Wednesday, July 7, 2010

Afgan - Padamu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

~{}~

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaMu


Sumber dari: mp3sgratis

Ni gak lagu tema dalam Slot Zehra - Janji Kekasih..kawan-kawan mari kita hayati dan renungkan bait-bait lagu ni.semoga kita dapat memperbaiki diri kita dan mendekatkan diri dengannya..

post signature

Monday, July 5, 2010

Aktiviti Hujung Minggu

Hujung minggu aritu aku dan farzana ke kenduri salah seorang kawan satu kementerian.mula2 macam tak pergi sebab tak tahu tempat tapi kebetulan ada sorang kawan nak ke sana, jadi aku join la.yelah orang dah bagi kad kita cuba la hadiri memeriahkan.

Sebelum pergi sempat la aku pergi belikan hadiah untuk kedua mempelai..dalam pada nak cepat tu sempat jugak farzana naik kete police layankan je la asalkan dia tak nangis.

Farzana naik kete police



kenduri dibuat kat dewan banquet UPM..tak susah rupanya nak cari tepi lebuhraya silikon tu je. besar jugak dewan UPM tu, masa kami sampai pengantin belum datang..makan dulu tak lama kemudian hanis dan pasangan pun sampai..

Sekitar kenduri




Tahniah, hanis dan harman..selamat melayari alam rumahtangga semoga kalian kekal ke akhir hayat dan hanis dapat cepat2 dapat pindah stay dengan harman kat terengganu..

Ni la pengantinnya, Selamat Pengantin Baru untuk Hanis & Harman..



post signature

Saturday, July 3, 2010

Solat Fardhu dan Amalan Sunat

Tajdid Iman
Bersama Dr Juanda Jaya

HASAN al-Basri berkata: “Sesungguhnya hati dapat hidup dan mati. Apabila dia hidup, kerjakanlah amalan sunat dan apabila ia mati cukuplah mengerjakan amalan fardu.”

Apabila iman berkurangan, maka kuranglah kesungguhan beribadah. Hati disibukkan dengan perkara melalaikan. Kenikmatan beribadat pula bertukar menjadi suatu bebanan. Mustahil untuk terus bangkit daripada penyakit ‘lemah iman ini’.

Untuk memulihkan hati, maka buatlah amalan wajib yang berkualiti. Sembahyang fardu mesti tetap dijaga khusyuk dan rukunnya.

Jika ubat yang ditelan itu menampakkan hasil, anda akan beransur-ansur pulih dan sihat. Tetapi, jangan terlalu lama meninggalkan ibadat sunat kerana ia umpama vitamin bagi hati, makanan tambahan untuk hati yang sihat. Ibadat sunat berfungsi menjaga kesegaran hati supaya tetap sihat dan bertenaga.

Jika mahu memilih tempat yang paling mulia di sisi Allah, tentulah pengorbanan yang dilakukan mesti sesuai dengan upah. Mana mungkin pengorbanan yang sedikit mengharap upah yang banyak. Kerana itulah syurga memiliki beberapa tingkatan (kelas) dan lapan pintu semuanya. Kalau mahukan terbaik, lengkap dengan kemudahan paling hebat milik tetamu kenamaan istimewa (VIP), anda harus menjadikan diri anda layak mendapatkannya.


Antara amalan sunat yang menjadi kegemaran jiran Rasulullah SAW di syurga daripada kalangan sahabat, syuhada dan salihin :

• Tahajjud untuk mendapatkan kedudukan mulia di sisi Allah. Bangun di tengah malam, sangat berat dilakukan oleh orang yang terlalu kenyang dengan nafsu syahwatnya, terlalu letih dan sibuk mengejar dunia.
Bagi orang yang susah bangun bermunajat, cubalah amalkan resipi ini. Tanamkan keyakinan dalam diri bahawa malam sentiasa menyimpan kejahatan makhluk-Nya. Kalau anda asyik dibuai mimpi, siapa yang boleh menolong jika unsur jahat itu masuk ke dalam rumah anda.

Bangunlah, jaga rumah anda dengan sembahyang, nanti Allah akan menjaga anda. Semua alat keselamatan yang dicipta manusia itu sungguh lemah, hanya kuasa Allah satu-satunya penyelamat.

• Sembahyang sunat sekurang-kurangnya 12 rakaat setiap hari.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Tidaklah seseorang melakukan sembahyang sunat kerana mengharapkan keredaan Allah sebanyak 12 rakaat setiap harinya, melainkan Allah membina sebuah rumah untuknya di syurga.” (Hadis riwayat Muslim).

