
Hari ni nak cerita pasal Matahari..ada dapat sedikit info tentang khasiat Matahari:-
Manusia memerlukan cahaya matahari supaya sel badan dapat berfungsi dengan baik. Apabila cahaya memasuki mata, ia melalui retina ke beberapa kelenjar di dalam badan yang akan bertindak balas kitaran tidur dan bangun, selera makan, metabolisme, pengeluaran hormon dan mood seseorang.
Sinaran Ultra violet dan cahaya matahari diserap ke dalam tubuh melalui kulit, menjanakan penghasilan vitamin D. Memang kita, boleh mendapatkan vitamin D dari minyak ikan dan susu, tetapi vitamin D yg dijana oleh kulit sendiri adalah jauh lebih aktif dalam badan.
Vitamin D sangat penting untuk mengimbangi metabolisme, menyerap kalsium dan phosporus yang berperanan memberikan gigi dan tulang yg kuat terutama kanak-kanak yg sedang membesar.
Namun jangan terlalu lama terdedah kepada sinar matahari yg boleh menyebabkan kulit terbakar. Jadi, jika perlu sapukan krim pelindung matahari apabila anda bersama anak di luar rumah. Waktu yg sesuai untuk melakukan aktiviti untuk kanak-kanak ialah antara jam 7 pagi hingga 9 pagi, ketika ini cahaya matahari belum panas terik..
Info dari Majalah Pa & Ma keluaran Disember 2009.
Monday, November 23, 2009
Khasiat Matahari
Posted by Nordiana Nordin at 8:30 AMSaturday, November 21, 2009
Bila Anak Pandai Bercakap
Posted by Nordiana Nordin at 3:46 PMSebagai ibu bapa tentu kita rasa gembira dan teruja bila anak kita dah boleh menyebut beberapa patah perkataan dan seterusnya boleh bercakap seperti orang dewasa..allhamdulillah, sejak dah berumur 1 tahun 6 bulan ni farzana dah makin petah bercakap..banyak perkataan yang boleh zana sebut dengan baik antaranya babah, umi, nenek, ucu, alang, makcik, nak , abis, air dan macam2 lagi..bila baca buku aku ajarkan perkataan zana akan ikut sikit-sikit kekadang bunyi betul kekadang pelik je bunyi nya..
Kebetulan aku ada dapat panduan mudah untuk kita memastikan anak bercakap dengan cara yang betul dan berhemah iaitu:-
1. Biarkan Bercakap
-Jika anda melarang anak ini drpd meniru apa yg anda ucapkan, ia akan membuatkan anak hilang minat utk menyebut perkataan yang didengarnya. Memang benar, anda tidak merasa selesa apabila si kecil meniru percakapan anda tetapi biarkan sahaja. Ini kerana dia dalam tempoh belajar bercakap dan perbendaharaan kata.
2. Mencari kata-kata baru
- Sebagai ibu bapa adalah orang yg paling rapat untuk anak anda melakukan peniruan bahasa. Jadi, ungkaplah perkataan baru yang boleh anak tiru utk menambahkan perbendaharaan katanya. Berbuallah dgn anak-anak dan biarkan dia belajar bahasa baru. Malah anak kecil boleh didedahkan dgn penggunaan bahasa asing seperti Arab, Inggeris dan Mandarin.
3. Sebutan yang jelas dan perlahan
- Si kecil masih sukar utk menyebut perkataan yg baru didengarnya. Jadi utk memastikan sebutannya jelas dan betul, anda perlu berbicara dengannya dgn perlahan tetapi jelas. Buka mulut ketika mengucapkan perkataan, sebutan itu disebut dgn betul. Dgn ini, proses pembelajaran berjalan dgn lancar.
4. Penjelasan makna
- Apabila si kecil mengucapkan kata-kata yg tidak baik(ungkapan yg kasar) dan tidak tepat, jangan terus memarahinya. Jelaskan kepadanya bahawa kata-kata itu tidak baik. Perlu juga menjelaskan apa makna perkataan itu dan gantikan perkataan itu dgn perkataan yang sopan. Katakan sikapnya yg meniru kata-kata tidak baik tidak disukai Allah. "Allah sayang adik, jika adik cakap dgn perkataan yg sopan"
5. Awasi kata-kata
- Jangan terkejut jika si kecil mengucapkan kata-kata yg tidak baik kpd anda atau saudara mara anda. Memang benar, anda tidak mengungkapkan kata-kata tidak baik kpdnya, tetapi pengaruh persekitaran membuatkan anak kecil ini mudah meniru. Pengaruh drpd television, rakan sebaya, sepupu, teman sebaya dan pengasuh akan mempengaruhi percakapan anak ini.
