Tuesday, December 1, 2009

Farzana 1 Tahun 7 bulan

Allhamdulillah, my princess dah 1 tahun 7 bulan..kejap aje rasa masa berlalu dah makin besar my princess..imunisasi dah tamat bulan lepas..allhamdulillah dalam bulan ni farzana sihat..cuma aritu tetiba demam..tapi allhamdulillah lepas bagi ubat zana sihat kembali..

Apa pencapaian zana umur ni:-
1. Zana dah pandai sebut Opah dan Atuk walaupun balik sekejap aje ke kuala aritu allhamdulillah sekali 2 ajar dia dah tau mane atuk ngan opah..cuma bila diaorg nak ambik masih tak nak lagi..yelah tak biasa..
2. Zana makin pandai gunakan isyarat tangan untuk bagitau tahu dia tak nak..kelakar sangat..
3. Dah makin galak nak makan sendiri..sampai tertumpah2 sane sini..
4. Gigi pun dah cukup semua..that why aku dah buat jadual untuk dia gosok gigi pagi selepas bangun pagi dan before sleep each night..
5. Zana masih belajar banyak benda..kekadang ada jugak dia tunjuk sikap tak baik..sepak la..tapi aku cakap kat dia tak baik buat camtu..selalu nasihat..nampak allhamdulillah ada perubahan..

Semoga anak umi akan terus sihat dan cergas..aktif dan rajin..teruskan belajar perkara yang baik..dan perkara yang tidak elok perlu dihidari..love u sayang..




post signature

Monday, November 30, 2009

Buah-buahan Tempatan

1.Langsat dan rambutan
2.Durian
3.Aksi farzana makan durian

Masa balik kampung sayong khamis lepas kebetulan tengah musim buah-buahan..macam rambutan dan langsat..allhamdulillah zana bukan main suka makan buah-buahan kampung..yelah selalu asyik makan anggur, kiwi dan epal aje..sekali sekala tukar selera pulak..

Selain tu zana suka jugak makan durian..aritu masa alang beli durian zana makan seulas durian..bukan main berselera dia makan..risau jugak nak bagi dia makan banyak2..takut panas badan karang sian anak umi..ape2 pun seronok bile tengok dia makan..emm, masa kecil-kecil ni la ibu bapa boleh latih anak makan buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran..kalu sayuran tak pelik sangat..zana boleh makan apa jenis sayur pun..carrot dia ratah aje makan..sayuran lain pun dia makan cuma yang berdaun payah skit sebab cam liat2 skit..

post signature

Sunday, November 29, 2009

baru sampai..

gambo ambil masa berhenti rehat kat R&R Tapah..


allhamdulillah, aku baru je selamat sampai dari sayong lembah..kampung myhubby..gerak dari kuala dalam area kul 12.00..banyak gak le bawak buah-buahan kampung rambutan, langsat, pisang..mak mertua ku siap bagi sebalang tempoyak..yummy..sedapnye..perjalanan banyak betul kereta..ramai jugak yang balik kg raya haji ni..tapi allhamdulillah kami selamat sampai dengan selamatnya..

singgah kat tapah beli jambu..ni wajib le kalu kami ke sayong atau ke kl..mesti singgah sana..orang pun ramai kat r&r..zana sempat main2 kat taman sementara tunggu me and myhubby solat..

ok..mau rehat2..esok kerja..

post signature

Aidiladha 2009

1.Jalan-jalan Jusco Ipoh
2.Musim Rambutan
3.Aktiviti main-main dengan sepupu

Tahun ni pertama kali sambut raya aidiladha kat semenanjung..kami decide balik ke sayong..

Khamis-balik ke sayong..on da way singgah ke Jusco Ipoh..saje jalan-jalan plan beli beberapa kelengkapan..beli hadiah untuk anak sedara baru myhubby, zana dapat kasut baru dan baju baru..

Jumaat- Raya haji..tak ke mane pun..rehat-rehat kat rumah je..

Sabtu - bawak farzana pergi Zoo Taiping..seronok farzana dapat kenal banyak haiwan...siap bagi flying kiss pada haiwan..kelakar betul anak umi ni..

Ahad - pas my hubby petik buah rambutan kami balik ke kuala lumpur..kereta banyak..jalan tak berapa smooth..kejap2..dok slow je..berhenti rehat kat R&R Tapah..then, sampai ke Putrajaya dalam jam 4.30 petang..

post signature

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha


Ari ni last days aku kerja..esok cuti..tu dah buat entry ni..hehehe..kebetulan today tak la busy sangat..just settle down apa yang perlu before cuti raya..

