Monday, November 30, 2009

Buah-buahan Tempatan

1.Langsat dan rambutan
2.Durian
3.Aksi farzana makan durian

Masa balik kampung sayong khamis lepas kebetulan tengah musim buah-buahan..macam rambutan dan langsat..allhamdulillah zana bukan main suka makan buah-buahan kampung..yelah selalu asyik makan anggur, kiwi dan epal aje..sekali sekala tukar selera pulak..

Selain tu zana suka jugak makan durian..aritu masa alang beli durian zana makan seulas durian..bukan main berselera dia makan..risau jugak nak bagi dia makan banyak2..takut panas badan karang sian anak umi..ape2 pun seronok bile tengok dia makan..emm, masa kecil-kecil ni la ibu bapa boleh latih anak makan buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran..kalu sayuran tak pelik sangat..zana boleh makan apa jenis sayur pun..carrot dia ratah aje makan..sayuran lain pun dia makan cuma yang berdaun payah skit sebab cam liat2 skit..

post signature

Sunday, November 29, 2009

baru sampai..

gambo ambil masa berhenti rehat kat R&R Tapah..


allhamdulillah, aku baru je selamat sampai dari sayong lembah..kampung myhubby..gerak dari kuala dalam area kul 12.00..banyak gak le bawak buah-buahan kampung rambutan, langsat, pisang..mak mertua ku siap bagi sebalang tempoyak..yummy..sedapnye..perjalanan banyak betul kereta..ramai jugak yang balik kg raya haji ni..tapi allhamdulillah kami selamat sampai dengan selamatnya..

singgah kat tapah beli jambu..ni wajib le kalu kami ke sayong atau ke kl..mesti singgah sana..orang pun ramai kat r&r..zana sempat main2 kat taman sementara tunggu me and myhubby solat..

ok..mau rehat2..esok kerja..

post signature

Aidiladha 2009

1.Jalan-jalan Jusco Ipoh
2.Musim Rambutan
3.Aktiviti main-main dengan sepupu

Tahun ni pertama kali sambut raya aidiladha kat semenanjung..kami decide balik ke sayong..

Khamis-balik ke sayong..on da way singgah ke Jusco Ipoh..saje jalan-jalan plan beli beberapa kelengkapan..beli hadiah untuk anak sedara baru myhubby, zana dapat kasut baru dan baju baru..

Jumaat- Raya haji..tak ke mane pun..rehat-rehat kat rumah je..

Sabtu - bawak farzana pergi Zoo Taiping..seronok farzana dapat kenal banyak haiwan...siap bagi flying kiss pada haiwan..kelakar betul anak umi ni..

Ahad - pas my hubby petik buah rambutan kami balik ke kuala lumpur..kereta banyak..jalan tak berapa smooth..kejap2..dok slow je..berhenti rehat kat R&R Tapah..then, sampai ke Putrajaya dalam jam 4.30 petang..

post signature

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha


Ari ni last days aku kerja..esok cuti..tu dah buat entry ni..hehehe..kebetulan today tak la busy sangat..just settle down apa yang perlu before cuti raya..

Raya haji tahun ni rasa lain skit dari 4 tahun yang lalu, sebab ni le 1st time raya haji aku pulang ke kampung..sejak pindah kerja ke Sabah dulu..aku hanya menyambut raya haji di kejauhan Laut China Selatan..pernah sekali dalam tahun 2005 aku join group UiTM Sabah ada buat program gotong royong masak beramai-ramai..memang best..kenangan yang sangat manis..buat kat rumah Ustaz Arshad..sup tulang memang kaw..just in memory..

Tahun ni aku raya haji ke perak..lama tak balik perak then, kebetulan nak tengok sepupu baur farzana Ahmad Fikri Haziq..jadi dikesempatan ini aku ucapkan Selamat menyambut Aidil Adha kepada semua kawan-kawan semoga kehadiran aidil adha membawa seribu rahmat dan keberkatan buat kita semua..sama-samalah kita hayati erti pengorbanan yang sejati..

post signature

Wednesday, November 25, 2009

Kek Cokelat


Semalam aku dah nampak akak ni jual kat jualan Kementerian Pertanian tapi tak decide nak beli sebab ingat nak beli hari ni sebab plan nak bawak balik kg satu dan beli untuk rumah satu..

Sekali ari ni que punya la panjang..aku tunggu dari kul 1.30 sampai kul 1.50 baru dapat..orang bali sekali banyak pulak tu ada yang sampai 7..banyak betul melantak kek ni..tapi kek ni memang sedap..memang puas hati le makan..harga pun tak la mahal 10.00 je..yang buat terliur tekak masa akak tu sapukan cokelat kat kek tu..gerenti terpikat nak beli nya..aku pun tak pernah lepaskan peluang untuk beli kalu akak tu buat jualan kat sini..kedai dia name harum kasturi bakery..

post signature

Tuesday, November 24, 2009

Network

Hari ni aku sempat buat small discussion dengan one company Ofisgate Sdn. Bhd. Ofisgate ni company yang buat network forensic..emm, kalu ada budget memang elok buat benda ni yelah kita dok upgrade dan beli sane sini tapi tak pasti apa sebenarnya masalah dalam network kita..after do the health check we can decide what is another step to improve that..

cite skit pasal ofisgate ni..ofisgate offer a complete end to end IP based Network Testing, Auditing and Benchmarking services. We do Conformance, Functional and Performance test on layer 2-7 network. Our experinced team of engineers perform our proven test methodology using outstanding test equipment and solution to solve your network problem.

