Friday, January 13, 2012

Pesanan Buat Anakmu..

Allhamdulillah, pagi tadi Di diberi kesempatan oleh Allah untuk dengar program motivasi pagi kat IKIM.FM. Jadi Di nak kongsikan pesanan yang dapat dari program tu.

Mendidik dan mengajar anak-anak adalah perjuangan ibu bapa sepanjang hayat. Perjuangan ini perlu kita pikul dari anak kecil sampai la ke akhir hayatnya..besar sungguh amanah yang diberikan oleh Allah.

Antara pesanan yang perlu sentiasa kita ingatkan pada anak-anak ialah:-


1. Setiap perbuatan mereka akan dibalas.

2. Sentiasa memastikan mereka mendirikan solat lima waktu.

3. Menasihatkan mereka agar sentiasa bersabar dan kuat menjalani ujian Allah.

contoh ustaz beri: telur, carrot dan biji kopi yang direndam dalam air panas

telur- akan menjadi keras

carrot - akan menjadi lembut.

biji kopi - akan menghasilkan bau harum kopi yg menyegarkan

kesimpulannya: jadilan insan yang tidak berubah mengikut keadaan seperti biji kopi..


4. Nasihatkan anak sentiasa bermanis muka - berikan salam dan senyuman pada insan sekelilingnya.

5. Bercakap dengan sopan

Teruskan mengingatkan anak-anak kita andai mereka terlupa. Memang hakikat kejadian manusia yang mudah lupa. Pengulangan adalah ibu kepada pengetahuan.

Semoga kita sebagai ibu bapa dapat menjalankan amanah Allah ini dengan sebaik mungkin agar tidak disalahkan oleh anak-anak kita diakhirat nanti.

Sebagai panduan kita bersama:-


Ibu bapa soleh/solehah = Ibu bapa cemerlang (menghasilkan) ==> anak-anak soleh/solehah = anak-anak cemerlang

.

Semoga farzana dan anak-anak rakan blogger akan menjadi penghuni syurga dan dapat memberi pencen kubur kepada ibu bapanya, Insyaallah..


post signature

Thursday, January 12, 2012

Zana dan Laman Cerdik

Farzana dan uniform sekolahnya


Allhamdulillah, dapat gak Di post kat blog setelah sekian lama menyepi. Ini 1st post untuk tahun 2012. Allhamdulillah, Allah beri peluang untuk Di hantar zana ke Laman Cerdik. Ini kira 1st time zana betul-betul ke sekolah setelah hampir 3 tahun menginap di nursery.

Allhamdulillah, hari ini genap Farzana seminggu di Laman Cerdik. Teringat pengalaman masa 1st time hantar zana ke Laman Cerdik, macam-macam ragam kanak-kanak ada yang menangis, farzana pun naik takut. Terima kasih Allah, sebab zana baik dan selesa. Zana masuk kelas 4 Alamanda. Bila teacher Hana dah masuk Di cakap pada zana

"Umi pergi keje boleh?"

Zana jawab ,"Umi pergi la keje, zana ok je"

Allhamdulillah,lega hati dengar so Di pergi la ofis utuk urusankan keje sekejap. Walaupun that day jadi runner sikit sebab Di kena ambik zana di Laman Cerdik lepas abis orientasi dia kul 1.0.30 dan tumpang sementara dia dekat nursery lama.

Semoga farzana dapat menuntut ilmu dunia dan akhirat di Laman Cerdik . Umi sentiasa doakan sayang mudah menuntut ilmu, gembira dengan teacher dan kawan-kawan baru. Semoga ilmu yang sayang pelajari di sini dapat menjadikan sayang hamba Allah yang bertakwa dan anak yang solehah.Amin

Selamat bersekolah sayang, Take Care..Umi Love u so much.

post signature

Friday, December 23, 2011

Masa Silam yang Kelam


Bumi mana tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk menjadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Ilahi. Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah.

Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara. Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu Al-Quran dan Hadis.

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan. Moga dengan itu, kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.

Sumber: Solusi Keluaran No. 38

post signature

Wednesday, December 14, 2011

Adab Bersukan Dalam Islam



Di dlm Islam, segala permainan dan hiburan adalah diharuskan selagi ianya tidak melanggar batas-batas syarak yg telah ditetapkan. Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak melarang utk berhibur dan bermain(bersukan).

