Friday, December 23, 2011

Masa Silam yang Kelam


Bumi mana tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk menjadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Ilahi. Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah.

Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara. Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu Al-Quran dan Hadis.

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan. Moga dengan itu, kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.

Sumber: Solusi Keluaran No. 38

post signature

Wednesday, December 14, 2011

Adab Bersukan Dalam Islam



Di dlm Islam, segala permainan dan hiburan adalah diharuskan selagi ianya tidak melanggar batas-batas syarak yg telah ditetapkan. Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak melarang utk berhibur dan bermain(bersukan).

Bersukan adalah amalan sihat dan diharuskan dlm Islam, ianya merupakan satu unsur yg menjurus kpd pemantapan fizikal dan secara tidak langsung meningkatkan kecerdasan mental. Sukan yg hendak diikuti dan dilakukan itu mestilah sesuai dan tidak melanggar hukum-hukum syarak iaitu:-

Bersukan kerana ALLAH

  • Bersukan sambil tidak mengabaikan solat fardhu, mendapat pengisian yg lengkap dari segi aspek rohani dan jasmani.
  • Tubuh badan org bersukan (berpeluh) masih boleh menunaikan solat asalkan ianya tidak terdapat najis.
  • Utamakan waktu solat, barulah pergi bersukan.
  • Solat boleh dilakukan dimana sahaja asalkan menghadap kiblat
Menutup Aurat
  • Ianya dituntut di mana shj selagi berada di tempat awam atau berada di hadapan (ajnabi) lelaki atau perempuan yg halal dinikahi.
  • Islam juga mengkhususkan dan membataskan pakaian kaum Muslimin.

Sukan yg tidak memudaratkan

  • Semua sukan yg dilakukan adalah bertujuan untuk menyihatkan diri sendiri, bukannya yg boleh mendatangkan kemudaratan.
  • Apa sahaja penyebab bahaya/kemudaratan yg menjurus kpd kehancuran adalah wajib utk dtinggalkan.

Sukan yg tidak melalaikan.

  • Muslimin atau Muslimah mestilah membatasi setiap perkara yg hendak dibuat agar selaras dgn hukum yg telah ditetapkan.
  • Sekiranya sukan yg hendak diikuti itu antara perkara yg melalaikan dan boleh menyebabkan seseorng tersebut meninggalkan kewajipan atau tanggungjawab, ianya telah dikategorikan sebagai melanggar hukum Islam kerana amanah yg diberikan oleh Allah tidak boleh diabaikan.

Sukan yg mendatangkan manfaat

  • Sebaik-baik sukan ialah sukan yg dilakukan ada mendatangkan manfaat.
  • Manfaat yg bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk pasukan, peminat hinggakan kepada agama, bangsa dan negara sekalipun.
Semoga maklumat ini dapat dikongsikan bersama rakan-rakan blogger dalam membezakan sukan mana yg patut diikuti dan patut dijauhi kerana tiada faedah langsung jika kita bertungkus lumus bersukan dalam keadaan kita melanggar ajaran Allah, sesungguhnya kesihatan itu pula datangnya dari izin-NYA.Wallahualam.

Sumber dari : Majalah Solusi Iso No.38

post signature

Sunday, December 4, 2011

Tidak Sempat

Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Tidak sedar rupanya pergantian siang dan malam begitu pantas berlalu. Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya sudah masuk bulan yang baru. Tahun baru hijrah baru bermula..

Kalu begitu, hidup di dunia memang sah sangat pendek jika dibandingkan dgn kehidupan akhirat yang abadi. Kalau syurga menjadi destinasi, allhamdulillah. Kalau neraka, nauzubillah.

Tetapi hairan jika ada orang yg berkata, "Alamak, tidak sempat nak buat ibadah!"Belum sempat dikumpulkan bekal, sudah dipanggil menghadap-NYA.