Sememangnya orang yang berjaya di dunia ini amat mematuhi ‘disiplin masa’ yang mereka jalani setiap hari. Tahukah anda, sebenarnya antara fungsi solat fardu dan sunat adalah suatu pelajaran untuk mentaati masa yang dijadualkan oleh Allah SWT.
Orang yang amanah dengan waktu solatnya sebenarnya melatih diri untuk amanah dengan waktu kerjanya. Mereka menjadikan solat itu sebagai masa terbaik untuk beristirahat. Gerakannya yang tenang dengan bacaan yang mententeramkan hati seolah-olah tempat melayan perasaan anda yang gelisah kerana beban tugas di tempat kerja.

Rasulullah SAW apabila ditimpa kesusahan akan mententeramkan dirinya dengan sembahyang. Pada saat-saat genting, seperti dalam masa penentangan dan penindasan musuh, Baginda banyak melakukan sembahyang. Tetapi manusia kini, apabila hatinya risau, gelisah dan sakit, banyak yang mencari teman mengadu, meluahkan isi hati dan akhirnya mengumpat dan memfitnah, menuduh dan berprasangka buruk. Kenapa tidak adukan masalah kita kepada Yang Maha Berkuasa? Yang boleh merubah kesusahan kepada kesenangan? Kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang?

Solat sunat 12 rakaat ini tidak semestinya dikerjakan terus dalam satu masa. Pilihlah masa yang sesuai dan tidak memberatkan anda melakukannya. Dua rakaat yang ringan amat memadai asalkan dilakukan dengan khusyuk, dibandingkan dengan banyak rakaat tetapi hati lalai.

• Puasa untuk menjauhkan diri daripada azab neraka.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah seorang hamba berpuasa satu hari kerana Allah melainkan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.” (Hadis riwayat Muslim)

Puasa berfungsi untuk melemahkan nafsu jahat dan menyerap aura iman ke dalam diri. Sesiapa yang panas baran, gelojoh, tamak, kedekut, ujub dan takbur, ubatilah penyakit yang membunuh ini dengan berpuasa. Semakin lapar perut, semakin menurun tekanan kejahatan yang dihembuskan syaitan. Semakin haus dan kurang tenaga, semakin anda berasa perlukan Allah.

• Membaca al-Quran dan zikrullah. Bagaimanakah membaca al-Quran yang baik? Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik suara yang membaca al-Quran, apabila kamu mendengarnya membaca, menjadikan kamu takut kepada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

• Sedekah.
Uthman bin Affan pernah membawa berpuluh-puluh unta bersama barang dagangannya, kemudian datang rombongan peniaga hendak membeli daripada beliau. Seseorang berkata: “Aku akan ganti satu barang dengan harga dua kali ganda. Yang lain berkata: Aku ganti satu barang dengan harga tiga kali ganda. Hingga ada yang menawarkan harga yang tertinggi: Aku ganti satu barang dengan harga lima kali ganda. Uthman bin Affan bertanya kepada mereka: “Siapakah yang boleh menggantikan satu dengan harga 10 kali ganda? Sesungguhnya Tuhanku menggantikan semua barang ini dengan 10 kali ganda. Aku memilih tawaran yang paling baik daripada kalian. Aku sedekahkan semuanya di jalan Allah.”

Demikianlah hamba Allah yang membiasakan dirinya dengan amalan sunat. Buatlah amal menurut kesanggupan, tetapi nanti jangan menyesal jika berada di syurga yang lebih rendah daripada syurga yang tertinggi. Seolah-olah kita melihat bintang yang cantik berkilauan, boleh dilihat tidak boleh dicapai. Ingatlah semua amalan yang dilakukan hanya kerana satu cita-cita terbaik dalam hidup iaitu berada di sisi Allah sebagai insan teristimewa.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang mana Allah berfirman yang maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling Aku sukai yang dikerjakan oleh hamba-hamba-Ku untuk mendekatkan dirinya kepada-Ku selain melakukan yang fardu, dan mereka sentiasa mengerjakan yang sunat sehingga Aku mencintainya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sumber dari: Mofabaha

Untuk renungan dan perkongsian sahabatku..bersamalah kita perteguhkan solat fardhu dan tambahkan amalan sunat untuk kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

post signature

Friday, July 2, 2010

Setahun Sudah Berlalu..

Auditorium JPM tempat aku lapordiri..



Allhamdulillah, hari ini genaplah setahun perkhidmatan aku dalam gomen..sedar tak sedar dah setahun aku masuk ke perkhidmatan ini..aku lapor diri di JPA pada 2/7/2009.. lapordiri di auditorium jabatan perdana menteri. Di sinilah, aku dilantik dan berikrar untuk menjadi penjawat awam yang cemerlang dalam membantu pembangunan dan pentadbiran Malaysia..insyaallah, akan aku tunaikan amanah ini dengan hati yang ikhlas dan komited.

Kebetulan 2/7 jatuh pada hari jumaat yang mulia ini..semoga keberkatan hari jumaat yang mulia ini membawa seribu rahmat dan keberkatan dalam kerjaya dan hidup ku Ya Allah.