6. Berikan penghargaan
- Kanak-kanak suka apabila dirinya dihargai. Begitu juga jika si kecil meniru perkataan yg baik, berikan tindak balas positif misalnya memberikan pujian kpdnya. "Anak umi, ni memang bagus, sudah pandai berkata `terima kasih`." Ini memberikan dorongan kpd anak ini utk terus bersikap begitu seterusnya. Juga anda, boleh memberikan pelukan dan senyuman sebagai tanda anda menyukai sikapnya itu.
***Info dari Majalah Pa & Ma keluaran Disember 2009.
Friday, November 20, 2009
Bored
Posted by Nordiana Nordin at 10:29 AM
my situation now is very bored, hari ni dah 4 hari my boss tak masuk..dia ada outstation ke Kedah, Pelis, dan Penang..emm, boring nye bila bos tak ada..bos tak ada maknanya tak ada le keje..kalu bos ada kekadang dia akan panggil untuk buat small discussion ke..so, ade le keje aku skit..
emm, sedar tak sedar dah 4 bulan aku kat sini..bulan depan dah masuk 5 bulan..rase cam baru je lagi aku masuk dalam kerajaan ni..environment keje kat sini berbeza ngan masa kerja kat UiTM..tak busy macam kat sana..dah tak ade le dok buat keje2 yang bukan dalam bidang IT..emm, ape pun rindu gak ngan suasana kat UiTM yelah sana keje sentiasa busy dari pagi sampai balik..kekadang terpaksa bawak balik sebab nak kejar presentation..kat sini keje kurang..lebih pada monitor aje..kekadang aje ade meeting..kalu tak dok mengadap pc je..bukan ade keje pun..mau surfing2..aku pun naik boring sampai tak tau ape lagi yang nak disurfing..
tapi yang best dah baru 4 bulan aku kat sini..dah macam2 training pasal IT aku pergi..tiap mg ade je technology update yang kena hadir..emm, best ar dapat new knowledge and get new friends..ape2 pun aku bersyukur dengan rezeki dari Allah ini..muhasabah diri lagi2 sempena hari jumaat ini..
Inilah kata-kata hikmah yang sentiasa aku pegang..:
"JIKA TAK DAPAT APA YANG KITA SUKA, BERLAJARLAH MENYUKAI APA YANG KITA DAPAT!..DAN BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG KITA ADA"
Lawak : Staf Penipu
Posted by Nordiana Nordin at 9:43 AM
Seorang bos sedang menunggu staff-staff nya datang ke ofis untuk bermesyuarat.
Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun sampi ke ofis. Tiba-tiba kelihatan
salah seorang staff nya berlari menuju pintu ofis.....
Staff 1: Bos..jangan marah dulu..saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini...
Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi
terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya
terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh
dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.
Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi
membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang jugak. Seketika kemudian 8 orang
staff datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang
dari mereka kenapa mereka lewat.
Bos: Kenapa kamu lewat.
Staff 2:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan.
Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu
jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.
Bos itu pelik dan agak hairan dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telah
melepaskan staff yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga
melepaskan staff yang kedua itu. Dan setiap staff yang ditanya mengapa mereka
lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada
staff ke-9.
Bos: Ha ..kamu pula ..apa pula penjelasan kamu?
Staff 9:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi....
Bos:Biar saya teka..[bos itu menyampuk..]..teksi tu rosak kan...
Staff 9: Bukan...ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan...teksi langsung
tidak boleh bergerak...
Komen aku tentang lawak ni:- Inilah sikap semulajadi manusia lagi2 sikap segelintir orang Melayu ada sahaja alasan tentang suatu, kan lebih baik kita mengakui setiap kesilapan yang berlaku, jangan jadikan alasan sebagai penyelesaian kepada setiap masalah atau kejadian yang berlaku.