Lebih baik usahakan seperti ini:

  • Tidak sempat buat maksiat sebab sibuk dgn ibadat dan taat.
  • Tidak sempat mazmumah singgah dalam hati sebab mahmudah yg menguasai segenap ruang hati.
  • Tidak sempat terpesona dgn harta haram sebab sibuk mengumpulkan harta halal.
  • Tidak sempat membazir sebab sibuk bersedekah.
  • Tidak sempat terlajak Subuh sebab sibuk mengejar keberkatan bangun awal dan beribadah saat fajar menyinsing.
  • Tidak sempat mensia-siakan masa sebab sedang sibuk dgn agenda sebagai hamba dan khalifah.
  • Tidak sempat buat jahat kepada manusia dan makhluk lain sebab sibuk menyebarkan kasih sayang.
Masya-Allah, berlambak rupanya kebaikan boleh dipungut jika selalu tidak sempat membuat mengukaran dan keburukan.

Sumber Artikel: Majalah Solusi Isu No.37

post signature

Saturday, December 3, 2011

Air Tea-C Special

Dah lama Di nak post pasal ni, masa Di berpeluang 1st time ke Kuching Sarawak bulan lepas. Sedap air ni gambarannya pun sangat menyelera kan dan 1st time Di minum..memang sedap, allhamdulillah..Di nak kongsikan resepinya dengan rakan-rakan blogger.

Bahan-bahannya:-

  • Air Gula Melaka
  • Susu Cair
  • Teh Pekat
  • Ketulan Ais

Cara Membuatnya:-

  1. Masukkan air gula melaka
  2. Diikuti ketulan ais yg kisar
  3. Selepas itu masukkan susu cair
  4. Akhir sekali teh pekat

Ni gambar Air Tea-C Special sebelum dikacau:-

Selepas dikacau

post signature

Friday, December 2, 2011

SUJUD: Menghilangkan Tekanan Jiwa


Lakukan ini sebaik sahaja saudara membacanya.

NAMUN KETIKA SUJUD NANTI, TIDAK PERLU MENGINGATI APA YANG SAYA TULIS INI. Jangan terikat dengan text. Tidak perlu ikut satu persatu mengikut senarai di bawah. Lakukan dengan penuh kejiwaan dan benar-benar sujud kepada Allah SWT.:

1. Duduklah seperti duduk antara dua sujud.

2. Ingatkan kembali saat-saat saudara menerima sesuatu yang menggembirakan. Saat-saat kejayaan saudara. Saat-saat yang membuatkan saudara bahagia. Saat ini kerana masih diberikan iman. Saat ini kerana terus dikasihi oleh Allah SWT yang sentiasa memberikan kesedaran agar kita kembali kepadaNya.

3. Perlahan-lahan berterima kasihlah pada Allah SWT yang menjadikan siapa kita pada hari ini.

4. Teruslah berterima kasih pada Allah. Teruslah bersyukur kerana Allah menjadikan “inilah diriku saat ini yang masih menyedariNya. Yang masih diberikan keimanan untuk terus meyakiniNya”.

5. Terus tingkatkan kesedaran saudara kepada Allah dengan perlahan-lahan komunikasi dengan Allah. “ya Allah terima kasih ya Allah kerana Engkau telah jadikan aku sepertimana sekarang ini ya Allah. Walaupun aku diuji olehMu ya Allah, syukur kepadaMu kerana Engkau masih memimpin aku terus menyedariMu ya Allah.

Ya Allah terima kasih ya Allah, banyak yang telah Engkau beri padaKu ya Allah. Tapi banyak perintahMu ya tidak terdaya untuk aku laksanakan dengan baik ya Allah.”

6. Kemudian beristighfarlah (dengan suara yang perlahan) memohon maaf pada Allah. Mohonlah maaf dengan bersungguh-sungguh.

7. Perlahan-lahan… SUJUDlah.
Terima kasih pada Allah di dalam sujudmu. Rendahkanlah hatimu terhadap Tuhanmu. Sedarilah bahawa dirimu hanyalah hamba yang dijadikan atas kehendakNya. Pujilah Tuhanmu perlahan-lahan sebutkan…

Subhaana rabbiyal a’la wabiham dih (dengan benar memuji Allah iaitu maha suciMu ya Allah Yang Maha Tinggi).

