Thursday, March 31, 2011

Sepupu Baru Farzana..

Disebabkan kesibukan dan masalah teknikal yang berlaku kat kabel telefon baru hari ni dapat masukkan gambo sepupu farzana..farzana dapat 2 sepupu baru..sepasang sorang lelaki sorang perempuan

Ni la gambo kedua-dua sepupu baru farzana..

Muhammad Afif Fahri

Tarikh Lahir :23/1/2011

Anak MakSu Tasya dan Paksu Faizal



Alisha Afiqah

Tarikh Lahir :21/2/2011

Anak Ahlam dan Alau (Panggilan Zana utk Pak Lang dan Mak Lang)

Seronok farzana tambah geng main, dia pun dah bahasakan diri dia dengan panggilan Kak Zana..kepada Afif dan Afiqah semoga membesar dengan sihat, aktif, cergas menjadi anak soleh dan solehah kepada ibu dan bapa mereka.

Tahniah kepada Faizal & Tasya dan Azli & Aishah atas anugerah Allah S.W.T akan kehadiran insan baru dalam rumahtangga kalian, kuatkan tekad dan kesabaran dalam proses mendidik buah hati kalian, semoga kehidupan kalian bertambah ceria, rahmat, kasih sayang dalam membentuk keluarga sakinah dan mawaddah.



post signature

Thursday, March 24, 2011

Rahsia Bahasa Anak Mata

Cuba teka mata sape ni?hehhee..

Rasanya lama betul Di tak menulis kat blog..emm, tak sempat sangat-sangat nak mengarang busy dengan keje yang tak pernah abis2..itulah namanya kerja..kerja..kerja..kerja..tak apa la keje kan sumber rezeki untuk kehidupan kita..mari kita sama-sama bekerja bersama Allah S.W.T

Aritu ada dapat satu ilmu, masa dengar motivasi pagi dekat Radio Ikim yang disampai oleh Dr Azhar Haji Sarip..so, nak kongsikan bersama teman2 agar boleh diaplikasikan dan diamalkan demi kebaikan kita bersama..Sharing is Caring..

Arah pergerakan anak mata kita mempunyai makna tersendiri iaitu:-
1. Gerak ke Kanan - Sedang mencipta visual,maknanya merakamkan apa yang kita lihat.
2. Gerak ke Kiri - Sedang mengingatkan visual yang pernah kita nampak..recall la in english.
3. Gerak ke arah telinga Kanan - Sedangkan mencipta atau merakamkan bunyi yang tidak pernah kita dengar.
4. Gerak ke arah telinga Kiri - Sedang mengingatkan bunyi yang pernah kita dengar.
5. Gerak ke bawah kanan ke arah hati - Sedang mencari rasa atau menghayati perasaan.
6. Gerak ke bawah kiri ke arah hati - Sedang membuat dialog dalaman, berkata-kata dalam hati.

Antara contoh yang diberikan:-

1. Bila anak atau kita nak baca buku..pastikan letakkan di sebelah kanan,atau lebih tinggi ke arah kanan supaya mata kita digerakkan ke arah kanan..jadi setiap apa yang kita baca itu dapatlah diingat dan dirakamkan dalam minda kita.

2. Bila anak atau kita nak menjawab soalan atau mengingat letakkan di sebelah kiri kita, supaya mata kita digerakkan ke arah kiri, agar dapat mengingat atau recall balik apa yang pernah otak kita rakamkan..

Antara tindakan yang salah:-

1. Apabila kita baca buku..kita letakkan di bawah pada dada kita..ini adalah tindakan yang salah sebab kita akan mecipta rasa penat dah letih..jadi kejap sahaja baca buku mata dah mengatuk malas utk terus membaca..

Jadi mulai hari ini kita cuba sama-sama amalkan panduan ini, semoga panduan ini dapat memberikan impak positif pada Di dan rakan-rakan blogger.

post signature

Friday, March 4, 2011

Happy Besday to My Younger Sister..



3 Mac ,hari lahir adik perempuanku ..Nurul Farahiyah(Uyun) ..a.k.a Acik pada Farzana..balik dari nursery bagitau Farzana hari ni harijadi acik..dia terus nak beli kek untuk acik..dan kek memang dipilih oleh Farzana dan semestinya ditaja oleh Di..kami terus ke umah abah dan mak Di utk celebrate besday Acik.

Small celebration for Acik


Kepada My Lovely Younger Sister semoga pertambahan umur ini dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang murah, keberkatan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat..Tahun ni uyun dah masuk 21 tahun semoga terus tabah dan sabar mengharungi ujian dan dugaan hidup yang mendatang, berfikir dengan bijak atas bantuan Allah sebelum membuat sebarang keputusan agar hidupmu sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan darinya, jangan cepat terleka dan terlena dengan keseronokan dunia yang hanya sementara, semoga menjadi anak yang solehah untuk mak dan abah..


Zana dan Acik


post signature

Thursday, March 3, 2011

Samsons - Bukan Diriku..

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu

Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu

Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku

Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku


Sumber lirik: ilirik

post signature