Can browse to their website www.ofisgate.com

Semalam diaorg promote wedge network content filtering..3 in one box..antivirus, antispam and web filter..my boss cam interested..ape2 pun kami akan buat POC dulu untuk cuba the performance and explore the wedge product.

post signature

Monday, November 23, 2009

Spaghetti bolognese

1. Aksi farzana makan spaghetti

2. My spaghetti

3. Bebola Daging

Aktiviti aku hujung minggu ni..sabtu petang lepas myhubby abis program ngan budak2 kayak kami bawak our princess jalan2 ke alamanda..beli la kelengkapan dia yang semakin habis macam pampers, susu dan shopping makanan2 skit..

Then, ahad my parents pi kenduri kawin..kami tak ikut pun..so, aku decide nak buat spaghetti..one of my favourite food..kebetulan nak masak daging cincang lama2..nanti tak elok daging tu..then, aku sempat browse cari resepi utk bebola daging..jadi jugak le bebola daging aku..cuma tak berapa bulat sangat coz aku buat tak letak telur..myhubby tak boleh makan telur le..alergic..

allhamdulillah, abis licin spaghettiku..farzana siap sibuk nak makan sendiri..abis comot bibir2 dan baju nya..tak apa la yang penting zana mau makan..ni aku paste kan resepi bebola daging yang aku dapat dari internet terima kasih tu kak fida atas resepi ni.

Bebola Daging

Bahan-bahan ( 600 g )
• 600 g daging cincang -cuci dan tos (saya haluskan lagi jadi pes)
• 3 sb tepung jagung
• 1/2 sb lada putih serbuk
• 1 sb ketumbar serbuk
• 1 sk jintan manis serbuk
• 1 sk jintan putih serbuk
• 2 hiris halia - ditumbuk halus
• 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
• 1 biji telur
• garam secukup rasa
Cara-cara
1. Gaul rata semua bahan2 dan perap sebentar.
2. Bulat2kan adunan menjadi bebola kecil.
3. Panaskan air hingga mendidih dan rebus bebola.Angkat dan toskan.Siap utk digunakan dlm apa saja masakan.Juga sedap dimakan begitu saja dan cicah sos.



post signature

Khasiat Matahari



Hari ni nak cerita pasal Matahari..ada dapat sedikit info tentang khasiat Matahari:-

Manusia memerlukan cahaya matahari supaya sel badan dapat berfungsi dengan baik. Apabila cahaya memasuki mata, ia melalui retina ke beberapa kelenjar di dalam badan yang akan bertindak balas kitaran tidur dan bangun, selera makan, metabolisme, pengeluaran hormon dan mood seseorang.

Sinaran Ultra violet dan cahaya matahari diserap ke dalam tubuh melalui kulit, menjanakan penghasilan vitamin D. Memang kita, boleh mendapatkan vitamin D dari minyak ikan dan susu, tetapi vitamin D yg dijana oleh kulit sendiri adalah jauh lebih aktif dalam badan.

Vitamin D sangat penting untuk mengimbangi metabolisme, menyerap kalsium dan phosporus yang berperanan memberikan gigi dan tulang yg kuat terutama kanak-kanak yg sedang membesar.

Namun jangan terlalu lama terdedah kepada sinar matahari yg boleh menyebabkan kulit terbakar. Jadi, jika perlu sapukan krim pelindung matahari apabila anda bersama anak di luar rumah. Waktu yg sesuai untuk melakukan aktiviti untuk kanak-kanak ialah antara jam 7 pagi hingga 9 pagi, ketika ini cahaya matahari belum panas terik..

Info dari Majalah Pa & Ma keluaran Disember 2009.

post signature

Saturday, November 21, 2009

Bila Anak Pandai Bercakap

Sebagai ibu bapa tentu kita rasa gembira dan teruja bila anak kita dah boleh menyebut beberapa patah perkataan dan seterusnya boleh bercakap seperti orang dewasa..allhamdulillah, sejak dah berumur 1 tahun 6 bulan ni farzana dah makin petah bercakap..banyak perkataan yang boleh zana sebut dengan baik antaranya babah, umi, nenek, ucu, alang, makcik, nak , abis, air dan macam2 lagi..bila baca buku aku ajarkan perkataan zana akan ikut sikit-sikit kekadang bunyi betul kekadang pelik je bunyi nya..

Kebetulan aku ada dapat panduan mudah untuk kita memastikan anak bercakap dengan cara yang betul dan berhemah iaitu:-

1. Biarkan Bercakap
-Jika anda melarang anak ini drpd meniru apa yg anda ucapkan, ia akan membuatkan anak hilang minat utk menyebut perkataan yang didengarnya. Memang benar, anda tidak merasa selesa apabila si kecil meniru percakapan anda tetapi biarkan sahaja. Ini kerana dia dalam tempoh belajar bercakap dan perbendaharaan kata.

2. Mencari kata-kata baru
- Sebagai ibu bapa adalah orang yg paling rapat untuk anak anda melakukan peniruan bahasa. Jadi, ungkaplah perkataan baru yang boleh anak tiru utk menambahkan perbendaharaan katanya. Berbuallah dgn anak-anak dan biarkan dia belajar bahasa baru. Malah anak kecil boleh didedahkan dgn penggunaan bahasa asing seperti Arab, Inggeris dan Mandarin.

3. Sebutan yang jelas dan perlahan
- Si kecil masih sukar utk menyebut perkataan yg baru didengarnya. Jadi utk memastikan sebutannya jelas dan betul, anda perlu berbicara dengannya dgn perlahan tetapi jelas. Buka mulut ketika mengucapkan perkataan, sebutan itu disebut dgn betul. Dgn ini, proses pembelajaran berjalan dgn lancar.