Bersukan adalah amalan sihat dan diharuskan dlm Islam, ianya merupakan satu unsur yg menjurus kpd pemantapan fizikal dan secara tidak langsung meningkatkan kecerdasan mental. Sukan yg hendak diikuti dan dilakukan itu mestilah sesuai dan tidak melanggar hukum-hukum syarak iaitu:-

Bersukan kerana ALLAH

  • Bersukan sambil tidak mengabaikan solat fardhu, mendapat pengisian yg lengkap dari segi aspek rohani dan jasmani.
  • Tubuh badan org bersukan (berpeluh) masih boleh menunaikan solat asalkan ianya tidak terdapat najis.
  • Utamakan waktu solat, barulah pergi bersukan.
  • Solat boleh dilakukan dimana sahaja asalkan menghadap kiblat
Menutup Aurat
  • Ianya dituntut di mana shj selagi berada di tempat awam atau berada di hadapan (ajnabi) lelaki atau perempuan yg halal dinikahi.
  • Islam juga mengkhususkan dan membataskan pakaian kaum Muslimin.

Sukan yg tidak memudaratkan

  • Semua sukan yg dilakukan adalah bertujuan untuk menyihatkan diri sendiri, bukannya yg boleh mendatangkan kemudaratan.
  • Apa sahaja penyebab bahaya/kemudaratan yg menjurus kpd kehancuran adalah wajib utk dtinggalkan.

Sukan yg tidak melalaikan.

  • Muslimin atau Muslimah mestilah membatasi setiap perkara yg hendak dibuat agar selaras dgn hukum yg telah ditetapkan.
  • Sekiranya sukan yg hendak diikuti itu antara perkara yg melalaikan dan boleh menyebabkan seseorng tersebut meninggalkan kewajipan atau tanggungjawab, ianya telah dikategorikan sebagai melanggar hukum Islam kerana amanah yg diberikan oleh Allah tidak boleh diabaikan.

Sukan yg mendatangkan manfaat

  • Sebaik-baik sukan ialah sukan yg dilakukan ada mendatangkan manfaat.
  • Manfaat yg bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk pasukan, peminat hinggakan kepada agama, bangsa dan negara sekalipun.
Semoga maklumat ini dapat dikongsikan bersama rakan-rakan blogger dalam membezakan sukan mana yg patut diikuti dan patut dijauhi kerana tiada faedah langsung jika kita bertungkus lumus bersukan dalam keadaan kita melanggar ajaran Allah, sesungguhnya kesihatan itu pula datangnya dari izin-NYA.Wallahualam.

Sumber dari : Majalah Solusi Iso No.38

post signature

Sunday, December 4, 2011

Tidak Sempat

Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Tidak sedar rupanya pergantian siang dan malam begitu pantas berlalu. Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya sudah masuk bulan yang baru. Tahun baru hijrah baru bermula..

Kalu begitu, hidup di dunia memang sah sangat pendek jika dibandingkan dgn kehidupan akhirat yang abadi. Kalau syurga menjadi destinasi, allhamdulillah. Kalau neraka, nauzubillah.

Tetapi hairan jika ada orang yg berkata, "Alamak, tidak sempat nak buat ibadah!"Belum sempat dikumpulkan bekal, sudah dipanggil menghadap-NYA.

Lebih baik usahakan seperti ini:

  • Tidak sempat buat maksiat sebab sibuk dgn ibadat dan taat.
  • Tidak sempat mazmumah singgah dalam hati sebab mahmudah yg menguasai segenap ruang hati.
  • Tidak sempat terpesona dgn harta haram sebab sibuk mengumpulkan harta halal.
  • Tidak sempat membazir sebab sibuk bersedekah.
  • Tidak sempat terlajak Subuh sebab sibuk mengejar keberkatan bangun awal dan beribadah saat fajar menyinsing.
  • Tidak sempat mensia-siakan masa sebab sedang sibuk dgn agenda sebagai hamba dan khalifah.
  • Tidak sempat buat jahat kepada manusia dan makhluk lain sebab sibuk menyebarkan kasih sayang.
Masya-Allah, berlambak rupanya kebaikan boleh dipungut jika selalu tidak sempat membuat mengukaran dan keburukan.

