Tuesday, June 21, 2011

Perjalanan Menuju Kematian..


Pagi tadi Di sempat ambil sikit nota dari program Motivasi oleh Ustaz Pahrol Mohammad Juoi pasal Perjalanan Menuju Kematian.Antara isi motivasinya yang boleh kita semua ambil iktibar dan panduan:-

  • Kelahiran bermulanya perjalanan menuju kematian
  • Kematian adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang akhir..abadi.
  • Ada tiga jenis golongan manusia di dunia ini:-
  1. Ingat Mati
  2. Takut Mati
  3. Lupa Mati
Digolongan manakah kita berapa? Sebaik-baik golongan adalah orang yang "Ingat Mati"

Sebagai persediaan menghadapi kematian yang tidak kita ketahui bila panduan dari ustaz ialah:-
  1. Sentiasa dan terus memberi atau membuat kebaikan. Usah bertangguh
  2. Segerakan bertaubat, banyakkan beristighfar apabila sedar telah melakukan dosa kecil dan solat taubat apabila telah melakukan dosa besarSentiasa berazam tidak mengulangi dosa yang dilakukan.
  3. Takut membuat dosa. Dosa adalah perbuatan yang membuat hati dan jiwamu resah.
Kata-kata terakhir dari Ustaz : Orang yang takut mati akan mati berkali-kali dalam hidupnya tetapi orang yang berani mati hanya sekali.

Renung-renungkan, selamat beramal..kita buat, insyaallah kita yang dapat..

Lepas slot tu Siti keluarkan lagu dari Far East: Menanti di Barzakh, nak letak dia punya MP3 selalu failed, jadi Di letak lirik lagu dia utk kita sama-sama hayati dan renungi.

Menanti Di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Sumber gambar: Buscovoice
Sumber Lirik lagu : Lirik nasyid

post signature

Monday, June 20, 2011

Selamat Pengantin Baru My Lovely Sister..Kak Yat

Kak Yat..cantik dan berseri-seri

Selamat Pengantin Baru Di ucapkan to My Lovely Sister Kak Nor Hayat a.k.a Kak Yat..dia kakak angkat Di yang dah Di anggap macam kakak sendiri, almaklumla Di anak sulung. Dekat 6 tahun kenal kak Yat, Negeri Sabah di bawah bayu menjadi tempat pertemuan kami. Dia jugaklah ex-housemate Di masa mula2 menapak kaki ke Negeri tersebut.

Kak Yatlah tempat Di mengadu segala kesedihan dan kebosanan berjauhan dengan keluarga. Kak Yat asal kelantan..sedih tak ada rezeki nak ke kendurinya di kelantan dan juga di Sabah.Allhamdulillah, akhirnya kak yat bertemu dengan jejaka pilihan hatinya di tempat yang sama..

Terlalu banyak kenangan pahit manis sepanjang kat Sabah yang Di lalui bersama Kak Yat. Di panjatkan kesyukuran pada Allah kerana mengurniakan Di kakak macam kak yat, sangat caring and loving..

Walaupun Di tak berkesempatan menghadiri majlis perkahwinannya di kelantan dan sabah..dapat gambar pun dari facebook pensyarah kat sana..Di mengambil kesempatan ini mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada Kak Yat dan Suaminya.

Di doakan semoga Allah kurniakan kebahagiaan, kerahmatan, keberkatan dalam rumahtangga Kak Yat. Semoga berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..miss u so much my lovely sister..take care..



post signature

Thursday, June 9, 2011

Seminar KeIbuBapaan..


Panel : Y.M Dr Tengku Asmadi, Y.Bhg Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
dan Y.Bhg Dato' Engku Ansaruddin Agus



Sekitar Seminar tersebut

Sesi masa pembelian buku Perangi Sihir

Kengkawan pernah pergi seminar ni? Di, allhamdulillah diberi kesempatan olehNYA untuk menghadiri seminar tersebut yang dibuat oleh MAP Training & Consultancy yang dibuat oleh Pengarah Urusan siapa lagi kalu bukan Y.M Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Satu seminar yang sangat bagus..Di galakkan rakan-rakan blogger yang bergelar ibubapa utk hadiri seminar tersebut. Sedar tak kita tak pernah diajar ilmu keibubapaan biasanya kita berlajar melalui pengalaman sendiri atau tanya pada orang yang lebih tua..hakikatnya ilmu keibubapaan ini sangat penting supaya kita tidak digelar ibubapa derhaka..yakni salah mendidik dan mentarbiahkan anak- anak kita..Dalam seminar ini ada juga dimasukkan slot untuk rawatan Islam, modul yang sangat bagus kerana walaupun kita di zaman moden kekadang faktor gangguan juga menjadikan punca kenapa anak kita menjadi malas dan nakal. Kami diberi buku manzil dan dapat membeli buku Perangi Sihir.