4. Penjelasan makna
- Apabila si kecil mengucapkan kata-kata yg tidak baik(ungkapan yg kasar) dan tidak tepat, jangan terus memarahinya. Jelaskan kepadanya bahawa kata-kata itu tidak baik. Perlu juga menjelaskan apa makna perkataan itu dan gantikan perkataan itu dgn perkataan yang sopan. Katakan sikapnya yg meniru kata-kata tidak baik tidak disukai Allah. "Allah sayang adik, jika adik cakap dgn perkataan yg sopan"

5. Awasi kata-kata
- Jangan terkejut jika si kecil mengucapkan kata-kata yg tidak baik kpd anda atau saudara mara anda. Memang benar, anda tidak mengungkapkan kata-kata tidak baik kpdnya, tetapi pengaruh persekitaran membuatkan anak kecil ini mudah meniru. Pengaruh drpd television, rakan sebaya, sepupu, teman sebaya dan pengasuh akan mempengaruhi percakapan anak ini.

6. Berikan penghargaan
- Kanak-kanak suka apabila dirinya dihargai. Begitu juga jika si kecil meniru perkataan yg baik, berikan tindak balas positif misalnya memberikan pujian kpdnya. "Anak umi, ni memang bagus, sudah pandai berkata `terima kasih`." Ini memberikan dorongan kpd anak ini utk terus bersikap begitu seterusnya. Juga anda, boleh memberikan pelukan dan senyuman sebagai tanda anda menyukai sikapnya itu.

***Info dari Majalah Pa & Ma keluaran Disember 2009.

post signature

Friday, November 20, 2009

Bored



my situation now is very bored, hari ni dah 4 hari my boss tak masuk..dia ada outstation ke Kedah, Pelis, dan Penang..emm, boring nye bila bos tak ada..bos tak ada maknanya tak ada le keje..kalu bos ada kekadang dia akan panggil untuk buat small discussion ke..so, ade le keje aku skit..

emm, sedar tak sedar dah 4 bulan aku kat sini..bulan depan dah masuk 5 bulan..rase cam baru je lagi aku masuk dalam kerajaan ni..environment keje kat sini berbeza ngan masa kerja kat UiTM..tak busy macam kat sana..dah tak ade le dok buat keje2 yang bukan dalam bidang IT..emm, ape pun rindu gak ngan suasana kat UiTM yelah sana keje sentiasa busy dari pagi sampai balik..kekadang terpaksa bawak balik sebab nak kejar presentation..kat sini keje kurang..lebih pada monitor aje..kekadang aje ade meeting..kalu tak dok mengadap pc je..bukan ade keje pun..mau surfing2..aku pun naik boring sampai tak tau ape lagi yang nak disurfing..

tapi yang best dah baru 4 bulan aku kat sini..dah macam2 training pasal IT aku pergi..tiap mg ade je technology update yang kena hadir..emm, best ar dapat new knowledge and get new friends..ape2 pun aku bersyukur dengan rezeki dari Allah ini..muhasabah diri lagi2 sempena hari jumaat ini..

Inilah kata-kata hikmah yang sentiasa aku pegang..:
"JIKA TAK DAPAT APA YANG KITA SUKA, BERLAJARLAH MENYUKAI APA YANG KITA DAPAT!..DAN BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG KITA ADA"


post signature

Lawak : Staf Penipu



Seorang bos sedang menunggu staff-staff nya datang ke ofis untuk bermesyuarat.
Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun sampi ke ofis. Tiba-tiba kelihatan
salah seorang staff nya berlari menuju pintu ofis.....

Staff 1: Bos..jangan marah dulu..saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini...
Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi
terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya
terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh
dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi
membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang jugak. Seketika kemudian 8 orang
staff datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang
dari mereka kenapa mereka lewat.

Bos: Kenapa kamu lewat.

Staff 2:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan.
Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu
jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos itu pelik dan agak hairan dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telah
melepaskan staff yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga
melepaskan staff yang kedua itu. Dan setiap staff yang ditanya mengapa mereka
lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada
staff ke-9.

Bos: Ha ..kamu pula ..apa pula penjelasan kamu?

Staff 9:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi....

Bos:Biar saya teka..[bos itu menyampuk..]..teksi tu rosak kan...

Staff 9: Bukan...ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan...teksi langsung
tidak boleh bergerak...

Komen aku tentang lawak ni:- Inilah sikap semulajadi manusia lagi2 sikap segelintir orang Melayu ada sahaja alasan tentang suatu, kan lebih baik kita mengakui setiap kesilapan yang berlaku, jangan jadikan alasan sebagai penyelesaian kepada setiap masalah atau kejadian yang berlaku.

post signature

Thursday, November 19, 2009

Punca Kanak-kanak Memberontak

Meragam atau 'memberontak' adalah salah satu sifat semula jadi yang ada pada kanak-kanak namun ada kala sifat ini menimbulkan kerunsingan dan kemarahan orang sekeliling terutama ibu bapa sendiri.

Bagi mengawal tabiat tersebut ibu perlu menggunakan pendekatan terbaik dan bersesuaian dengan jiwa si kecil iaitu dengan mengenalpasti apa pencetus kepada sikap mereka itu.

Seorang pakar psikologi yang juga penulis buku No More Meltdowns, Jed Baker, menggariskan enam punca utama yang kenapa kanak-kanak meragam dan cara mengatasinya.

1. Isu biologi

Kebanyakan kanak-kanak bertukar menjadi cepat marah apabila mereka lapar atau letih. Cara penting mengelakkan situasi itu adalah dengan membekalkan makanan ringan digemarinya dalam perjalanan, sementara menunggu untuk makan di restoran.

Bagi mengelakkan kanak-kanak terlalu letih juga, pastikan mereka mendapat rehat mencukupi sebelum keluar rumah dan jangan terlalu lama berkunjung ke sesuatu tempat. Kanak-kanak akan lebih mudah bertolak ansur apabila di dalam jadual perjalanan yang diatur, mereka turut dibawa ke taman rekreasi.