Sumber Artikel: Majalah Solusi Isu No.37

post signature

Saturday, December 3, 2011

Air Tea-C Special

Dah lama Di nak post pasal ni, masa Di berpeluang 1st time ke Kuching Sarawak bulan lepas. Sedap air ni gambarannya pun sangat menyelera kan dan 1st time Di minum..memang sedap, allhamdulillah..Di nak kongsikan resepinya dengan rakan-rakan blogger.

Bahan-bahannya:-

  • Air Gula Melaka
  • Susu Cair
  • Teh Pekat
  • Ketulan Ais

Cara Membuatnya:-

  1. Masukkan air gula melaka
  2. Diikuti ketulan ais yg kisar
  3. Selepas itu masukkan susu cair
  4. Akhir sekali teh pekat

Ni gambar Air Tea-C Special sebelum dikacau:-

Selepas dikacau

post signature

Friday, December 2, 2011

SUJUD: Menghilangkan Tekanan Jiwa


Lakukan ini sebaik sahaja saudara membacanya.

NAMUN KETIKA SUJUD NANTI, TIDAK PERLU MENGINGATI APA YANG SAYA TULIS INI. Jangan terikat dengan text. Tidak perlu ikut satu persatu mengikut senarai di bawah. Lakukan dengan penuh kejiwaan dan benar-benar sujud kepada Allah SWT.:

1. Duduklah seperti duduk antara dua sujud.

2. Ingatkan kembali saat-saat saudara menerima sesuatu yang menggembirakan. Saat-saat kejayaan saudara. Saat-saat yang membuatkan saudara bahagia. Saat ini kerana masih diberikan iman. Saat ini kerana terus dikasihi oleh Allah SWT yang sentiasa memberikan kesedaran agar kita kembali kepadaNya.

3. Perlahan-lahan berterima kasihlah pada Allah SWT yang menjadikan siapa kita pada hari ini.

4. Teruslah berterima kasih pada Allah. Teruslah bersyukur kerana Allah menjadikan “inilah diriku saat ini yang masih menyedariNya. Yang masih diberikan keimanan untuk terus meyakiniNya”.

5. Terus tingkatkan kesedaran saudara kepada Allah dengan perlahan-lahan komunikasi dengan Allah. “ya Allah terima kasih ya Allah kerana Engkau telah jadikan aku sepertimana sekarang ini ya Allah. Walaupun aku diuji olehMu ya Allah, syukur kepadaMu kerana Engkau masih memimpin aku terus menyedariMu ya Allah.

Ya Allah terima kasih ya Allah, banyak yang telah Engkau beri padaKu ya Allah. Tapi banyak perintahMu ya tidak terdaya untuk aku laksanakan dengan baik ya Allah.”

6. Kemudian beristighfarlah (dengan suara yang perlahan) memohon maaf pada Allah. Mohonlah maaf dengan bersungguh-sungguh.

7. Perlahan-lahan… SUJUDlah.
Terima kasih pada Allah di dalam sujudmu. Rendahkanlah hatimu terhadap Tuhanmu. Sedarilah bahawa dirimu hanyalah hamba yang dijadikan atas kehendakNya. Pujilah Tuhanmu perlahan-lahan sebutkan…

Subhaana rabbiyal a’la wabiham dih (dengan benar memuji Allah iaitu maha suciMu ya Allah Yang Maha Tinggi).

Teruskan sujud dengan memuji Allah. Selagi dirimu tidak mampu menyedariNya, teruskan. Selagi diriMu tidak mampu menyedari kehambaan dirimu dan keTuhananNya… sujudlah.

Mohonlah maaf kepada Allah dalam sujudmu. Mohonlah kemaafaan dengan benar. Mohonlah kemaafan kepada Allah.. Tuhanmu.. bukan kawan-kawan.. bukan ibu ayah.. tetapi yang sedang kamu sujud ini adalah TUHANMU. Kemudian hanya di dalam hatimu, berterima kasih pada Allah.

Elakkan untuk memohon apa-apa pun. Sujud ini adalah untuk memuj, memohon maaf dan berterima kasih sahaja. Terus berterima kasih kepada Allah.

