Tuesday, August 28, 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..

Sempena bulan Syawal yang mulia ini Di mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi berkunjung ke laman blog Di yang serba kekurangan ini. Dengan rasa kerendahan hati Di meyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf andai pernah terkasar atau tersalah bahasa sepanjang Di menulis di blog ini. Semoga madrasah ramadhan yang kita tinggalkan menjadikan kita hamba Allah yang bertakwa dan istiqamah dalam menjalankan amanah dan tanggungjawabnya di bumi yang fana ini.

Salam Aidil fitri buat rakan-rakan blogger tersayang, semoga kehadiran syawal yang mulia ini memberi keinsafan dan kesyukuran yang tinggi atas rezeki dan ujian yang melanda kehidupan kita semua, insya Allah..



post signature

Thursday, August 16, 2012

Buat Inspirrasi bersama..


Ramadhan semakin melabuhkan tirainya..sedih dan sebak rasa hati ini. Semoga tarbiah Ramadhan tahun ini dapat menjadikan kita semua hamba Allah yang bertakwa dan sejati, insya Allah..
post signature

Thursday, July 12, 2012

Tips Amalan Mesra Alam

Insya Allah, D akan kongsikan amalan tips amalan mesra alam yang dihantar melalui email kami. Semoga tips ini dapat menjadi inspirasi dan diamalkan bersama oleh D dan rakan-rakan blogger semua untuk menjaga alam semulajadi ciptaan Allah S.W.T. Bersama-sama kita jaga alam sekitar demi kesejahteraan bersama.

Tips Hari ini:-



Masukkan botol air terpakai yang diisi dengan batu-batu kecil dan air ke dalam tangki tandas bagi mengurangkan penggunaan air setiap kali menggunakan tandas. Pengunaan air akan dapat dikurangkan sehingga 30%.





Sumber email : Urus Setia ‘NRE Goes Green 2012”
post signature

Tuesday, July 3, 2012

Tidak Pernah Jemu

Sedar tak sedar, rupanya dah beribu-ribu kali kita solat. Beribu-ribu kali juga kita renew (perbaharui) syahadah kita. Malah berbulan-bulan atau mungkin sudah bertahun-tahun kita berpuasa (jumlah puasa wajib atau sunat sepanjang hidup). Ada sesetengahnya sudah berkali-kali mengerjakan umrah atau naik haji.

Seandainya kita fokus kepada solat, setiap hari paling tidak kita akan rukuk 17 kali, 34 kali sujud, lima kali mengangkat takbiratulihram dan memberi salam. Bukan itu sahaja, malah kita mengulangi bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali, bertakbir hampir 100 kali, malah banyak lagi bacaan lain yang dibaca berulang kali dan tidak pernah berubah.

Pernahkah kita jemu dengan semua itu? Pernahkah jemu membaca surah dan ayat al-Quran yang sama? Pernahkah jemu bertawaf dan menunaikan pelbagai rukun haji dan umrah yang lain? Tidak Pernahkan?

Hakikatnya ibadah itu makanan roh yang amat diperlukan dari semasa ke semasa. Makin dikerjakan ibadah wajib, makin terasa lazatnya, malah mungkin makin "ketagih"
Ibadah tidak pernah menjemukan. Yang jemu hanyalah hati yang kian jauh daripada rahmat Allah S.W.T. Yang jemu hanyalah hati yang terlalu mencintai dunia.



post signature

Friday, June 15, 2012

Muhasabah




Sumber Gambar: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=379376535444451&set=a.245076268874479.57023.245074772207962&type=1&theater
post signature

Thursday, May 17, 2012

Panduan bersalam,bercampur dan berhijab..





Sumber:http://www.facebook.com/IslamAgamaMulia
post signature

Friday, May 4, 2012

Dijentik Halus..


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W dalam keadaan berlumuran darah. Melihat keadaannya demikian, Rasulullah bertanyakan puncanya. Rupanya disebabkan terlalu asyik memandang seorang wanita lalu di hadapan, dia terlanggar tembok di depannya.Akibatnya, itulah dia, pulang dalam keadaan berlumuran darah.

Rasulullah S.A.W kemudian bersabda maksudnya :"Jika Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia."