Raya haji tahun ni rasa lain skit dari 4 tahun yang lalu, sebab ni le 1st time raya haji aku pulang ke kampung..sejak pindah kerja ke Sabah dulu..aku hanya menyambut raya haji di kejauhan Laut China Selatan..pernah sekali dalam tahun 2005 aku join group UiTM Sabah ada buat program gotong royong masak beramai-ramai..memang best..kenangan yang sangat manis..buat kat rumah Ustaz Arshad..sup tulang memang kaw..just in memory..

Tahun ni aku raya haji ke perak..lama tak balik perak then, kebetulan nak tengok sepupu baur farzana Ahmad Fikri Haziq..jadi dikesempatan ini aku ucapkan Selamat menyambut Aidil Adha kepada semua kawan-kawan semoga kehadiran aidil adha membawa seribu rahmat dan keberkatan buat kita semua..sama-samalah kita hayati erti pengorbanan yang sejati..

post signature

Wednesday, November 25, 2009

Kek Cokelat


Semalam aku dah nampak akak ni jual kat jualan Kementerian Pertanian tapi tak decide nak beli sebab ingat nak beli hari ni sebab plan nak bawak balik kg satu dan beli untuk rumah satu..

Sekali ari ni que punya la panjang..aku tunggu dari kul 1.30 sampai kul 1.50 baru dapat..orang bali sekali banyak pulak tu ada yang sampai 7..banyak betul melantak kek ni..tapi kek ni memang sedap..memang puas hati le makan..harga pun tak la mahal 10.00 je..yang buat terliur tekak masa akak tu sapukan cokelat kat kek tu..gerenti terpikat nak beli nya..aku pun tak pernah lepaskan peluang untuk beli kalu akak tu buat jualan kat sini..kedai dia name harum kasturi bakery..

post signature

Tuesday, November 24, 2009

Network

Hari ni aku sempat buat small discussion dengan one company Ofisgate Sdn. Bhd. Ofisgate ni company yang buat network forensic..emm, kalu ada budget memang elok buat benda ni yelah kita dok upgrade dan beli sane sini tapi tak pasti apa sebenarnya masalah dalam network kita..after do the health check we can decide what is another step to improve that..

cite skit pasal ofisgate ni..ofisgate offer a complete end to end IP based Network Testing, Auditing and Benchmarking services. We do Conformance, Functional and Performance test on layer 2-7 network. Our experinced team of engineers perform our proven test methodology using outstanding test equipment and solution to solve your network problem.

Can browse to their website www.ofisgate.com

Semalam diaorg promote wedge network content filtering..3 in one box..antivirus, antispam and web filter..my boss cam interested..ape2 pun kami akan buat POC dulu untuk cuba the performance and explore the wedge product.

post signature

Monday, November 23, 2009

Spaghetti bolognese

1. Aksi farzana makan spaghetti

2. My spaghetti

3. Bebola Daging

Aktiviti aku hujung minggu ni..sabtu petang lepas myhubby abis program ngan budak2 kayak kami bawak our princess jalan2 ke alamanda..beli la kelengkapan dia yang semakin habis macam pampers, susu dan shopping makanan2 skit..

Then, ahad my parents pi kenduri kawin..kami tak ikut pun..so, aku decide nak buat spaghetti..one of my favourite food..kebetulan nak masak daging cincang lama2..nanti tak elok daging tu..then, aku sempat browse cari resepi utk bebola daging..jadi jugak le bebola daging aku..cuma tak berapa bulat sangat coz aku buat tak letak telur..myhubby tak boleh makan telur le..alergic..

allhamdulillah, abis licin spaghettiku..farzana siap sibuk nak makan sendiri..abis comot bibir2 dan baju nya..tak apa la yang penting zana mau makan..ni aku paste kan resepi bebola daging yang aku dapat dari internet terima kasih tu kak fida atas resepi ni.

Bebola Daging

Bahan-bahan ( 600 g )
• 600 g daging cincang -cuci dan tos (saya haluskan lagi jadi pes)
• 3 sb tepung jagung
• 1/2 sb lada putih serbuk
• 1 sb ketumbar serbuk
• 1 sk jintan manis serbuk
• 1 sk jintan putih serbuk
• 2 hiris halia - ditumbuk halus
• 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
• 1 biji telur
• garam secukup rasa
Cara-cara
1. Gaul rata semua bahan2 dan perap sebentar.
2. Bulat2kan adunan menjadi bebola kecil.
3. Panaskan air hingga mendidih dan rebus bebola.Angkat dan toskan.Siap utk digunakan dlm apa saja masakan.Juga sedap dimakan begitu saja dan cicah sos.



post signature