2. Kekurangan aktiviti

Ketiadaan aktiviti yang boleh dibuat dalam tempoh masa lama juga menyumbang kepada sikap 'memberontak' kanak-kanak. Jika ibu bapa tidak menentukan sebarang aktiviti untuk anak-anak, mereka akan menciptanya sendiri yang akan mewujudkan ketidakpuasan ibu bapa. Sediakan bahan teka-teki, permainan, projek seni, buku, video dan aktiviti yang dapat mengurangkan ketegangan kanak-kanak menunggu.

3. Kehendak

Kebanyakan kanak-kanak akan berasa tertekan apabila diarah menyiapkan kerja rumah atau melakukan aktiviti baru. Bagi menangani perkara ini, anda perlu menjadikan arahan itu sebagai permainan untuk menimbulkan minat mereka seperti memberikan hadiah apabila mereka menyiapkan setiap tugasan.

Sekiranya kanak-kanak takut untuk mencuba sesuatu yang baru, jangan memaksa. Apa yang penting, bantu mereka menanganinya dengan meminta mereka melihat secara terperinci aktiviti berkenaan sebelum mencubanya secara perlahan.

4. Menunggu

Ada pula kanak-kanak yang akan 'memberontak' apabila tidak memperoleh apa diingini atau dilarang melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya mudah untuk kanak-kanak bertolak-ansur berhubung perkara ini sekiranya mereka dapat melakukannya walau sebentar.

Jadi ibu bapa perlu membenarkan mereka meneruskan keinginan itu dengan syarat mengehadkan masa supaya mereka berhenti melakukan aktiviti dalam tempoh tertentu. Apabila kanak-kanak menentang untuk berhenti melakukan aktiviti digemari, pujuk mereka dengan cara terbaik seperti menjanjikan aiskrim jika mereka berhenti bermain di taman permainan dan mengikut anda pulang.

5. Bina semangat


Sesetengah kanak-kanak bersikap 'amat sempurna' dan 'tidak boleh menerima kekalahan' dalam segala tugasan seharian yang dilakukan. Anda perlu mengingatkan mereka bahawa anda sebenarnya mengagumi usaha yang dilakukan mereka walaupun hasil aktiviti yang dilakukannya tidak sempurna. Lebih baik, janjikan habuan jika mereka kalah sesuatu permainan bagi mengelakkannya merasa sedih atau rendah diri.

6. Melawan untuk perhatian


Bagi sesetengah kanak-kanak, sikap golongan dewasa yang tidak membenarkan mereka mengikuti aktiviti dilakukan akan membuatkan kanak-kanak merasa tersisih.

Kanak-kanak tidak akan meminta perhatian dalam keadaan yang tidak bersesuaian jika mereka memahami situasinya. Jika anda membawa kanak-kanak menemani anda bagi sebarang pertemuan atau tugasan penting, terangkan kepada mereka orang lain sama ada dewasa atau kanak-kanak tidak dibenarkan turut serta dalam perkara itu.

Sumber dari Akhbar Utusan 19 November 2009

*** Bagus artikel ni,dengan panduan ni dapatlah ibu bapa lebih memahami ada kehendak sebenar anak mereka. Aku pun kekadang pening bila farzana dok tunjuk-tunjuk tapi bila bagi kat dia bukan itu yang dia mintak..pastu mesti dia marah..allhamdulillah tak la dia sampai memberontak..paling-paling pun nangis sahaja sebab salah.

post signature

Wednesday, November 18, 2009

Epal Hijau



Memakan sebiji epal hijau atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kolesterol dalam badan. Kana-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak di dalam badan..

so, galakkan anak-anak kita makan epal hijau..untuk kesihatan tubuh badan mereka.

Info dari Majalah Pa & Ma Keluaran September 2009.

Tadi dok search tak terjumpa resepi kerabu epal hijau 1st time dengar so, pada kengkawan boleh ar cuba buat bagi kat anak-anak tukar style skit maybe diaorg lebih teruja untuk memakan nya..resepi nya ialah:-

KERABU EPAL HIJAU

Bahan-bahan :

2 biji epal hijau ~ dihiris
1 biji cili merah ~ dihiris
1 bawang besar ~ dihiris
lobak merah ~ dihiris panjang
daun pudina
1 sudu kecil jus limau
garam
gula
* Mama tambah lada hitam ditumbuk dan minyak zaitun

Kaedah penyediaan :

1. Campurkan bahan-bahan yang telah dihiris, ke dalam mangkuk besar.
2. Untuk menyediakan 'dressing' : Campurkan jus limau, garam, gula, lada hitam dan minyak zaitun. Kacau biar rata.
3. Tuangkan dressing ke atas sayur-sayuran dan biarkan selama 15 minit.
4. Sedia untuk dihidangkan.


Sumber dari : http://mamafami.fotopages.com

post signature

Tuesday, November 17, 2009

Al-Fatihan untuk Arwah Pak Ngah

Aku dapat call dari makcik sedara kul dalam kul 8.00 pagi bagitau yang pak ngah suami makngah ku dah meninggal dunia..aku, hubby dan angah decide balik ke johor..kami sampai dalam area jam 1.00 tengah hari..

jenazah telah pun dikebumi kan di tanah perkuburan berdekatan..kali terakhir jumpa dengan arwah semasa majlis bertunang aishah adik aku..arwah meninggal dunia jam 7.45 pagi 17/11/09 (selasa)

setelah sesak nafas dan mengalami batuk berdarah
dimasukan ke hospital batu pahat semalam..

semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh
kepada mak ngah dan anak-anak nya..takziah, semoga tabah menghadapi dugaan ini..
Amin..Al-Fatihah..

post signature

Sunday, November 15, 2009

sepupu terbaru farzana





Ni la gambar sepupu farzana..Ahmad Fikri Haziq..comelnya mata pun bulat..
Allhamdulillah, syukur kak norul dah pun selamat melahirkan baby boy 3.04kg di Hospital Taiping petang semalam..tambah sorang lagi cucu mak dan ayah jadi 15 orang le sekarang ni..zana pun dah dapat sorang lagi sepupu lelaki..

