

Allhamdulillah, kak sal dha pun selamat melahirkan anak nya pada ahad lepas..secara caesarans..berat baby 3.40kg..baby boy..
Selamat berpantang kepada kak sal, tabahkan hati hadapai dugaan hidup ini..semoga kehadiran Mohd Irshad akan menyerikan dan menbawa seribu rahmat dalam kehidupan kak sal..insyaallah, bila kak sal dah balik ke semenanjung aku akan pergi melawat dia dan baby nya..
Sunday, December 6, 2009
Tahniah to Kak Rusalbiah
Posted by Nordiana Nordin at 10:35 AMFriday, December 4, 2009
My Lunch
Posted by Nordiana Nordin at 3:30 PMAri ni tukar selera skit..lunch makan western food actually tak plan pun nak makan this food tapi masa pergi kafe tadi kedai order2 ramai orang malas nak tunggu lama-lama so last2 decide tukar selera la ari ni makan chicken chop..yummy2..sangat sedap harga boleh tahan le RM 7.00 yang best black pepper sauce dia memang sedap..jangan telan air liur..hehee..
9 Cara Make-up Seorang Muslimah
Posted by Nordiana Nordin at 10:33 AMSempana hari jumaat ni mari kita sama-sama bermuhasabah diri..aku dapat dapat tips ni masa baca buku pinjam kat perpustakaan..antara cara-caranya ialah:-
1. Jadikan ghoddul basor(menundukkan pandangan) sebagai hiasn mata anda, nescaya berseri dilihat orang.
2. Oleskan lipstik kejujuran pada bibir anda nescaya semakin manis kata-kata anda.
3. Gunakan pemerah pipi anda dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu yang dijual di saloon iman.
4. Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan gelang tawaduk dan jari-jemari anda dengan cincin ukhwah.
5. Pakailah giwang mustamik (pendengar) yang taat kepada Allah dan Rasulnya nescaya anda semakin anggun.
6. Rawatlah rambu anda dengan jilbab Islami yang menghilangkan penahan pandangan lelaki yg merbahaya.
7. Pakailah sabun istighfar yg menghilangkan semua dosa dan kesalahan yg anda lakukan.
8. Sebaik-baik kalung anda ialah kalung kesucian.
9. Bedakilah wajah anda dengan air wudhu nescaya muka akan bercahaya di akhirat.
Sumber dari buku Petua Mmembuat Orang Jatuh Cinta oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan Fatimah Syarha Nordin.
Sekadar gambar hiasan..
Marilah kita sama2 renungkan dan amalkan..
MOMBLOGGERSPLANET CUTEST BABY SMILING CONTEST
Posted by Nordiana Nordin at 8:25 AMMombloggersplanet buat contest lagi for bulan Disember dengan tema
“Cutest Baby SMILING“.
Contest 1-15 Disember 2009, so sesiapa yang berminat ada masa lagi untuk join the contest...jpg)
Nama : Nur Farzana Mohd Fauzi
Tarikh Lahir : 30 April 2008
Sebagai ibu sangat suka bila tengok farzana senyum..rasa tenang hati dan perasaan bila tengok my lovely princess senyum..begitu memikat hati..dari tension dengan berbagai masalah rasa tenang dan segar semula..
Senyum adalah satu sedakah..menjadi penyejuk hati kepada kemarahan dan penyeri kepada kehidupan..seperti lirik lagu tema dan patriotik ini..
Senyum
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...
Sumbangan Suraya Mohd Jemil
Aku ada juga dapat rahsia di sebalik senyuman boleh kita sama-sama kongsikan..
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline'.
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Sumber dari : http://www.macam-2.com/2007/10/rahsia-di-sebalik-senyuman.html
Ok, kepada pembaca blog ni yang beminat untuk join this contest boleh masuk ke this website..
MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/2162/cutest-baby-photo-contest-december-09/
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my
AliceWonders : http://www.alicewonders.com
Thursday, December 3, 2009
Farzana Makan Sendiri
Posted by Nordiana Nordin at 9:16 AM1. Aksi farzana makan spaghetti
1. Aksi farzana makan bihun goreng
Farzana sekarang makin suka makan sendiri..kekadang makan pakai sudu dan kekadang pakai tangan aje..nampak bila makan sendiri farzana lebih berselera walaupun pasti bersepah-sepah, tertumpah dan comot sana sini..
