allhamdulillah tahun ni tercapai gak cita-citaku nak buat kuih raya sendiri..dari tahun demi tahun dok berhajat baru tahun ni kesampaian..almaklum la busy..bukan senang nak manage time lagi2 sejak farzana ada..so far this year ok..

Kisah manis dan pahitku di dunia yang fana ini dalam menuju perjalanan yang kekal abadi

emm, dekat sebulan tak update blog..
memang teramat busy..dari awal bulan lagi..pi kelantan outstation..tak sempat mai keje pi sabah lak ade bengkel kat Imperial Hotel..tu paling best le..dapat le ambik kesempatan jumpa my hubby..dan farzana mesti le jadi pengikut setia..sian, masa aku tinggalkan zana utk outstation ke kelantan dia demam..sian anak umi..nak keje pun tak selesa bila tau anak tak sihat dah le macam virus sekarang ni sapa tak risau..
then, seronok gak dapat join bengkel NRE*Net sebab dari bengkel tu le aku dapat pergi ke Tip of Borneo..bayangkan dekat 4 tahun keje kat sabah tak pernah lagi menjejakkan kaki ke tip of bornoe..sekali dah keje luar sabah mai sana pi ke situ pulak..rezeki2..
ari ni dah puasa ke-4..selamat menjalani ibadah puasa pada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia..semoga ramadhan tahun ini membawa seribu rahmat dan keberkatan untuk kita semua..
me..sedih gak..this 1st time posa tanpa myhubby disisi..paling kesian ngan myhubby, berbuka sorang2..sahur pun sorang..sian dia..that why dengan cuti merdeka isnin ni aku ambil kesempatan untuk pi ke sabah..same2 berbuka dan sahur bersama my lovely hubby..emm, semoga di bulan ramadhan ini doa kita dimakbulkan agar myhubby cepat2 dapat tukar ke shah alam..aminn..
farzana..suka betul time berbuka..allhamdulillah selera makan dah back to normal..lepas demam airtu..seronok tengok dia makan..kalu dia tak makan..umi yang risau..
allhamdulillah ari ni..zana dah genap 1 tahun 3 bulan..dah makin besor anak umi..allhamdulillah zana sihat..mg lepas yang dia demam..sian kat anak umi demam tetiba lak..
apa aktiviti zana sekarang:-
1. zana suka main telefon pantang jumpa telefon mesti nak main..siap ade kuar hello lagi..kelakar aje macam org pandai cakap..
2. suka sangat kalu pi jalan2..naik kete gerenti nanyi..joget2 gerak kepala..
3. pantang dengar orang menumbuk kat dapur gerenti dia sibuk nak tolong..
4. kalu jumpa pen..zana mesti mintak kertas..pastu dia conteng le kertas tu..gaya cam nak menulis..
5. suka tengok gambo2 kat baju org pakai..
6. pandai beli baju sendiri aritu masa keluar ngan aku..dia pilih baju color kuning..masa keluar ngan acik dia pun kena pau beli baju juga
semoga anak umi terus sihat dan membesar dengan aktif dan baik..
emm, pagi ni sedih betul..
tak pasal2 aku menangis di pagi hari..
aku tunggu bas nadi putra macam biasa..tapi bas yang biasa aku naik tu tak berhenti sebab terlampau penuh..tunggu sampai le dekat 7.35 tak ade pun 2nd bus..
then, call taxi suruh tunggu 10 minit..lepas 10 minit tak jugak datang bile call balik cakap masih belum dapat sebab pemandu semua lum datang..
then, aku memang dah cuak gile ni..abis le merah punch card ni..sampai dalam hati berdoa2..
then, nampak ade satu teksi lalu..ade penumpang tapi aku tahan gak..sib baik teksi tu berhenti dan kebetulan penumpang dia pun nak ke presint 2..jadi aku naik sekali la..
sampai kat lobi JAS..tak ade langsung lif..last2 panjat le tangga ke tingkat 4..
sampai kat punch card dah jam 7.59..selamat..nanti tak pasal2 malu aje ngan bos baru masuk seminggu dah datang lambat..
emm, memang dugaan betul dah le aku posa sunat ari ni..cepat2 le abg mai sini uruskan kete..hidup nak harapkan bas ni memang leceh..
ari ni genap 3 ari aku kat Jabatan Alam Sekitar(JAS), allhamdulillah aku dapat kat putrajaya..walaupun masa 1st day aritu jumpa my bos dia mula2 nak hantar aku ke Eimas Bangi..tapi lepas aku cite pasal kedudukan aku..dia paham..thanks you very much bos for ur understanding..
masa sebelum jumpa bos..2 org dok puji depan aku cakap bos aku baik..hope begitu le dapat keje dengan baik..dan cemerlang..
aku kena jaga unit rangkaian dan keselamatan..masa dok buat small discussion ngan my staff..ade dua aje staff aku dua2 lelaki..sorang name faizal sorang name sapuan..cam banyak aje benda yang kami kena handle..hope kami dapat berkerja dalam satu pasukan..ape yang penting kerja sama..
kehidupan sekarang dah jauh berbeza..aku pi keje buat masa ni naik bas..pergi dan balik..zana mintak tolong aishah uruskan..makan pagi sorang2..sedih aje kekadang teringat masa kat sabah..pegi keje ngan abg..makan pagi ngan abg..dan lunch pun ngan abg..semua nya hanya tinggal kenangan sebab kami tak keje satu tempat lagi macam dulu..
emm, ari ni jugak dah 2 minggu aku tinggalkan tanah sabah..dah 2 minggu lebih jugak tak jumpa my lovely hubby..hanya telefon dan 3G aje jadi penghubung antara kami yang dipisahkan oleh laut china selatan ni..kalu ade sayap dan lama ku terbang untuk menemui insan tersayang di sana..emm, ape pun aku perlu tabah meneruskan kehidupan ini demi puteriku yang tercinta dan demi masa depan yang lebih baik untuk kami sekeluarga..Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menempuh dugaan dan cabaran hari mendatang..aminn..
ari ni dah 2nd days aku kat kementerian sumber asli dan alam sekitar..semalam lapor diri kat JPM..ada taklimat sampai tengahari petang terus ke sini..tapi menurut pegawai sini KSU tak ada pergi pahang..isnin baru balik..
emm, kire sementara tak dapat tempat ni dok lepak2 le..kat library..borak2..tapi risau jugak ni tadi pegawai tu cakap dia akan cuba le sebab kami 3 org..tiga2 mintak kat putrajaya..ade le dia cakap KL ngan n9 ade kosong..emm, ni risau..
aku berdoa2..semoga aku dapat kat putrajaya..haru jugak kalu dapat tempat lain..dah le berdua aje ngan farzana nasib le mak abah dok sini..leh ar stay umah diaorg..zana pun terpaksa mintak tolong aishah tengokkan sampai hujung bulan..
Ya Allah, semoga aku kena posting ket kementerian aje di putrajaya..risau sangat ni..abg jauh di sebarang laut china selatan..payah jugak kalu kena stay berdua aje ngan zana..paling sian zana le..sian anak umi..
semoga kami dapat terus berada di sini stay kat umah mak..dan abah sementara menunggu abg pindah ke semenanjung..aminnn..
dah 4 hari aku pulang ke semenanjung..abg lak dah seminggu kat brunei..isnin ni balik le abg ke kk..sian abg kena stay sorang2..emm, besar betul pengorbanan yang kami kena buat utk aku dapat jawatan pegawai ni..semoga kami akan terus tabah menghadapi dugaan hidup ini..aminnn..
allhamdulillah..tarikh keramat dalam hidup ku 2/7/2009 tak akan aku lupakan sebab tarikh ni la dengan rasmi nya aku dilantik sebagai Pegawai Teknologi Maklumat..