Kak norul bersalin secara caesarean..sejak jumaat pagi dah kena induce tapi semalam baru bersalin..kepada kak norul dan cik nyah tahniah atas kelahiran orang baru dalam hidup mereka..kehadiran baby pasti membawa sinar bahagia dan ceria dalam hidup mereka setelah dekat 3 tahun menunggu..inilah hikmah dah berkat kesabaran mereka..welcome to mummy and father club to both of them..to kak norul selamat menjalani situasi berpantang..aku dengar berpantang bagi mereka yang bersalin caesarean ni mencabar sikit..semoga segalanya berjalan lancar..


post signature

Saturday, November 14, 2009

Sumber Makanan Bantu Tidur Lena

Aku terbaca artikel ni masa dok selak majalah wanita keluaran 17-23 April 2009, mungkin panduan ni boleh digunakan oleh my lovely hubby..sian, kat myhubby sebab sejak jumaat lepas macam ade masalah nak tidur malam aje..bila bangun pagi mesti pening kepala sebab tak cukup tidur. Semoga panduan ni dapat membantu myhubby

Amalkan memakan makanan yang boleh memberi anda rasa tenang dan sekaligus boleh membantu mengatasi masalah sukar tidur. Lebih murah, jimat dan berkesan. Makanan tersebut ialah:-


1. Pisang
Pisang seperti ayam, beras merah dan sebagainya, buah pisang juga kaya juga kaya dengan tryptophan.



2. Salad
Menurut Gillian McKeith, pakar nutrisi holistik, mengambil salad pada malam hari boleh membuat anda tidur lebih nyenyak. Ini kerana zat yang menyerupai susu atau lactucin, yang terkandung dalam salad boleh membuat anda lebih relak dan tidur dengan lebih nyenyak.



3. Sayuran Hijau
Kandungan mineral magnesium yang terdapat di dalam sayuran hijau lebih efektif untuk memberi rasa tenang dan relak pada otot-otot dan saraf di dalam tubuh. Anda disarankan mengambil sayuran seperti kobis bunga, brokoli serta sawi di dalam menu anda.

4. Daging Ayam
Daging ayam mengandungi tryptophan iaitu sejenis asid amino. Tryptophan ini kemudiannya akan berubah menjadi hormon tidur melatonin yang ada di otak. Selain ayam, tryptophan ini boleh didapati di dalam beras merah, ikan, biji labu, tuna dan yogurt semula jadi.



5. Oat
Cuba nikmati semangkkuk oat di waktu malam. Ia amat baik kerana oat mengandungi zat yang bersifat menenangkan dan memperbaiki. Kandungan ini tentunya akan membuat tidur malam anda lebih nyenyak.



6. Madu
Kajian menunjukkan bahawa madu merupakan ubat tidur yang semula jadi. Ini disebabkan madu mengandungi bahan semula jadi yang dikenali dengan nama orexin. Zat ini boleh menenangkan dan merehatkan otak.

7. Karbohidrat Kompleks
McKeith juga menyarankan kepada anda agar mengambil karbohidrat kompleks yang boleh ditemui di dalam makanan seperti beras, gandum atau kentang. Memakan makanan yang mempunyai karbohidrat akan menggerakkan insulin yg penting membawa tryptophan ke otak.



8. Telur
Makanan yg kaya akan niasin ini sangat membantu anda untuk tidur dengan lebih nyenyak kerana terlibat dalam sintesis seratonin. Telur, ikan, ayam, kacang polong dan beberapa jenis makanan lagi antara yang kaya dengan kandungan niasin ini.



9. Teh Chamomile
Teh hangat boleh membuat anda relak, tetapi jika ingin tidur selama lapan jam setiap hari, teh ini adalah pilihan terbaik anda. Kata McKeith, teh ini mengandungi zat penenang semula jadi yang boleh merehatkan saraf yang tegang.


post signature

Friday, November 13, 2009

Belajar ketika bermain



zana memang suka bermain..kalu dia sihat asyik keje bermain je..sambil mengemas..tak payah cakap le..camne rupa rumah kalu farzana dah start main dan mengemas..ada sedikit info pasal kanak-kanan dan permainan yang sesuai.

Permainan bukan sahaja membantu kreativiti, malah kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dan kurang tekanan atas desakan kawan-kawan. Apabila seorang kanak-kanak itu bermain, dia akan mempunyai matlamat dan apabila matlamat itu tercapai, si kecil akan berasa puas dan seterusnya membina keyakinan diri.

Kanak-kanak yang bermain sekurang-kurangnya 30 minit sehari menunjukkan tahap daya tenaga yang lebih tinggi secara hipotesisnya, mempunyai daya tumpuan yang lebih baik yang dapat memberi kebaikan kepada kebolehan pembelajaran..

Oleh, itu sebagai ibu bapa..galakkan anak kita bermain terutama permainan yang boleh memberi pengalaman dan memberi ilmu kepada anak kita..yang penting aktiviti bermain itu tidak melibatkan perkara yang membahayakan dan berisiko kepada anak kita..

Info dari Majalah Pa & Ma keluaran Jun 2009

post signature

Thursday, November 12, 2009

Jus Buah-buahan Segar

Anak Kecil yang berusia ssatu hingga enam tahun merupakan tempoh tumbesaran kritikal bagi setiap kanak-kanak. Makan makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan yang manis, yang menggalakkan obesiti pada kanak-kanak. Untuk meneutralkan kembali makanan manis itu, buat just segar buah-buahan untuk anak kecil. Jus segar oren dan epal adalah pilihan yang digemari oleh anak kecil.