Hampir setahun juga aku tinggalkan sabah..hidup sendiri menguruskan anakku..terlalu banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa ku tempoh dan kulalui..namun aku tahu ada hikmahnya setiap segala yang menimpa diri..aku bersyukur Ya Allah atas rezeki darimu ini..dan redha terhadap segala dugaan dan cabaran yang dialami..semoga semua ini menjadikan cintaku semakin mekar dan teguh buatmu hanya engkau yang maha mengetahui segala yang terbaik untukku......


post signature

Hati Menjadi Gelap??

Diungkapkan oleh Adbullah bin Mas'ud r.a, "Ada empat perkara yang menyebabkan hati menjadi gelap, iaitu pertama perut yang selalu kekenyangan, kedua bergaul dengan orang yang zalim, ketiga melupakan dosa yang lalu dan keempat angan-angan yang melambung.

Sedangkan ada empat perkara yang menyebabkan hati bercahaya, iaitu perut yang lapar agar selalu berwaspada, bergaul dengan orang yang soleh, mengingat perbuatan dosa yang telah dilakukan dan tidak berangan-angan yang melambung".

Sumber dari: Dibumirabb


Manakala punca-puncanya hati menjadi gelap:-

1. Meyakini kewujudan Allah swt tapi meninggalkan perintahNya

2. Selalu membaca Alquran tapi tak beramal dengan isinya..

3.Menganggap Syaitan itu musuh, tapi masih menurut kehendaknya

4.Mengaku sebagai umat Rasulullah saw, tapi tidak ikut sunnah baginda

5.Tahu azab neraka,takut azab neraka, tapi masih melakukan dosa

6.Inginkan nikmat syurga tetapi enggan beramal soleh untuk mendapatkannya

7.Sedar tentang hakikat kematian tetapi tidak bersedia menghadapinya

8.Asyik menceritakan keaiban orang lain tetapi terlupa keburukan diri sendiri

9.Sentiasa menikmati rezeki dan nikmat kurniaan Allah swt tetapi tak pernah bersyukur

10.Mengkebumikan jenazah saudara seIslam tapi tidak mengambil iktibar darinya

Sumber dari: Nama Saya Din



Hati gelap punca maksiat

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Al-Maraghi berkata: Setelah Allah SWT menyebut tentang ucapan mereka: "Al-Quran itu adalah dongengan orang terdahulu dan bukan wahyu daripada Allah SWT."

Lalu disusuli keterangan tentang sikap biadab mereka yang disebabkan kebiasaan mereka berbuat keji, lalu hati mereka tertutup untuk menerima pandangan yang baik sehingga tidak dapat membezakan antara dongengan dan hujah yang benar.

Kemudian Allah SWT menolak tuduhan dusta yang mereka dakwa dan sering diulang dalam bentuk ucapan: "Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, pasti kami mendapat kedudukan yang mulia di sisi Tuhan".

Namun, Allah SWT telah menjelaskan kepada mereka, bahawa mereka itu berdusta. Mereka akan dijauhkan daripada rahmat Allah SWT dan tidak akan memperoleh keredaan-Nya.

Kemudian mereka diperintahkan memasuki neraka dan akan dikatakan kepada mereka bahawa azab ini sebagai balasan terhadap perbuatan kamu dahulu dan juga kerana mereka mendustakan apa yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW kepada kamu sekelian.

Firman Allah SWT: Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

Syed Qutub berkata: Maksudnya hati mereka telah ditutupi kekotoran dosa dan maksiat yang dilakukan mereka.

Sebenarnya, apabila hati itu lumrah dengan kerja-kerja maksiat, maka cahayanya amat muram, gelap dan kemudian diliputi karat yang tebal yang tidak dapat lagi ditembusi nur hidayah.

Sifat kepekaannya perlahan-lahan hilang dan akhirnya menjadi lemah dan terus mati.


Riwayat Ibn Jarir r.a, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah dari Muhammad Ibn al-'Ijlan dari al-Qa'qa' Ibn Hakim dari Abu Soleh dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya yang bermaksud: "Apabila seseorang hamba itu mengerjakan satu dosa, maka timbullah di dalam hatinya satu tompok karat yang hitam.

"Andainya ia bertaubat daripada dosa itu, maka hatinya kembali bersih dari karat tersebut dan jika dosanya bertambah, maka tompok karat hitam itu bertambah besar".

Firman Allah SWT: Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.

Ibn Kathir berkata: "Maksudnya pada hari kiamat nanti, mereka mempunyai satu kedudukan dan menempati Sijjin. Kemudian pada hari kiamat kelak mereka akan terhalang daripada melihat Allah SWT iaitu Pencipta mereka.

Imam Abu Abdillah al-Syafie berkata: "Dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa orang-orang mukmin dapat melihat Allah SWT pada hari tersebut".