Sedikit ilmu penting yang Di nak kongsi dengan rakan-rakan blogger hasil dari seminar tersebut ialah mengenai Hukum Minda. Sebagai ibubapa kita perlu tahu mengenai hukum minda kerana ianya sangat penting dalam proses kita mendidik, menegur atau mentarbiah anak-anak.Sedarkah kita sebenarnya kita telah menggunakan hukum minda yang salah?

Ada 4 Hukum Minda:-

1. Apa yang tergambar itu yang terhasil.

- Dalam kita menegur atau mendidik anak, kita mesti menggunakan gambaran yang positif..contoh cakap anak kita rajin belajar, bijak, mendengar cakap..

- Minda anak kita akan menggambarkan apa yang kita sebutkan kepada mereka , oleh itu hasilnya akan memberi motivasi kepada anak utk melakukannya.


2. Otak tak paham perkara negatif.

- Kesalahan yang biasa ibubapa lakukan ialah menyebut perkataan "jangan" dalam arahan mereka pada anak-anak.Contoh: adik, jangan tumpahkan air.Otak anak tidak mengambil perkataan "jangan" tetapi mengambil ayat yang hujung "tumpahkan air" hasilnya anak kita anak menumpahkan air yang dipegang/minum.

- Cara yang terbaik utk menegur anak contohnya: adik, pegang cawan elok-elok ya/ adik minum elok-elok ya.


3. Otak akan melengkapkan apa yang tidak lengkap.

-Contoh kita beri arahan pada anak : adik, pergi baca buku..anak kita pun naik baca buku, maybe dia baca buku komik, buku cerita atau buku yang tidak berkaitan.

-Jadi supaya anak lebih jelas dan dapat buat seperti apa yang kita inginkan, kita kena beri arahan yang lengkap seperti : Adik, pergi baca buku sains muka surat 20 tajuk Tumbuh-tumbuhan.

-Setiap ayat atau arahan yang nak kita berikan perlulah lengkap bagi mencapai maksud yang sebenar.


4. Otak suka mencari sesuatu yang tidak betul.

- Masa kursus ni Dr tunjukkan kami duit brunei kemudian dia suruh kami cari apa yang salah pada duit tu..macam2 jawapan yang diberikan, sedangkan hakikatnya mereka tak pernah tengok duit brunei. Itu adalah salah satu bukti bahawa otak suka mencari perkara yg tidak betul.

- Sebagai ibu bapa jika anak buat satu kesalahan kita fokus pada penyelesaian bukan pada masalah yang berlaku.

Contoh tulisan anak kena marah dengan cikgu, kebanyakkan ibubapa akan terus cakap "adik kena marah mesti adik buat bising kan? kacau kawan kan?" tanpa dengan dgn jelas penjelasan dari anak.

Sepatutnya ini yang dilakukan:-

1. Kita tanya kenapa cikgu marah anak. Contohnya : anak cakap dia tidur dalam kelas.

2. Kita boleh nasihatkan anak "adik kena tidur awal sebelum pukul 10, jadi adik akan cukup tidur dan segar."

- Anak adalah manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan, sebagai ibubapa kita perlulah bertindak sebagai penasihat yang sentiasa memberi panduan, bimbingan dan tunjuk ajar agar anak tidak mengulangi kesilapan yang sama.

** Satu kata-kata Dr Asmadi dalam program permata hati di IKIM Rabu lepas ialah "Ibubapa memang perlu sentiasa mengulangi atau mengingatkan anak akan segala perlakuan baik yang dia perlu lakukan, itu memang tanggungjawab kita sebagai ibubapa."

Kepada kengkawna yang berminat utk hantar anak ke MAP atau berminat utk hadiri Seminar Keibubapaan boleh rujuk laman MAP untuk dapatkan maklumat : MAP

Bagi yang bercadang utk mendapatkan perawatan Islam boleh hubungi : Pak Engku Yashifien

Dua ibu yang Di kenal masa program ni: Husna dan Kak Radziah

post signature