Sumber: Majalah Pa & Ma edisi Julai 2009

post signature

Wednesday, November 11, 2009

Conference Hacker Halted 2nd days

Hari ni last days conference..pagi tadi stay kejap kat kl sentral sarapan dulu then tak sangka rupanya bila lagi lambat orang makin ramai..putra ke ampang park penuh dengan manusia..sendat cam sardin..emm, jenuh betul rase..sib baik le 4 hari je kena alami situasi ni kalau tak memang haru le..

2nd days topic conference more general like advanced sql injection, cybercrime in malaysia, the state of IT Security across borders and combat scripting pyhton style..intresting topic is advanced sql injection le..sebab dia buat live demo camne hackers use the sql injection to hack at website..tomorrow workshop provide more details about this topic.

conference abis awal skit, so tak le aku sampai umah malam macam semalam..dalam kul 7.00 malam dah sampai kat putrajaya..ok continue tomorrow for workshop..

post signature

Tuesday, November 10, 2009

Hacker Halted Asia Pacific 2009 Conference

Hari ni dan esok aku busy ngan conference,so far conference hari ni ok..ni baru je sampai dari ampang park..conference kat hotel nikko jalan ampang kl..

ada ramai juga speaker tadi..dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, topik yang interested cam digital forensic and how hacker hacks down the system..very informative topic regarding security siap ade demo camne hacker steal the credit card number..so never trust the untrusted email or link..

malam ni lak ada night hacker live..aku tak join sebab kul 7.00-10.00 malam..kul berapa mau sampai putrajaya..insyaallah nanti aku attach gambo dah more info regarding that conference to share with all the friends..

post signature

Monday, November 9, 2009

Duri - Fauziah Ashari



Ni lah hobi lamaku membaca novel sejak pergi ke perpustakaan JAS dan ada beberapa novel di sana aku pinjam kembali.Nak kongsikan mengenai novel Duri tulisan novelis kesukaan ku Fauziah Ashari. Sedikit sinopsis mengenai novel ini:-

"Ku dengar nafasmu dihembus angin yang menyapa"

sinopsis belakang buku:

DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.


Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.


Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?


Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.


Apa yang aku nak ulas tentang novel ni alah DURI yang menjadi elemen utama dalam novel ini..DURI=Dendam, inilah satu penyakit hati yang boleh memusnahkan hati dan diri manusia..novel yang bagus kerana dapat memberi iktibar kepada pembaca akan kesan dendam bila telah menguasai diri.

Ingat dendam bukan penyelesaian kepada setiap masalah. Perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan akan mewujudkan perasaan dendam. Maka hati akan berasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta ingin menjauhkan diri daripada orang itu.

Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita menghukum pihak yang melakukan kesalahan dengan pelbagai perkataan buruk hina lagi mengaibkan yang tidak patut keluar daripada lidah jika kita benar-benar beriman kepada Allah.

Hendaklah kita sedaya-upaya menghindari untuk membalas kejahatan dilakukan orang lain dengan kejahatan atau mencela dan mengaibkan mereka. Jangan kita membalas celaan dengan celaan, umpatan dengan umpatan, caci-maki dengan caci-maki kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada dalam dirimu, maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang itu." (Riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim)

Sumber dari http://rinntisan.blogspot.com/2009/09/review-24-duri-by-fauziah-ashari.html dan http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7345.0

post signature

Sunday, November 8, 2009

Doa untuk anak-anak

Setelah semua usaha dilakukan untuk meminta sesuatu, kita diminta berdoa kepada Yang Maha Esa agar dimakbulkan apa yang telah diusahakan.Antara amalan dan doa untuk zuriat kita ialah:-

1. Amalkan membaca 'Ya Latif' sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:"Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambanya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki.Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah." Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

3. Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al Imran ayat 200 yang bermaksud: " Hai orang-orang yang beriman!Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan."

4. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang.Kesemua ini adalah doa pelembut hati.

5. Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.

6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah Al Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud: " Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa."

7. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud,"Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam yang bagi orang yang bertakwa" dan Surah Ibrahim yang bermaksud:"Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku!Kabulkanlah doa kami."

9. Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat-solat sunat dan mendoakan kesejateraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.

Jadikana doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak. Sharing is caring. Marilah sama-sama kita amalkan.

Info dipetik dari Majalah Pa & Ma Keluaran Julai 2009.

post signature

Saturday, November 7, 2009

Score A Programme



Ni salah satu portal pendidikan yang baik, dah bagi pada adik bongsu ku untuk cuba memang bagus dam menarik.

Score A - ialah Portal pendidikan 24 jam. Program Latihtubi terkini bagi tahun 1 hingga tingkatan 5. Malah diiktirafkan oleh Kementerian Pelajaran. Dari sini juga boleh jana income lumayan.

Jadi sesiapa yang berminat boleh lawati lama web ini untuk tengok macam mana rupa Score A Programme ni..http://www.scorea.com/eng/index.cfm. Jika berminat untuk langgani boleh bagitau saya untuk dapatkan contact person.

post signature

Friday, November 6, 2009

Cloth Diapers





Pernah dengar pasal Cloth Diapers..produk ni semakin popular sekarang, ramai ibu bapa yang telah bertukar dari pampers kepada cloth diapers..harganya lebih menjimatkan tidak perlu pakai buang..cuma perlukan sedikit kerajinan sebab cloth diapers perlu dibasuh apabila setelah dipakai..cam kembali ke zaman guna napkin dulu la..ini ada sedikit info pasal cloth diapers..

What is Diaper?
A diaper (in North America) or nappy (in the United Kingdom or Commonwealth countries) is an absorbent garment worn primarily by whom are not yet potty trained or suffer from bedwetting.