Teruskan sujud dengan memuji Allah. Selagi dirimu tidak mampu menyedariNya, teruskan. Selagi diriMu tidak mampu menyedari kehambaan dirimu dan keTuhananNya… sujudlah.

Mohonlah maaf kepada Allah dalam sujudmu. Mohonlah kemaafaan dengan benar. Mohonlah kemaafan kepada Allah.. Tuhanmu.. bukan kawan-kawan.. bukan ibu ayah.. tetapi yang sedang kamu sujud ini adalah TUHANMU. Kemudian hanya di dalam hatimu, berterima kasih pada Allah.

Elakkan untuk memohon apa-apa pun. Sujud ini adalah untuk memuj, memohon maaf dan berterima kasih sahaja. Terus berterima kasih kepada Allah.

Berterima kasih walaupun Allah menguji dengan sesuatu yang kita anggap musibah namun hari ini kita memahami tanpa ujian itu, kita tidak akan jadi seperti kita hari ini.

Lakukan sujud sebegini selalu di dalam solat Fardu dan sunat.

*********
Manafaat Sujud Sebegini

Di saat saudara di dalam jiwa difujurkan oleh Allah kerana tidak redha dengan apa yang berlaku SUJUDLAH.
Di saat saudara kecewa… SUJUDLAH.
Di saat saudara kesunyian.. SUJUDLAH.
Di saat saudara gelisah.. SUJUDLAH.
Di saat saudara geram.. SUJUDLAH.
Di saat saudara dengki dan benci.. SUJUDLAH.
Di saat saudara buntu, tidak mampu berfikir.. SUJUDLAH.

Di saat saudara bahagia… SUJUDLAH
Di saat saudara menerima sesuatu rezeki.. SUJUDLAH
Di saat saudara disayangi dan dihargai.. SUJUDLAH

Di saat saudara rindukan Allah.. SUJUDLAH
Di saat saudara ingin kembali ke Allah.. SUJUDLAH
Di saat saudara menyedari Allah.. SUJUDLAH.

Otak yang sudah menyimpan sebuah pengalaman sujud yang benar pasti akan cepat mengaktifkan sebuah rasa syukur dan pasrah bersama kemaafan kepada Allah SWT.

Ilham dari Allah mewujudkan sebuah rasa dan mengaktifkan fikiran yang disimpan di otak. Gabungan fikiran ini akan diintegrasikan oleh akal yang mampu mengenal baik dan buruk. Integrasi fikiran yang dikendalikan oleh akal akan wujud sebuah fikiran yang baru. Fikiran yang baru akan disimpan di dalam otak bersama fikiran yang lepas. Proses ini terus berulangan.

Seandainya ilham fujur yang diterima, maka fikiran-fikiran negatif akan terjana. Sukar untuk kita membuangnya melainkan kita membina fikiran-fikiran positif.

Fikiran positif tidak mampu dijana dengan memaksa otak membinanya sendiri. Hanya jiwa yang diilhamkan dengan taqwa mampu membina fikiran positif. Ketika fikiran positif lebih banyak, sendirinya fikiran negatif akan hilang (neuron dalam otak kembali ke asal tidak bersambung membentuk fikiran negatif).

Ketika kita berterima kasih di dalam sujud dengan kerendahan hati serta menyedari kehambaan diri dan keTuhanan Allah SWT, fikiran menyimpan sebuah rasa keimanan dan sujud menjadi aktiviti pengaktifan fikiran ini.

Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)…
(Al Fath 48 : 4)

Apabila kita berhadapan dengan sesuatu ujian Allah SWT, SUJUD mampu mengaktifkan rasa dan fikiran yang pernah kita alami di dalam SUJUD kita sebelum ini.

Oleh itu, ketika mendirikan solat, lakukanlah SUJUD dengan benar dan saudara akan merasai betapa nikmatnya sujud kepada Allah SWT.

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al Baqarah 2 : 153)

Semoga bermanafaat. Manafaat akan dirasai ketika diri melakukan.