Ada dapat beberapa tips untuk ajar anak makan sendiri..dan develop table manners kepada anak-anak. Tips tersebut ialah:-
* Step 1 : Teach your child to wash his/her hands before meals.
Even older infants who are beginning to eat finger foods should wash or have washed their hands before they sit down to eat.
* Step 2 : Correct a toddler when he throws food.
Use age-appropriate language such as, “Sorry. We don’t throw food. Let us appreciate our meals, cutie”
You will need to reinforce this over and over, so don’t get frustrated with your child.
* Step 3 : Instruct your children in the proper use of utensils. A child’s physical development affects how she holds and uses utensils. It is enough that a toddler knows a spoon is for soup and a fork is for vegetables.
Don’t expect a child that young to hold the utensils perfectly. Older children, however, should be shown how to hold and use utensils properly.
* Step 4 : Use good table manners yourself. Children learn what they live.
Say “please” and “thank you” when you ask a family member to hand you the salt or ketchup sauce, for example.
* Step 5 : Don’t make any rude comments about any food being served. It will hurt someone’s feelings.
* Step 6 : Explain to your children that it is polite to wait for everyone to be served before beginning to eat, and then model that behavior for your kids.
* Step 7 : Start introducing your children to new foods from an early age. Have your child try a “polite bite” of new foods offered even if the child thinks the food looks unappetizing.
Explain to your child that he may think a food is “gross” but that he should keep that to himself rather than express it verbally to avoid offending the cook; be that mom, dad or a friend’s parent, really the height of bad manners.
* Step 8 : Tell your children that you expect them to say, “May I please be excused?“ when they are done eating and wait for permission to leave the table rather than simply getting up and leaving the table whenever they feel like it.
* Step 9 : Tell them; “Don’t stuff your mouth full of food, it looks gross, and you could choke. Chew with your mouth closed. My dear, no one wants to be grossed out seeing food being chewed up or hearing it being chomped on”. *this includes no talking with your mouth full*
Info dari http://littlekittle.com/blog/2008/10/21/how-to-teach-your-children-table-manners/.
Wednesday, December 2, 2009
Astaro Promotion
Posted by Nordiana Nordin at 4:42 PMTabiat Tangguh Kerja
Posted by Nordiana Nordin at 2:00 PM
Bertangguh bermakna kita dengan sengaja melambat atau tidak menyiapkan sesuatu kerja, aktiviti atau tugasan yang diamanahkan atas pelbagai alasan.
Sikap suka bertangguh ini ibarat virus atau barah yang senang membejati setiap pekerja dalam sesebuah organisasi. Cuba kita renungkan, berapa ramaikah pekerja yang akan membuat To Do List setiap hari apabila datang ke pejabat.
Pada kebiasaannya memang tidak ramai kerana pekerja yang mementingkan senarai itu adalah pekerja yang berdisiplin sahaja.
Selain itu, sikap bertangguh ini bukan sahaja disebabkan alasan yang tidak munasabah bahkan juga dijadikan amalan oleh pekerja masa kini.
Kadang-kadang sikap bertangguh itu terjadi kerana kita mengambil masa yang terlalu lama menguruskan hal peribadi sendiri tanpa memikirkan ada kerja yang menunggu dan perlu disiapkan.
Hal-hal yang tidak berkaitan dengan kerja selalu dijadikan keutamaan hingga menjejaskan kerja hakiki di pejabat. Setiap hari kerja kita akan diganggu oleh pelbagai kerenah manusia yang akan melambatkan kita menyelesaikan kerja yang telah dirancang seperti membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) peribadi. Menjawab telefon terlalu lama, kerap ke tandas, lebih suka berborak dari melakukan kerja yang diamanahkan, mengambil masa yang lama ketika rehat makan tengahari dan sebagainya.
Pelbagai alasan akan dicari atau direka sekiranya kerja yang perlu disiapkan itu tergendala.