The Purpose of Cloth Diaper
The purpose of a diaper is to absorb moisture and contain mess so that the wearer can remain dry and comfortable after wetting or soiling themselves. When diapers become full and can no longer hold any more waste, they require changing.
Material of Diaper
Diapers can be made of either cloth or disposable materials. Whereas cloth diapers are comprised of layers of fabric such as terry towelling and can be washed and reused multiple times, disposable diapers contain absorbent chemicals and can be thrown away after use. The decision to use cloth or disposable diapers is a controversial one, due to issues ranging from convenience, health, cost, and their effect on the environment.

Salah seorang kawan saya buat internet shopping pasal cloth diapers..so, pada ibu bapa yang berminat boleh mengunjungi this website : http://alshoppe.com/

Info dari : http://www.kasihkusayangku.com/index.php?l=product_list&c=9 dan http://alshoppe.com/

post signature

Thursday, November 5, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest



Ni gambar puteri kesayangku
Nama : Nur Farzana Mohd Fauzi
Tarikh Lahir : 30 April 2008

Gambar ni diambil masa kami berkelah beramai-ramai kat The Woods Resort Ulu Yam..pada Oktober 2009.Inilah pertama kali kami bawak farzana pergi air terjun. Seronok betul farzana dapat pergi air terjun walaupun mulanya dia takut jugak nak masuk dalam air sebab sejuk tapi bila dah tengok sepupu-sepupu yang lain mandi dan main air dia pun ikut jugak main air..

The Wood Resort adalah kawasan perkelahan yang masih terpelihara keindahannya..dipenuhi pokok-pokok yang hijau dan deruman air terjun pasti memikat hati pengunjung yang datang. Tempat ini bukan sahaja sesuai untuk berkelah bersama keluarga tapi juga dijadikan tempat perkemahan lengkap disediakan tapak dan kelengkapan perkhemahan serta bekas pemanggang bagi aktiviti barbeque.

Keindahan alam semula jadi masih segar dan dijaga dengan baik. Kebersihan juga tetap diutamakan dengan menyediakan tong sampah di setiap pondok-pondok berehat.Air terjun pun bersih dari sebarang sampah sarap.

Cuma sikap prihatin akan alam sekitar dan menjaga kebersihan perlu diamalkan dan dipupuk oleh setiap pengunjung bagi menjamin kebersihan dan keindahan air terjun ulu yam ini terus terjaga dan terpelihara.

Aktiviti luar seperti ini sangat sesuai bagi kanak dari bayi ke 6 tahun. Masa peringkat umur inilah kita perlu mendidik mereka untuk mengenal, mencintai alam sekitar sambil mendidik dan memupuk sikap menjaga dan memelihara kebersihan alam sekeliling.

Ibu bapa boleh membawa kanak-kanak ke pantai, air terjun , taman negara atau zoo negara di mana terdapat pelbagai haiwan dan tumbuhan bagi mendedahkan anak-anak mereka kepada hipuan semulajadi yang lain. Aktiviti ini juga dapat menanam rasa cinta dan sayang kepada hidupan lain.

Oleh itu, ibu bapa harus lah mengambil peluang yang ada ini untuk membawa anak-anak menjalankan aktiviti luar seperti berkelah, bekhemah atau bersiar-siar ke pantai, air terjun , taman negara, zoo negara atau di mana sahaja kawasan alam semulajadi bagi memupuk kecintaan dan rasa sayang pada alam semulajadi.



MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/


PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my


AliceWonders : http://www.alicewonders.com

post signature

Astaro Internet Security


Tadi aku sempat join NRE buat Technology Update pasal Astaro Internet Security tengok betul2 ejaan tu ek Astaro bukan Astro ek..takut tersilap..
1st time jugak dengar pasal product ni..sebab product Content Filter yang biasa aku dengar Cymphonix dan Blue Coat...emm,sebelum ni tak alert pun pasal ni tapi my boss suruh buat POC beberapa product Content Filter so, kena le technology update skitkan..

Actually Astaro Internet Security ni provide 3 module so we can choose the best we want..the module is network security, mail security and web security..tapi tak berapa best sangat sebab tak dapat tengok secara live macam mana rupa dia just tengok dalam slide aje..kena buat POC le baru tau camne nak guna..

Taklimat di buat oleh pihak HT Alliance Sdn Bhd..menurut diaorg MAMPU, JKR, Perlihitan antara government agency yang dah guna this product..product berasal dari Germany..so, anybody yang berminat boleh ke this website and get details about this product..http://www.hta.com.my/version2/astaro.php#asg

post signature

My Lovely Princess on 1 years 6 month



Allhamdulillah,anak umi dan 1 tahun 6 bulan..dah makin besar zana..makin lincah dan makin bijak..sebab dah cukup 1 tahun 6 bulan kena la bawak zana ke Klinik Putrajaya untuk ambik last imunisasi..emm, cite pasal ni geram aje rase..ingat lagi ari masa 29/10 aku bawak zana ke klinik tu untuk ambik injection punya la lame menunggu sampai sane dalam area jam 2.00 tunggu dapat nombor tak lama dalam 15 minit dah dapat kad dan bilik..yang lama dok tunggu nak kena panggil dalam bilik le..bayangkan dari kul 2.15 sampai le kul 4.00 petang baru nama zana kena panggil..

Entah berapa kali aku dok bangun duduk tarik perhatian zana sebab dia dah naik boring sebab lama sangat kena tunggu..dah le kena pergi berdua ngan zana ajer..emm, jenuh la nak handle anak dara sorang tu..pas inject nurse ada remain cakap injection tu zana akan demam so, cepat2 bagi ubat demam..then, memang pun esoknya zana demam dan umi terpaksa la ambik cuti untuk jaga zana..tapi allhamdulillah on Saturday demam zana dah makin pulih dan sihat seperti biasa..