Rupa-rupanya jika Allah sayangkan seseorang hamba itu,disegerakan baginya hukuman di dunia lagi. Bersyukurlah andai sekali-sekala azab Allah segerakan. Bukan semata-mata menghukum sebaliknya sekadar menyucikan dosanya dan hukuman berupa peringatan itu sekadar menjentik secara halus.

Bersyukurlah juga andai dalam mengingatkan insan-insan lain melalui apa-apa jua medium dakwah, kita juga diingatkan oleh Allah. Itu tanda Allah sayangkan kita, sayang nak biarkan kita alpa dan lupa terhadap peringatan-Nya.
Pejam mata seketika, rasailah kasih sayang Allah yang tidak bertepi. Senyumlah. Kemudian kerahlah hati, lisan dan seluruh anggota badan agar membalas kasih sayang-Nya dengan ketaatan.

** Sumber Majalah Solusi Isu # 40


post signature

Friday, April 27, 2012

Didik Anak Mu

Menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

"Ibubapa yg menyuruh anak lebih dari sekali, telah mendidik anak menjadi derhaka"


ulang lagi...

"Ibubapa yg menyuruh anak LEBIH dari SEKALI, telah mendidik anak menjadi DERHAKA"


Jadi, bagaimana ibubapa nak suruh anak dengan "sekali" suruh sahaja?

Tips:

1. DOAKAN ANAK UNTUK JADI ANAK YANG TAAT

Bacakan doa berikut sekali setiap hari kepada anak-anak:

Surah Al fatihah (penawar segala penyakit),
Ayatul kursi (ayat menghalau gangguan syaitan),
Surah Al insyirah (doa penenang hati),
Ayat 1-5 Surah Taha 1-5 (Ayat pelembut hati)
Al hasyr 21-24, (Ayat melembutkan hati)
Doa pembuka 12 pintu kebaikan (Doa segala kebaikan)

"Allahummaf tah li abwabal khair, wabwaabas salamah, wabwaabas sihhah, wabwaabas ni'mah, wabwaabal barakah, wabwaabal quwwah, wabwaabal mawaddah, wabwaabar rahmah, wabwaabar rizq, wabwaabal ilm, wabwaabal maghfirah, wabwaabal jannah."

Hembuskan pada ubun anak2, air, makanan atau pakaian anak-anak belum dicuci. InsyaAllah, anak-anak akan jadi anak yg taat.

2. HORMATI ANAK

Contoh situasi;
Sebelum minta anak buat sesuatu, tanya pada anak apa pekerjaan yang sedang dilakukan....

Bapa: "Anak abah tengah buat apa?"..
Anak: "Tengah tengok ultraman"

3.NEGOTIATE DENGAN ANAK

Bapa: "Anak abah nak mandi pukul berapa?"
Anak: "Lepas ultraman habis, bah..."
Bapa: " Ok, bagus! 6.30 pergi mandi ye sayang.."

Kalau anak kata..

Anak: "Pukul 10malam saya mandi"
Bapa: "Ohh..tak boleh...Sebab kita nak makan malam sebelum maghrib. Jadi, anak abah mandi pukul 6.30 ye. Lepas ultraman habis terus mandi"
Anak: "Ok bah.."

4.KUATKUASAKAN

Bila dah anak dah setuju, ibubapa perlu kuatkuasakan.

Sebaik sahaja pukul 6.30 petang, pergi pada anak dan cakap.

Bapa: "Ok anak abah, dah pukul 6.30. Sekarang kena pergi mandi"

Pegang tangan anak, pimpin dia, bawa ke bilik air untuk mandi.
DONE! Sekali suruh sahaja ^_^



5. PUJIAN DAN PENGUKUHAN

Bila anak dah berjaya lakukan perjanjian yang dibuat, ceritakan kejayaannya di hadapan ahli keluarga yang lain.

Masa makan malam...
Bapa: "Ibu, tadi anak ibu ni....dia janji nak mandi lepas citer ultraman habis. Tepat jam 6.30ptg, terus dia pergi mandi. Bagus anak abah!


Rupa-rupanya, nak suruh anak pun ada CARA..Jom kita terus belajar & belajar menjadi ibubapa yg TERBAIK. Kata Datuk, bila ibubapa berubah, anak-anak pun akan berubah..InsyaAllah. Aamiin.





Sumber artikel : anakkusoleh.com


***Sumber Nota: Video ceramah Bina1Malaysia, Ibubapa1Malaysia sebagai Motivator (part 7)




post signature