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan


Sumber Artikel : Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Sumber Gambar : Blog Peribadirasulullah


post signature

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha


Diana mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir dan Batin andai ada terkasar atau tersalah tutur bicara selama kita berblogger. Semoga kehadiran aidiladha menginspirasikan kita semangat pengorbanan yang lebih kuat dan mendalam dalam melalui ujian dan dugaan hidup di atas dunia yang fana ini demi meraih dan mengejar cinta dan redha Allah bagi menuju perjalanan yang lebih kekal abadi.

Allahamdulillah, Terima Kasih Allah..hari raya aidiladha tahun ini sangat bermakna utk ku..Allah beri aku peluang utk melakukannya setelah hampir 3 tahun tak berkesempatan melakukannya dan Allah ajarku makna dan erti pengorbanan sbg seorang ibu agar ku lebih tabah dan kuat dalam mengharungi ujian dan liku2 kehidupan dan natijahnya menyedarkan aku bahawa anak adalah amanah dan pinjamanMU utkku..TERIMA KASIH ALLAH

Salam Aidiladha buat semua..Jazakallah khairan

post signature

Wednesday, October 12, 2011

Jika Terpaksa Membenci

Jika terpaksa membenci
jangan ketara
sembunyikan bersama sabarmu
biarkan dia berkata-kata
relakan dia lakukan segala
pendam rasamu
rendam katamu

Jika terpaksa membenci
benci seadanya
jangan dirinya
tetapi kelakuannya
jangan keterlaluan
jangan berlebihan
diam..dan cuba maniskan wajah

Jika terpaksa membenci
jangan sampai dapat dibaca
sembunyikan segala di sudut hatimu
namun, ingat jangan beri hatimu kepadanya!

Jika terpaksa membenci..
(Alangkah baik jika kalimah itu tiada?)


Nukilan: Ustaz Pahrol Mohd Juoi - Di mana DIA Dihatiku?

post signature

Tuesday, October 11, 2011

Kenapa ALLAH temukan kita dengan org yg salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


post signature

Wednesday, October 5, 2011

Anda Stress?

Macammana mood rakan blogger sekarang? tengah stress? pagi tadi dalam slot motivasi pagi Di ada dapat beberapa tips utk tangani stress.Tips paling utama utk harungi stress dalam kehidupan dunia yang fana ini ialah:

=> TINGKATKAN KESABARAN


Bagaimana utk tingkatkan kesabaran:-

1. Sentiasa berfikiran positif (Di ada buat post berkaitan berfikiran positif)

2. Anggap setiap perkara yang berlaku adalah ujian dari Allah.

3. Perbanyakkan istighfar

4. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.w

5. Ambil wuduk dan solat.


Semoga Di dan rakan-rakan dapat mengaplikasikan tips kesabaran dalam menempuh jalan mujadah yang penuh dgn ranjau dan duri serta dapat meraih rahmat dan keredhaan dari Allah S.W.T,insyaallah..

post signature

Friday, September 23, 2011

Adakah anda bersikap positif?

Beza pandangan orang positif dan org negatif pada gambar air dlm gelas di atas.

Orang positif akan berpandangan : Air tersebut separuh penuh
Orang negatis akan berpandangan : Air tersebut separuh kosong

Rakan-rakan blongger pula berpandangan macam mana? Negatif atau positif?

Mari kita periksa diri kita sama ada kita bersikap positif atau tidak?

Antara tanda-tanda orang yang bersikap positif ialah:-

  1. Mempunyai yakin diri
  2. Mampu melihat sisi positif pada orang lain
  3. Melihat peluang pada setiap situasi/keadaan
  4. Fokus kepada penyelesaian bukan kepada masalah
  5. Dorongan untuk memberi yang tinggi
  6. Mengambil kehidupan seratus peratus dalam tangunggjawab kita

Semoga kita semua mendapat iktibar dan mengamalkan sikap positif dalam mengharungi kehidupan di atas dunia yang fana ini.

Apa yang penting bukan apa yang kita lihat..tetapi bagaimana kita melihat..