Tak semestinya Allah akan memberi setiap yg diinginkan oleh kita, tetapi Allah memberi apa yang baik untuk kita mengikut ilmu-Nya. Pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya.
Tidak Akan Ada Dua Cinta Di Dalam Satu Hati, Olehitu Pilihlah Salah Satu Daripada Dua Cinta Tersebut; Samada Cintakan Allah Yang Kekal Abadi Atau Cintakan Dunia Yang Hanya Sementara Waktu Sahaja.."
Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest. ( Surah Ar Ra'd, ayat 28)
Whatever Your Pain, There Will Always Be Sunshine, After The Rain.
Perhaps We May Stumble, Perhaps Even Fall, But Allah Is Always There, To Help You Through It All.
Redha bukan pasrah. Pasrah akan menghampiri putus asa. Redha ialah kematangan cara kita berfikir bahawa sesuatu itu ada hikmah yang baik untuk kita.
Hayatilah hidup yg sedang anda jalani, jgn menyesali perkara yg sudah berlalu, dan jgn pula menyusahkan diri dengan memikirkan hari esok yg masih belum tiba.
Kehidupan penuh dgn warna-warni. Adakalanya, bila kebahagiaan mendatang, kedukaan akan timbul selepas itu. Walau apa sekalipun, itulah kehidupan yg sebenarnya. ALLAH sentiasa menduga kesabaran hamban-NYA
One of the most difficult parts of this life is that our hearts' desires are always fulfilled, but one of the most wonderful things about Heaven is that Allah will either grant us those desires or give us something better.
”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”
"Awasilah Allah, Dia pasti akan memeliharamu. Peliharalah Allah pasti Dia berada di sampingmu. Bila engkau minta, maka mintalah Allah, bila mahu pertolongan, minta tolonglah daripada Allah. Ketahuilah sekiranya umat manusia bekerjasama menolongmu mereka tidak dapat menolong melainkan apa yang ditulis Allah dan sekiranya mereka bekerjasama untuk menyakitimu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa selain dari apa yang telah disuratkan Allah. Pena sudah diangkat dan buku sudah ditutup”
Ya Allah cintaku membuat aku kuat untuk hidup
Ya Allah rinduku menyuluh jalan menemui Mu
Ya Allah yang maha mencintai lagi maha dicintai
Derauan darah rindu ini sudah tidak tertanggung
Ucapan cinta sudah tidak terkata
Hanya menanti saat ketika
Ya Allah,utk mengatakan cinta, aku takut berdusta.Utk mengatakan tidak,aku takut derhaka.Aku hanya insan hina, yg sedang jatuh bangun di jln berliku menuju-Mu.Bantulah aku,kasihanilah aku, sayangilah aku.Jgn KAU pinggirkan aku wahai Rahman,wahai Rahim.
Jika seseorang atau sesuatu itu memang ditakdirkan sbg milikmu, dia atau ia akan tetap menjadi milikmu biar apa jua rintangan dan halangan menjelma. Sama juga, jika dia atau ia bukan ditakdirkan sbg milikmu, dia atau ia takkan menjadi milikmu biar apa jua usaha dan ikhtiar yg dilakukan. Pasrah dan redha dgn ketentuan-NYA. DIA janjikan yg terbaik untukmu, insyaAllah!!
Patience is a Great Virtue ✦ Patience and victory are twin brothers, for victory comes with patience, relief comes with distress and ease comes with hardship. "Surely, Allah is with those who are As-Sabirun (the patient).” (Al-Anfal 8:46)"