar macam2..tapi kena jugak cuti sebab zana memang tak boleh pergi nursery kang berjangkit pulak..sampai ahad mata zana masih tak ok..

Ahad aku bawak zana review balik ke klini aritu..then, Dr bagi surat utk bawak zana pi hospital dah ade selaput kat kelopak mata dia..dr pesan kena cuci gak selaput tu hari ni..if tak sakit mata makin lame..disebabkan unit kecemasan kat hospital putrajaya ramai org..last2 kami decide utk bawak zana ke KPJ Kajang sebab situ ade cover by Prudential..terus le mata zana kena cuti..siapkena balut tangan dia.abis meraung2 nangis bila mata dia kena cuti..sian anak umi..kemudian dr bagi appoinment on Monday utk jumpa pakar mata..

Sementara tunggu masa surgery....


Isnin, pergi la jumpa pakar mata..dr pakar suggest buat minor surgery..kat kelopak mata dia utk buang selaput tu on Wednesday..so, rabu tu zana kena posa since 8.00 a.m dan masuk wad lebih kurang kul 11.00 after proses itu ini selesai..actually mula2, dr plan nak buat kul 2.00 petang tapi nasib baikdr cepatkan..kalu tak haru jugak sebab zana dah mula merengek2 nak susu..lapar sian dia..

Dalam kul 12.00 zana pun didukung olehku untk masuk ke bilik pembedahan..mula2 dia macam ok tapi bilatengok ramai sangat orang mula la nak nangis..lepas bagi dia sedut gas bius utk tido kan dia..kau cium dia dan kena keluar..tak lame dapat 20 minit kemudian diaorg panggil aku masuk cakap zana dah sedar.,.dia tengah nangis..allhamdulillah selesai dengan baik dan lancar,terima kasih ya Allah

khamis zana dah pergi semula ke sekolah..allhamdulillah jumaat dah semakin pulih mata dia..sabtu pergi review dengan pakar balik..allhamdulillah tak ade selaput lagi dan dr sahkan dia bebetul sembuh..

Gambar Lepas minor surgery..allhamdulillah,dah selesai..



So, pas ni kena jaga zana elok2..fobia betul Di bila zana sakit mata dah le jenuh nak titik ubat mata..saat yang paling tak suka..oleh Di dan zana sendiri..actually masa aku keje rabu 9hb aritu ade jumpa kawan yang hantar anak kat nursery zana diaada bagitau ade budak kat nursery zana kena sakit mata sabtu aritu..emm,so dah tau le mane zana dapat penyakit tu..emm,tak apa la ujian Allah untuk aku dan farzana..semoga ada hikmah di sebaliknya..aminn..

post signature