Dah 1 tahun 6 bulan zana makin bijak dan keletah..boleh tahan jugak kenakalan nya..dah pandai panggil semua org..kalu tanya mana atuk, acu, mak lang, pak ngah makcik , abah dan nenek dia dah pandai tunjuk..dan yang paling kelakar dia dah pandai ajuk2 orang cakap..pastu kekadang kuar ayat spontan dari mulut dia macam tak nak lah, abah dah gi jalan..dan lain-lain..kalu nampak benda memang suka tunjuk pastu bila benda yang kita bagitu bukan yang dia nak abis le dia marah..



post signature

Wednesday, November 4, 2009

My Top 5 Treat List

5 things that treats myself is:-
1. The most treat is to buy Dell Inspiron 13.
2. Go to Disneyland


3. Do a snorkelling and scuba diving at any island


4. Buy a bungalow house


5. Buy a new car


Let's talk about Dell Inspiron 13:-



Dell Inspiron 13 is Outer Beauty, Inner Strength
The new Inspiron 13 laptop combines fun mobile features with a Hi-def experience and WiFi, all inside a sleek design — a perfect balance in an unbalanced world. Dell Inspiron 13 make my life more cheerful easy to always connected to all my family and friends at anywhere and anytime..

This laptop operating systems can be Windows Vista(R) Home Premium or Windows(R) 7 Home Premium.

Design for Dell Inspiron 13 is :-

Outer Beauty like unique keyboard, clever ports and enlarged touch pad.
With the Alpine White, Obsidian Black and Cherry Red designs, now you can really show off your true colours.It surely mobile marvel with reliable transfer and visual communication.

Always Connected
Enhanced wireless supports up to 802.11n connections. Plus the Dell™ Webcam Central lets you video chat with friends and family with amazing ease.

Dell Inspiron 13 is Wide Vivid Display
with 13.3 inches, to be exact. Plus the 16:9 widescreen format means you never have to squint or lean up close to use the Inspiron 13.

Hi-definition Experience
with just add the optional ATI Radeon™ HD 4330 graphics card, and hook up to a LCD TV using the one-cord HDMI connection to enjoy true high-definition cinematic experience.

It also have a portable power which delivering 50% more performance, Intel® Centrino® 2 processor technology lets you multitask at a whole different level.


More details about this Dell Inpiron 13 can browse at http://www1.ap.dell.com/content/products/productdetails.aspx/laptop-inspiron-1320?c=my&l=en&s=dhs&cs=mydhs1

Dell is the most good product that i really like, you can buy this product online, pay online, customize as what we want then deliver to our door as about 5-7 days..i really enjoy buy dell product..their call service is also marvellous our problem can be solved faster and very satisfied. So, hurry up don't wait for any brand just click at that website and buy this laptop as soon as possible to change the ways of your life..enjoy
Inspiron 13 is a perfect balance in an unbalanced world.

For my lovely friends here are some offer for you all get RM100 Instant Cash Redemption for buy a Dell Inspiron 13 (S510701MY). Please use this code
7ZQVQF2RLZRKW3 Dell while do a purchase of Dell Inspiron 13.

This promotion is only available online or by calling Dell at 1800-88-0301. This coupon code expires on 10th Nov 2009.

ok, don't forget to use this coupon
code 7ZQVQF2RLZRKW3

post signature

Kerabu Mangga



Semalam petang aku buat kerabu mangga, my favourite kerabu..mak yang ajar buat kerabu ni..then, aku pernah buat for mylovely hubby emm, kebetulan myhubby memang hantu mangga muda memang licin le..semalam buat pun abis licin kena makan..bila makan teringat kat myhubby kalu dia ada tentu awal2 dah licin siap meratah camtu je tak makan ngan nasi pun..heheee..

Sabtu minggu lepas kami ke sungai buloh ada lak 4-5 biji buah mangga epal yang berbuah, myhubby apalagi petang tu jugak panjat pokok ambik buah tu..tak dan nak tunggu pagi ahad..zana tengok aje abah dia panjat pokok siap tunjuk2 lagi pastu 'hah2' katanya..

Ni la bahan-bahan untuk buat Kerabu Mangga yang mak aku ajor..sangat mudah dan senang, pernah sekali buat kat masa kat umah Mak Mertua ku..dia suka..sedap katanya..hehee..

Bahan-bahan:-

Buah Mangga beberapa biji..ikut berapa ramai nak makan.Hiriskan
Sebatang Bunga Kantan..ikut juga kalu suka banyak bubuh lebih.Hiriskan
Selabu Bawang besar..di mayang halus.
Beberapa biji cili padi ikut juga kalu suka banyak bubuh lebih.Hiriskan
Beberapa biji limau kasturi atau limau nipis ikut juga kalu suka masam bubuh lebih le..Perah air nya...
Sedikit garam

Cara-caranya:-
1. Campurkan semua bahan yang dihiris tadi dalam mangkuk.
2. Campurkan perahan air limau dan sedikit garam..
3. Gaulkan bagi sebati dan ready utk dimakan.


post signature

Nasi Daging


Lunch hari ni aku makan Nasi Daging, nasi ni selalu menjadi hidangan masyarakat di sebelah utara 1st time makan nasi daging ni..emm, memang sedap lauk nya daging rebus cecah kuah asam..kuah asam memang pedas le..tapi sangat le sedap.

Aku ada dapat resepi kat internet pasal Nasi Daging ni, so pada kengkawan yang nak cuba boleh ar..selamat mencuba

Kredit kepada Salwahcm dengan resepi ini..dari website My Resepi

Kredit kepada Salwahcm dengan resepi ini...

Resepi dari Tok kawan saya (Balqis) di Sg Dua, Penang

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 kilo beras Basmathi
  • 1/2 kilo daging
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi
  • 1/2 cawan tomato soup
  • 1 cawan susu cair
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
  5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  6. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
  7. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
  8. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.

post signature