Kenapa wujudnya sikap bertangguh?
Di antara faktor yang menyebabkan wujudnya sikap bertangguh ini adalah seperti berikut:
1. Pengurusan - Sistem pengurusan yang lemah termasuk dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tenaga.
2. Kesempurnaan - Pekerja mempunyai sikap kesempurnaan yang tinggi di dalam melaksanakan sesuatu kerja yang diberi.
Sikap ini sememangnya elok diamalkan tetapi sekiranya ia terlalu mementingkan kesempurnaan ia akan dikategorikan sebagai cerewet.
Oleh itu, sekiranya pekerja mengamalkan sikap yang demikian, maka sebenarnya tiada kerja yang dapat dilaksanakan.
3. Sikap sambil lewa - Pekerja mempunyai sikap yang tidak mengambil berat mengenai sesuatu tugasan yang diberi.
Mereka tidak menumpukan sepenuh perhatian dan gagal memberikan maklumat serta data yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan.
Apabila kita bersikap sambil lewa atau ambil mudah maka tiada komitmen serta disiplin yang lemah terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan segalanya pasti akan tertangguh.
4. Masalah fizikal - Pekerja yang mempunyai masalah kesihatan yang tidak mengizinkan mereka bergerak terlalu banyak dan pantas akan menyebabkan banyak kerja tertangguh.
Ini akan menyebabkan penurunan produktiviti kerja.
Strategi
Antara lain terdapat beberapa strategi yang telah dikenal pasti untuk mengatasi masalah ini seperti berikut:
1. Menetapkan matlamat bagi tempoh pencapaian kerja anda.
Pekerja hendaklah menetapkan tempoh untuk mencapai sesuatu matlamat kerja. Kaji tahap atau kedudukan pekerja sekarang berbanding dengan apa yang pekerja inginkan.
Kira dan tentukan berapa banyak masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
2. Merancang tugasan harian ketika di pejabat. Pekerja haruslah merancang tugasan harian di pejabat dengan membuat senarai tugas atau To Do List.
Pekara ini perlu dilakukan setiap hari sebelum balik dan sewaktu tiba di pejabat ketika awal pagi bagi memastikan penyusunan kerja yang penting diutamakan dan didahulukan.
Dengan membuat senarai tugasan mengikut prioriti yang perlu diuruskan, pekerja akan dapat mengenal pasti sekiranya ada tugasan yang tertunggak dan tidak dapat diselesaikan semalam akan diuruskan pada keesokan hari.
Perancangan
Pekerja juga boleh mengklasifikasikan kerja yang mana patut diutamakan dahulu dan kerja yang akan dibuat kemudian. Perancangan ini juga akan memberi gambaran kepada pekerja berapa banyak bebanan tugas yang harus diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
3. Mencari kaedah bagi mengingatkan pekerja. Untuk melakukan tugasan seperti mencatat dalam diari atau digital organizer, memakai palmtop, memasukkan maklumat kerja di dalam telefon atau menulisnya di kalendar meja dengan memasukkan maklumat bila tugasan tersebut perlu disiapkan.
4. Mengenal pasti tugasan mana yang lebih penting untuk mencapai matlamat sesuatu program atau aktiviti. Ia boleh dilakukan dengan menulis kelebihan dan kekurangan kenapa pekerja harus atau tidak melakukan kerja yang disenaraikan terlebih dahulu.
Proses ini mampu membantu untuk menyenarai pendek kerja-kerja yang tidak harus ada dalam senarai utama. Pekerja mesti membuat kerja yang harus dibuat dahulu bukan kerja apa yang hendak dibuat.
5. Menetapkan masa untuk menyiapkan tugasan setiap hari. Pekerja mesti mengenal pasti berapa lama masa yang akan diambil untuk menyiapkan tugasan pada hari itu dan berapa lama masa rehat yang mereka akan ambil.
Sebagai contoh, seorang pekerja akan membuat tugasan selama 40 minit dan kemudian mengambil masa 10 minit untuk berehat. Pekerja harus memastikan yang mereka mengikut masa yang ditetapkan untuk mencapai matlamat kerja.