Berterima kasih walaupun Allah menguji dengan sesuatu yang kita anggap musibah namun hari ini kita memahami tanpa ujian itu, kita tidak akan jadi seperti kita hari ini.

Lakukan sujud sebegini selalu di dalam solat Fardu dan sunat.

*********
Manafaat Sujud Sebegini

Di saat saudara di dalam jiwa difujurkan oleh Allah kerana tidak redha dengan apa yang berlaku SUJUDLAH.
Di saat saudara kecewa… SUJUDLAH.
Di saat saudara kesunyian.. SUJUDLAH.
Di saat saudara gelisah.. SUJUDLAH.
Di saat saudara geram.. SUJUDLAH.
Di saat saudara dengki dan benci.. SUJUDLAH.
Di saat saudara buntu, tidak mampu berfikir.. SUJUDLAH.

Di saat saudara bahagia… SUJUDLAH
Di saat saudara menerima sesuatu rezeki.. SUJUDLAH
Di saat saudara disayangi dan dihargai.. SUJUDLAH

Di saat saudara rindukan Allah.. SUJUDLAH
Di saat saudara ingin kembali ke Allah.. SUJUDLAH
Di saat saudara menyedari Allah.. SUJUDLAH.

Otak yang sudah menyimpan sebuah pengalaman sujud yang benar pasti akan cepat mengaktifkan sebuah rasa syukur dan pasrah bersama kemaafan kepada Allah SWT.

Ilham dari Allah mewujudkan sebuah rasa dan mengaktifkan fikiran yang disimpan di otak. Gabungan fikiran ini akan diintegrasikan oleh akal yang mampu mengenal baik dan buruk. Integrasi fikiran yang dikendalikan oleh akal akan wujud sebuah fikiran yang baru. Fikiran yang baru akan disimpan di dalam otak bersama fikiran yang lepas. Proses ini terus berulangan.

Seandainya ilham fujur yang diterima, maka fikiran-fikiran negatif akan terjana. Sukar untuk kita membuangnya melainkan kita membina fikiran-fikiran positif.

Fikiran positif tidak mampu dijana dengan memaksa otak membinanya sendiri. Hanya jiwa yang diilhamkan dengan taqwa mampu membina fikiran positif. Ketika fikiran positif lebih banyak, sendirinya fikiran negatif akan hilang (neuron dalam otak kembali ke asal tidak bersambung membentuk fikiran negatif).

Ketika kita berterima kasih di dalam sujud dengan kerendahan hati serta menyedari kehambaan diri dan keTuhanan Allah SWT, fikiran menyimpan sebuah rasa keimanan dan sujud menjadi aktiviti pengaktifan fikiran ini.

Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)…
(Al Fath 48 : 4)

Apabila kita berhadapan dengan sesuatu ujian Allah SWT, SUJUD mampu mengaktifkan rasa dan fikiran yang pernah kita alami di dalam SUJUD kita sebelum ini.

Oleh itu, ketika mendirikan solat, lakukanlah SUJUD dengan benar dan saudara akan merasai betapa nikmatnya sujud kepada Allah SWT.

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al Baqarah 2 : 153)

Semoga bermanafaat. Manafaat akan dirasai ketika diri melakukan.

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan


Sumber Artikel : Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Sumber Gambar : Blog Peribadirasulullah


post signature

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha


Diana mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir dan Batin andai ada terkasar atau tersalah tutur bicara selama kita berblogger. Semoga kehadiran aidiladha menginspirasikan kita semangat pengorbanan yang lebih kuat dan mendalam dalam melalui ujian dan dugaan hidup di atas dunia yang fana ini demi meraih dan mengejar cinta dan redha Allah bagi menuju perjalanan yang lebih kekal abadi.

Allahamdulillah, Terima Kasih Allah..hari raya aidiladha tahun ini sangat bermakna utk ku..Allah beri aku peluang utk melakukannya setelah hampir 3 tahun tak berkesempatan melakukannya dan Allah ajarku makna dan erti pengorbanan sbg seorang ibu agar ku lebih tabah dan kuat dalam mengharungi ujian dan liku2 kehidupan dan natijahnya menyedarkan aku bahawa anak adalah amanah dan pinjamanMU utkku..TERIMA KASIH ALLAH

Salam Aidiladha buat semua..Jazakallah khairan

post signature