Friday, October 16, 2009

Cara Galakkan Anak Makan

Gambar zana..makan roti cokelat..tengah kelaparan ni..


Aku ada 15 cara yang bagus untuk ibubapa bagi galakkan anak makan iaitu:-



1. Sentiasa ada bersama anak ketika dia makan (seeloknya makan bersama-sama).

2. Jangan memaksa anak makan cepat. Biar dia menikmati makanannya.

3. Pujilah anak jika dia makan dengan elok dan dapat menghabiskan makanannya.

4. Semasa anak makan, beritahu dia apa yang sedang dimakannya itu dan khasiat yang terkandung dalam makanan tersebut.

5. Seelok-eloknya, biar anak makan sendiri dan jangan suap mereka.

6. Ingat, jangan mendesak anak utk makan banyak krn saiz perutnya tidak sama dengan saiz perut org dewasa.
7. Jangan galakkan anak makan hanya makanan yang digemarinya. Sebaliknya pelbagaikan makanan utk mereka supaya seimbang.

8. Pastikan anada memberi anak makan ketika dia lapar.

9. Jangan memaksa anak makan. Hal ini hanya akan memberikan tekanan kepada mereka dan menyebabkan mereka kurang selera.

10. Jadikan waktu makan waktu yg menyeronokkan.
11. Elakkan anak minum banyak air semasa makan bagi mengelakkan dia cepat kenyang.

12. Untuk merangsang anak makan, hiaslah makanannya.

13. Tetapkan jadual makan anak agar dia jadi lebih berdisplin.

14. Jangan beri anak makanan berat di antara waktu makan utamanya.
15. Elakkan memberi anak makan ketika dia mengantuk kerana dia mungkin akan tercekik atau tidak berselera.

* Dipetik dari Majalah Pa & Ma Keluaran November 2009.

post signature

Monday, October 12, 2009

farzana..naik kete..

sejak farzana dah setahun 5 bulan ni..dia paling suka naik kereta gerak2..kalu pergi shopping complex mesti dia tunjuk mane2 kereta gerak2 yang ada untuk dia naik..

bukan main bergaya lagi anak umi naik kereta gerak2..siap pegang stereng macam drive betul2..masa pergi sogo aritu sempat jugak dia naik kereta api..bila dah abis turun kan dia dari kereta api tu..menangis pulak dia..nak naik lagi..tapi sebab dah lambat angkat jugak le dia..ape lagi meraung le dia..

ni ada gambo aksi farzana naik kereta masa umur 1 tahun 5 bulan..

No.1 - zana naik kereta api di Alamanda..

No.2 & No.3 - zana naik kereta api di Sogo KL..

post signature

aktiviti hujung minggu

minggu ni aku ikut my parents back to sg buloh..kebetulan ada lak kenduri kawin Shikin..anak jiran kat 3/9..ingat dulu2..mak shikin keje kat kilang mercun..yang meletup beberapa tahun dulu tak ingat masa tu aku dalam tahun 4 area tahun 1991..allhamdulillah, mak shikin terselamat masa kejadian tu..

then, petang pulak on da way balik ke putrajaya kami singgah kat umah Faizal & Tasya kat Seksyen U5..diaorg buat open house..yummy2..makan lagi...ada bihun sup, nasi impit kuah kacang, lemang dan rendang ayam..semua sedap2..pandai tasya masak..

then, continue perjalanan ke putrajaya..sampai area 6.45 p.m

gambar kat umah tasya..

post signature

Saturday, October 10, 2009

standby until 3.00 a.m


jumaat ni aku kena standby sebab MAMPU buat PCN Overhaul untuk pejabat di 4G3 Presint 4, terpaksa le menstay back kan diri coz one of my staf back to village for weeding ceremony..sian pulak kalu biar sapuan stay back sorang..