Ia mungkin akan menyusahkan pekerja di awal pelaksanaan tetapi dalam jangka masa panjang mereka akan dapat menyesuaikan diri bilamana ia berjaya ditabiatkan.
6. Memastikan semua benda tersusun. Setiap pekerja haruslah memastikan semua benda di atas meja dan kawasan kerja mereka tersusun supaya memudahkan mereka untuk mencari dokumen dan ia akan menjimatkan masa.
7. Pengagihan kerja. Setiap pekerja haruslah memastikan bahawa sekiranya terdapat kerja yang terlalu banyak dan harus disiapkan dalam masa terdekat ia perlu diagihkan mengikut tugasan yang bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan.
Sekiranya terlalu banyak kerja yang diminta kita buat, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil.
Jika menghadapi kesukaran, dapatkan seseorang yang boleh membantu serta mahir dalam bidang tersebut.
8. Pekerja wajar memastikan diri mereka sentiasa siap siaga. Berada di dalam keadaan yang fokus untuk membuat tugasan setiap hari.
9. Menghadapi segala gangguan dengan berkesan. Pekerja hendaklah menetapkan masa bila mereka ingin melakukan sesuatu tugasan penting tanpa diganggu oleh keadaan sekeliling.
Sebagai contoh, pekerja boleh mencari tempat yang minimum gangguan untuk membuat tugasan yang memerlukan penumpuan yang khusus.
10. Menukar cara pemikiran kita (Anjakan Paradigma Minda). Setiap pekerja haruslah menukar cara pemikiran mereka dengan menyerapkan sifat-sifat positif dalam menjalankan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab bagi memajukan diri dan organisasi ke mercu kejayaan.
11. Memberi ganjaran terhadap diri. Pekerja boleh menetapkan ganjaran yang bersesuaian untuk diri sendiri apabila dapat menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan.
Justeru, tabiat menangguhkan kerja adalah amalan yang tidak sihat dan ia ditegah oleh Islam itu sendiri.
Berbanggalah dengan tugasan yang kita laksanakan seharian walau sekecil manapun kerja yang kita lakukan.
Insya-Allah, jika disertai nawaitu atau niat yang ikhlas dan menjalankan tugas adalah sebagai fardu kifayah, kita akan diganjari pahala di dunia dan akhirat.
Hidup kita akan bertambah barakah dan seterusnya organisasi serta agama kita akan maju atau berjaya menggapai mercu keterbilangan sewajarnya.
Ayuhlah kita realisasikan: '1 Syiar, 1 Qiblat dan 1 Agama'.
Info dari Utusan Malaysia 2 Disember 2009.
*** Aku selalu geram sahaja bila dapat staf yang suka berperangai begini..teringat kenangan kat UiTM 5 bulan lepas..sikap ni memang sangat sebati dalam diri beberapa staf aku..aku cuba juga nak ubah tabiat diaorg ni..tapi tak mampu..akhirnya aku jugak yang makan hati..dan last2 aku decide aku sendiri buat..walaupun keje sendiri bertimbun2..allhamdulillah, lepas 5 bulan di ofis baru sikap ni tak ada dalam diri staf aku di sini..actually keje pun tak banyak sangat macam di UiTM dulu..so, bila ade kerja terus buat memang tak ada tangguh2 kerja..Kepada pekerja2 tak kira kerajaan atau swasta elak amalkan tabiat tangguh kerja kerana ianya bukanlah satu amalan yang baik, sikap ini menjadikan kerja bertambah bertimbun dan pastinya menimbulkan kemarahan bos dan kakitangan lain..jadilah pekerja yang inovatif, kreatif dan produktif..
My Dell Netbook
Posted by Nordiana Nordin at 9:03 AM

Dah lama nak letak gambo my new netbooks..beli online je senang..dan seminggu lepas tu sampai le kat tangan..harga murah dan boleh customize tu yang suka kalu beli Dell brand just online..dan cepat sampai ke tangan kita..
Dell aku beli warna biru..heheh..warna favouriteku..guna Windows 7, operating system yang the latest..senang nak guna compare to Windows Vista..lebih cepat dan yang penting laptop ni sangat cute..