Firman Allah SWT: Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka. Akhirnya dikatakan (kepada mereka): Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu.

Al-Maraghi berkata: "Setelah mereka dihalang mendekatkan diri kepada Allah SWT pada hari kiamat dan memperolehi idaman yang dahulu mereka harap-harapkan, lalu mereka dicampakkan ke neraka bagi merasakan berkobar-kobar apinya dan kepanasannya.

Seksaan yang ditimpa itu adalah sebagai balasan terhadap perbuatan kamu yang mendustakan berita-berita yang disampaikan oleh rasul yang benar itu.

Sebagaimana kamu juga beranggapan sama sekali tidak akan dibangkitkan, dan al-Quran itu hanya dongengan orang terdahulu serta Nabi Muhammad SAW itu ahli sihir dan pendusta dan lain-lain dakwaan.

Surah ini jelas membincangkan golongan yang tidak baik seterusnya membawa kepada balasan neraka.

Lebih malang lagi mereka yang kufur tidak dikurniakan melihat Allah SWT pada hari kiamat sedangkan majoriti ulama menafsirkan bahawa mafhum muafakah menunjukkan orang yang beriman boleh melihat Allah SWT sebagai tambahan kurniaan Allah kepada mereka pada hari akhirat kelak.

Hal ini dibenarkan oleh jumhur ulama seperti Imam al-Syafie, Imam Malik, al-Baghawi dan lain-lain. Melihat Allah SWT merupakan kemuncak kenikmatan dan penghormatan yang dapat diraih oleh hamba-hamba Allah yang soleh.

Petikan berita dari: Utusan Malaysia- Bicara AgamaBicara Agama

Kepada kengkawan yang disayangi..jagalah hatimu..jangan biarkan hati menjadi gelap ingatlah Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan..hiduplah di bawah keredhaan dan kerahmatan darinya..sama-sama kita perbaiki diri..

post signature

Thursday, July 1, 2010

Lirik Lagu De Hearty - Pasrah Segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty)
Dipetik dari : Nasyid Info

Wednesday, June 30, 2010

Wahai Suami..

Ada terbaca pasal ni kat poster..panduan yang sangat bagus bagi para suami..marilah sama-sama kita renung-renungkan2 kan dan amalkan..sharing is caring..

1. Taatilah dan cintailah Allah S.A.W dan Rasululllah S.A.W

2. Ketahuilah bahawa kamu mendirikan rumahtangga hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah dan bukan untuk melepaskan nafsu semata-matanya.

3. Nasihatilah isterimu dengan cara yang baik.

4. Layanilah isterimu dengan baik kerana sebaik-baiknya di antaramu adalah orang yang paling lemah lembut terhadap isterimu.

5. Hiasilah dirimu untuk isterimu sebagaimana kamu suka ia menghiasi dirinya untukmu.

6. Jagalah perasaanya dan janganlah memuji wanita lain di hadapannya dan janganlah mengejinya di hadapan orang lain.

7. Bertimbang rasalah kamu dan janganlah menurut sesuatu yang di luar kemampuan isterimu.

8. Ketahuilah bahawa Rasulullah S.A.W tidak pernah memukul isterinya, seandainya kamu terpaksa elakkanlah dari pukulan yang menyakitkan.

9. Janganlah kamu terlalu menurut kemahuan isterimu kerana ini akan merosakkan akhlaknya dan menjatuhkan kewibawaannya.

10. Bersabarlah atas sebarang kelemahan isterimu kerana mungkin kamu membenci sesuatu yang Allah menjadikan kebaikan yang banyak kepadanya.



**Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur.....Kata-kata ini dipetik dari blog: Rahsia Perkahwinan

post signature

Tuesday, June 29, 2010

Resepi Cupcakes..

Seperti yang aku janjikan..dibawakan resepi cupcakes, pada kengkawan yang berminat bolehlah cuba..sedap kek dia sangat moist berebut2 my princess dan adik-adik nak makannya..

Ni Resepinya:-

Chocolate Moist Cakes

Bahan2:-
2 biji telur
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum(diayak)
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan cocoa / chocolate powder
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp baking powder
1 1/2 cawan susu cair (1/2 cawan susu F&N, 1 cawan air)
1/2 tsp vanilla.

Cara-caranya:-
1. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula hingga sebati. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati.
2. Ayak tepung gandum, cocoa powder, soda bicarbonate dan baking powder.
3. Masukkan bahan ayak tadi dan susu cair secara berselang seli. Masukkan vanilla. Kacau sebati.
4. Untuk cupcakes masukkan 1/2 adunan ke dalam paper cup dan bakar suhu 150C selama 10-15 minit.
5. Tuangkan ke dalam acuan dengan suhu 160C selama satu jam untuk kek.

Ni la hasilnya..



post signature