Thursday, November 19, 2009
Punca Kanak-kanak Memberontak
Posted by Nordiana Nordin at 12:26 PMMeragam atau 'memberontak' adalah salah satu sifat semula jadi yang ada pada kanak-kanak namun ada kala sifat ini menimbulkan kerunsingan dan kemarahan orang sekeliling terutama ibu bapa sendiri.
Bagi mengawal tabiat tersebut ibu perlu menggunakan pendekatan terbaik dan bersesuaian dengan jiwa si kecil iaitu dengan mengenalpasti apa pencetus kepada sikap mereka itu.
Seorang pakar psikologi yang juga penulis buku No More Meltdowns, Jed Baker, menggariskan enam punca utama yang kenapa kanak-kanak meragam dan cara mengatasinya.
1. Isu biologi
Kebanyakan kanak-kanak bertukar menjadi cepat marah apabila mereka lapar atau letih. Cara penting mengelakkan situasi itu adalah dengan membekalkan makanan ringan digemarinya dalam perjalanan, sementara menunggu untuk makan di restoran.
Bagi mengelakkan kanak-kanak terlalu letih juga, pastikan mereka mendapat rehat mencukupi sebelum keluar rumah dan jangan terlalu lama berkunjung ke sesuatu tempat. Kanak-kanak akan lebih mudah bertolak ansur apabila di dalam jadual perjalanan yang diatur, mereka turut dibawa ke taman rekreasi.
2. Kekurangan aktiviti
Ketiadaan aktiviti yang boleh dibuat dalam tempoh masa lama juga menyumbang kepada sikap 'memberontak' kanak-kanak. Jika ibu bapa tidak menentukan sebarang aktiviti untuk anak-anak, mereka akan menciptanya sendiri yang akan mewujudkan ketidakpuasan ibu bapa. Sediakan bahan teka-teki, permainan, projek seni, buku, video dan aktiviti yang dapat mengurangkan ketegangan kanak-kanak menunggu.
3. Kehendak
Kebanyakan kanak-kanak akan berasa tertekan apabila diarah menyiapkan kerja rumah atau melakukan aktiviti baru. Bagi menangani perkara ini, anda perlu menjadikan arahan itu sebagai permainan untuk menimbulkan minat mereka seperti memberikan hadiah apabila mereka menyiapkan setiap tugasan.
Sekiranya kanak-kanak takut untuk mencuba sesuatu yang baru, jangan memaksa. Apa yang penting, bantu mereka menanganinya dengan meminta mereka melihat secara terperinci aktiviti berkenaan sebelum mencubanya secara perlahan.
4. Menunggu
Ada pula kanak-kanak yang akan 'memberontak' apabila tidak memperoleh apa diingini atau dilarang melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya mudah untuk kanak-kanak bertolak-ansur berhubung perkara ini sekiranya mereka dapat melakukannya walau sebentar.
Jadi ibu bapa perlu membenarkan mereka meneruskan keinginan itu dengan syarat mengehadkan masa supaya mereka berhenti melakukan aktiviti dalam tempoh tertentu. Apabila kanak-kanak menentang untuk berhenti melakukan aktiviti digemari, pujuk mereka dengan cara terbaik seperti menjanjikan aiskrim jika mereka berhenti bermain di taman permainan dan mengikut anda pulang.
5. Bina semangat
Sesetengah kanak-kanak bersikap 'amat sempurna' dan 'tidak boleh menerima kekalahan' dalam segala tugasan seharian yang dilakukan. Anda perlu mengingatkan mereka bahawa anda sebenarnya mengagumi usaha yang dilakukan mereka walaupun hasil aktiviti yang dilakukannya tidak sempurna. Lebih baik, janjikan habuan jika mereka kalah sesuatu permainan bagi mengelakkannya merasa sedih atau rendah diri.
6. Melawan untuk perhatian
Bagi sesetengah kanak-kanak, sikap golongan dewasa yang tidak membenarkan mereka mengikuti aktiviti dilakukan akan membuatkan kanak-kanak merasa tersisih.