Sudutan dari Slot Mukmin professional : Sikap positif penentu kejayaan

Sumber Gambar gelas: Wikipedia

post signature

Thursday, September 22, 2011

Latihan Pasukan Keselamatan Kebakaran


Hari khamis lepas 15hb Di kena hadiri latihan pasukan keselamatan kebakaran yang dikendali oleh Jabatan Bomba.Mula pihak bomba terangkan alat2 kebakaran dan penjelasan tentang kawad yang akan kami lakukan.

Latihan kami dimulakan dengan sesi mengangkat Hose Reel yang berat 25kg dgn kepanjangan 100meter..waa, sangat berat 1st time seumur hidup Di mengangkat hose reel. Kalu tak hadiri kursus ni memang tak tahu betapa beratnya hose reel ni.

Ada 3 cara utk pegang hose reel :

  1. Secara memegang
  2. Secara membimbit(macam pegang hand bag)
  3. Secara memikul
Di larat buat sampai cara kedua sahaja, cara ketiga memang tak larat la.Lepas belajar cara mengangkat kami teruskan latihan membentang hose reel utk 100m. Sesi petang sambung dengan sesi main air dgn membentang hose reel jarak 300m.Sesi terakhir ialah sesi memadam kebakaran menggunakan pemadam api, abis baju bau minyak tanah.

Seronok juga sekali sekala hadiri latihan yang luar bidang kita, dapat tambah ilmu baru selain ilmu ICT sahaja. Tapi yang tak larat jumaat tu seharian di lenguh dari tangan ke paha belah kanan penangan mengangkat hose reel seberat 25kg..Kawan2 pernah hadiri latihan begini?


post signature

Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran

Sempena 1 Syawal yang mulia ini, Di memohon seribu ampun dan maaf andai sepanjang Di menulis blog ini ada kata-kata atau tutur kata yang menyinggung dan mengguris hati dan perasaan rakan-rakan blogger.

Semoga kehadiran 1 Syawal ini membawa seribu rahmat dan keberkatan dalam hidup kita di dunia dan akhirat. Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah dan menambah ketakwaan kita kepada Allah S.W.T, insyaallah..

Buat rakan-rakan blogger jaga makan, jaga kesihatan dan jaga amalan..Semoga ikatan persahabatan yang terjalin dalam blog terus kekal hingga akhir hayat, insyaallah

Dalam gurau ada terkata,

Dalam bicara terkasar bahasa,

Dalam tindakan terguris rasa,

Dalam hidup tidak lepas dari dosa,

Dalam janji mungkir terpaksa,

Ampun dan maaf segera dipinta,

Semoga terhapus segala dosa,

Agar persaudaraan kekal selamanya

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin

post signature

Friday, August 26, 2011

Muhasabah Ramadhan

Hari raya hari kemenangan

Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan

Di lipatan seni mehnah Ilahi

Ada maksud murni yang lebih hakiki


Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga

Pada fikiran disinar wahyu dan sabda

Pada hati bersih di solat Tarawih

Apakah semuanya telah dimiliki


Puasa mengajar erti ketabahan

Menghadap ujian berlandaskan iman

Puasa perisai yang sangat maknawi

Penyingkap hijab antara hamba dengan Ilahi.


Puasa sempuran menahan rohani dan rasa

Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota

Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga

Lalu di manakah puasa kita

Adakah masih di tahap lama


Lalu muhasabah di hujung Ramadhan

Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh

Atau kolam jiwa masih tercemar keruh

Bersembilu dosa duri angkara


Ketika tahmid, bertakbir, bertasbih

Terasakah kita hamba Ilahi

Yang hanya mampu mengukir tadbir

Sedangkan pada-NYA segala takdir


** Nukilan : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam Solusi Keluaran No.34

post signature

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Al-Quran

Lelaki Kacak

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sempena hari Nuzul Al-Quran hari ini, semoga d dan rakan-rakan blogger akan berusaha istiqamah utk membaca, mentadabbur, memahami dan menghayati Al-Quran untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sumber gambar Al-Quran : Paksi.net/


post signature