lepas kul 5.00 ambik zana kat nursery dia..then, hantar ke umah..sempat le aku siap2 kan diri..nangis gak zana masa aku babai dia nak ke ofis semula tu..then, bila aku cakap umi keje..dia diam..dia paham..sayang anak umi..

sampai kat ofis dalam area 6.00 lebih..lepak2 kat ofis dulu..pas solat maghrib dan makan nasi tomato tapau masa jamuan BTM siang tadi..terus aku ngan sapuan join org2 NRE kat Menara..masa sampai diaorg pun dok makan2..around 8.00 p.m baru diaorg start kerja..

then, sempat le aku borak ngan Shahrul Rizal..ex-classmate aku..aritu dah perasan dia masa 1st meeting ngan pihak MAMPU..tapi that time aku rushing sebab nak back to my training class so tak sempat le nak tegur dia..

tak sangka 5 tahun dan shah keje kat Sapura..start from beginner as technician..and now he is the network engineer..lari le dari ISE ke networking..so far ok le..

proses testing server dah boleh dibuat around 12.00 a.m dalam ngantuk2 buat jugak le testing..then, tengah2 buat testing nampak ina lalu..eh, tak sangka ina pun standby jugak...yelah nak testing server2 aplikasi diaorg..best betul ramai org Nre yang standby..even SA diaorg lak tu..cam kami di JAS ni cuma berdua aje yang stand by..cedih nye..

then, dalam kul 3.00 lebih after test semua serve ok, dan test client kat level 3 pun dah ok..aku ngan sapuan decide utk balik..sapuan akan come tomorrow for double check..

tq, to sapuan susah payah dia iring aku sampai le dekat lif umah..susah2 aje..emm, sampai umah..tukar2 baju then, join zana tido..kata nenek masa zana baru2 tido dia bangun2 jugak kejap tengok kat sebelah umi dah balik ke belum..pastu dia tido balik..sian anak umi..sedih je umi dengar..



post signature

Friday, October 2, 2009

Panduan Kawal Marah


Di hari jumaat yang mulia ini aku ada baca satu artikel pasal marah bagus artikel ni siap ade panduan kawal marah..kat bawah ni panduan nya:-

1. Kenal asal usul sifat marah, iaitu sifat tinggi diri yang ada pada seseorang.

2. Menyedari peranan syiatan yang suka membuat manusia marah. Syaitan menunggu ketika manusia dalam keadaan lemah seperti letih, tertekan, terburu-bur dan sebagainya.

3. Rasulullah S.A.W pernah menerrangkan bahawa org yang kuat bukanlah mereka yang memenangi pertarungan gusti tetapi yang berjaya mengawal kemarahannya.

4. Jika sedang marah, duduklah. Jika sedang duduk, baringlah.

5. Jika sedang bercakap, maka diamlah.

6. Mengambil wudhu'.

7. Menginginkan balasan yang baik. Menahan marah kerana mencari keredhaan Allah Azza wa Jalla.

8. Seseorang pernah bertanya "Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku perbuatan yang memasukkan aku ke syurga." Rasulullah menjawab:"Engkau jangan marah."

Jadi bersama-samalah kita amalkan panduan ini..kawal api kemarahan kita dari terus membara..sharing is caring..

**dipetik dari Majalah Pa & Ma keluaran Oktober 2009.

post signature

Parenting Style

Menurut teori Baumrind ada tiga kategori menjadi ibu bapa yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa.

1. Autoritative - Ibu bapa memberikan galakan dan petunjuk kepada anak dalam apa jua perkara yang dilakukan. Ibu bapa memberikan satu garis panduan apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat serta mengapa itu dan ini.

2. Autoritarian - Ibu bapa mendidik anak menggunakan kekerasan seperti rotan, arahan dan hukuman yang keras. Semua keputusan di tangan ibu bapa. Anak tidak layak bersuara.