Kanak-kanak tidak akan meminta perhatian dalam keadaan yang tidak bersesuaian jika mereka memahami situasinya. Jika anda membawa kanak-kanak menemani anda bagi sebarang pertemuan atau tugasan penting, terangkan kepada mereka orang lain sama ada dewasa atau kanak-kanak tidak dibenarkan turut serta dalam perkara itu.
Sumber dari Akhbar Utusan 19 November 2009
*** Bagus artikel ni,dengan panduan ni dapatlah ibu bapa lebih memahami ada kehendak sebenar anak mereka. Aku pun kekadang pening bila farzana dok tunjuk-tunjuk tapi bila bagi kat dia bukan itu yang dia mintak..pastu mesti dia marah..allhamdulillah tak la dia sampai memberontak..paling-paling pun nangis sahaja sebab salah.
Wednesday, November 18, 2009
Epal Hijau
Posted by Nordiana Nordin at 2:33 PM
Memakan sebiji epal hijau atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kolesterol dalam badan. Kana-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak di dalam badan..
so, galakkan anak-anak kita makan epal hijau..untuk kesihatan tubuh badan mereka.
Info dari Majalah Pa & Ma Keluaran September 2009.
Tadi dok search tak terjumpa resepi kerabu epal hijau 1st time dengar so, pada kengkawan boleh ar cuba buat bagi kat anak-anak tukar style skit maybe diaorg lebih teruja untuk memakan nya..resepi nya ialah:-
KERABU EPAL HIJAU
Bahan-bahan :
2 biji epal hijau ~ dihiris
1 biji cili merah ~ dihiris
1 bawang besar ~ dihiris
lobak merah ~ dihiris panjang
daun pudina
1 sudu kecil jus limau
garam
gula
* Mama tambah lada hitam ditumbuk dan minyak zaitun
Kaedah penyediaan :
1. Campurkan bahan-bahan yang telah dihiris, ke dalam mangkuk besar.
2. Untuk menyediakan 'dressing' : Campurkan jus limau, garam, gula, lada hitam dan minyak zaitun. Kacau biar rata.
3. Tuangkan dressing ke atas sayur-sayuran dan biarkan selama 15 minit.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Sumber dari : http://mamafami.fotopages.com
Tuesday, November 17, 2009
Al-Fatihan untuk Arwah Pak Ngah
Posted by Nordiana Nordin at 9:05 PMAku dapat call dari makcik sedara kul dalam kul 8.00 pagi bagitau yang pak ngah suami makngah ku dah meninggal dunia..aku, hubby dan angah decide balik ke johor..kami sampai dalam area jam 1.00 tengah hari..
jenazah telah pun dikebumi kan di tanah perkuburan berdekatan..kali terakhir jumpa dengan arwah semasa majlis bertunang aishah adik aku..arwah meninggal dunia jam 7.45 pagi 17/11/09 (selasa)
setelah sesak nafas dan mengalami batuk berdarah
dimasukan ke hospital batu pahat semalam..
semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh
kepada mak ngah dan anak-anak nya..takziah, semoga tabah menghadapi dugaan ini..
Amin..Al-Fatihah..
Sunday, November 15, 2009
sepupu terbaru farzana
Posted by Nordiana Nordin at 2:23 PM

Ni la gambar sepupu farzana..Ahmad Fikri Haziq..comelnya mata pun bulat..
Allhamdulillah, syukur kak norul dah pun selamat melahirkan baby boy 3.04kg di Hospital Taiping petang semalam..tambah sorang lagi cucu mak dan ayah jadi 15 orang le sekarang ni..zana pun dah dapat sorang lagi sepupu lelaki..
Kak norul bersalin secara caesarean..sejak jumaat pagi dah kena induce tapi semalam baru bersalin..kepada kak norul dan cik nyah tahniah atas kelahiran orang baru dalam hidup mereka..kehadiran baby pasti membawa sinar bahagia dan ceria dalam hidup mereka setelah dekat 3 tahun menunggu..inilah hikmah dah berkat kesabaran mereka..welcome to mummy and father club to both of them..to kak norul selamat menjalani situasi berpantang..aku dengar berpantang bagi mereka yang bersalin caesarean ni mencabar sikit..semoga segalanya berjalan lancar..