3. Permissive - Ibu bapa memberi sepenuh kebebasan kepada anak-anak untuk melakukan apa sahaja. Ibu bapa juga tidak peduli apa yang dilakukan oleh anaknya itu sama ada ia baik atau buruk asalkan tidak mencampuri urusan mereka.

Yang terbaik adalah yang petama, anak menjadi lebih hormat kepada ibu bapanya di samping berkeyakinan dalam hidupnya.

Keibubapaan cara Rasulullah S.A.W

1. Bayi hingga 6 tahun (mummayiz) - melayan mereka dgn penuh kasih sayang, lemah lembut dan sering bergurau senda. Berikan didikan yang sewajarnya.

2. Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga baligh (14-16 tahun) - mendidik dgn displin dan tanggungjawab yang jelas dan tegas. Malah anak yang berusia 10 tahun boleh dipukul jika tidak mahu menunaikan solat.

3. Remaja akil baligh hingga dewasa - menganggap anak sebagai kawan, boleh bertukar-tukar pendapat dan menghormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak.

Tip ni sangat bagus pada ibu bapa2 terutama ibu bapa muda yang belum ada pengalaman, ditulis khas utk dikongsi bersama dengan kawan-kawan..sharing is caring..mari sama-sama kita buat yang terbaik untuk kita dan anak-anak..

***dipetik dari Majalah Pa & Ma Keluaran Oktober 2009.


Wednesday, September 16, 2009

kuih raya ku..


allhamdulillah tahun ni tercapai gak cita-citaku nak buat kuih raya sendiri..dari tahun demi tahun dok berhajat baru tahun ni kesampaian..almaklum la busy..bukan senang nak manage time lagi2 sejak farzana ada..so far this year ok..
ni la dua jenis kuih raya yang berjaya aku buat tahun ni..satu permulaan yang baik..chaiyok2..untuk next time..
ni la gambar kuih raya buatan ku:-


1. Biskut Almond London

2. Cornflakes madu

Monday, September 14, 2009

zana..ngan lagu bukan superman

allhamdullilah, farzana dah 1 tahun 4 bulan..masa bawak zana pi monthly check up kat klinik putrajaya semua nye ok..berat zana 9.30kg naik le dari 2 bulan sebelum nya..cuma jenuh skit le 1st time pi klinik berdua ngan zana je..biasa pi ngan myhubby..sedih gak le rasenya..
zana dah makin besar...perkembangan zana sekarang:-
1. paling suka menari pantang dengar lagu favourite dia..berjoget siap nanyi..lagu favourite dia sekarang bukan superman..yang dia tahu sebut..akuuu..kuu..itu je yang keluar..badan tetap joget le..
2. aktiviti housekeeping zana makin rancak..abis umah nenek tunggang langgang dibuatnya..
3. sebab sekarang bulan puasa..zana pandai bile dengar azan dan ucu baca doa dia pun tadah tangan, kalu tengok tv dengar azan zana mesti kecoh2..pastu tadah tangan ingat dah sampai waktu berbuka..bijak betul anak umi..
4..jalan dah makin laju..kekadang suka sangat berlari risau betul dibuatnya..kalu dia berlari kita tak leh kejr..kalu kejar lagi laju dia lari..
5. zana dah pindah nursery kat POJ, allhamdulillah semua ok..zana pun suka kat sane..bile ambik petang tengah main le..sibuk kacau cikgu kat dapur le..cuma aritu diaorg mandikan zana air masuk kat telinga dia..sian anak umi..nak mandikan pagi2 payah lak..sebab zana tak suka mandi awal pagi..mesti meraung nangis..lagipun dia selalu bangun lambat..masa pi keje mata masih tertutup..hope pasti ok ek..sayang..
ni gambo zana..tengah joget dengar lagu favourite dia..The Lucky Laki - Bukan Superman


Ini la lirik lagu favourite zana..
Aku bukan lah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku
Ayah ku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus selalu kuat, harus selalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting
Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis.