Friday, May 28, 2010

Pau Ahmad..



Kepada kengkawan peminat pau..pernah dengar ke pau ni..aku jarang beli pau..just nak share dapat info dari email seorang kawan..

Subject: FW: Pau Ahmad


Salam.. saja nak share..

Hari tu ada tgk dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat M'sia ni...
Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina..

Mainpoint yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M'sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal.
Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal..

Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam...

Ntah la.. rasa nak marah pun ada... rasa tertipu pun ada... tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M'sia ni mmg pengasasnya Cina.
So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti...

TQVM..

ni maklumat company tu..

post signature

Thursday, May 27, 2010

My Bos Masuk Wad

Semalam kami dapat berita bos kami masuk wad..kesian tn. hj..so, lunch time semalam kami ke sana melawat beliau..menurutnya dia kena tahan sebab gout dan celulitis..pertama kali aku dengar pasal ni..cam infeksi kulit..kena kat kaki..

sian my bos kena la dok wad tak pasti sampai bila..katanya semalam 2 kali pagi tu kena ambik darah untuk check tahap glukosa..

Ni ada sedikit maklumat:-


What is cellulitis? What are symptoms of cellulitis?

Cellulitis is a spreading bacterial infection of the skin and tissues beneath the skin. Cellulitis usually begins as a small area of tenderness, swelling, and redness. As this red area begins to enlarge, the person may develop a fever -- sometimes with chills and sweats -- and swollen lymph nodes ("swollen glands") near the area of infected skin.

Unlike impetigo, which is a very superficial skin infection, cellulitis refers to an infection also involving the skin's deeper layers: the dermis and subcutaneous tissue. The main bacteria involved in cellulitis are Streptococcus and Staphylococcus ("staph"), the same bacteria that cause many cases of impetigo. MRSA (methicillin-resistant Staph aureus) can also cause cellulitis. Sometimes, other bacteria (for example, Hemophilus influenzae, Pneumococcus, and Clostridium species) may cause cellulitis as well.

Where does cellulitis occur?

Cellulitis may occur anywhere on the body, but the leg is the most common site of the infection (particularly in the area of the tibia or shinbone and in the foot), followed by the arm, and then the head and neck areas. In special circumstances, such as following surgery or trauma wounds, cellulitis can develop in the abdomen or chest areas. People with morbid obesity can also develop cellulitis in the abdominal skin. Special types of cellulitis are sometimes designated by the location of the infection. Examples include periorbital (around the eye socket) cellulitis, buccal (cheek) cellulitis, and perianal cellulitis.

What does cellulitis look like?

The signs of cellulitis include redness, warmth, swelling, and pain in the involved tissues. Any skin wound or ulcer that exhibits these signs may be developing cellulitis.

Other forms of noninfected inflammation may mimic cellulitis. People with poor leg circulation, for instance, often develop scaly redness on the shins and ankles; this is called "stasis dermatitis" and is often mistaken for the bacterial infection of cellulitis.



Sumber dari :MedicineNet.com

Apa2 pun kami semua doakan semoga our bos cepat sembuh dan dapat kembali bertugas ke office..as soon as possible..

post signature

Wednesday, May 26, 2010

Farzana dan Kereta Mainan

Zana naik kuda pusing kat alamanda..mahal skit dan cam tak berbaloi kalu naik sorang....


Cerita pasal my princess..kalu pergi mana-mana zana paling pantang nampak kete mainan..ala, kan kalu pergi shopping complex ada mainan yang masuk duit tu..ada macam2 bentuk ada bentuk gajah la, macam kereta la, macam kereta api la..sejak dan pandai cakap skit2 lagi menjadi2..

pantang nampak asyik nak naik aja..jenuh gak..kalu tak ada duit syilling memang haru le abis dia mengamuk2..aritu myhubby bagitau masa jalan ngan zana ke klcc semua yang dia nampak dia nak naik..tapi myhubby bagi dia naik 2 kali je..elok le..tak yah dilayan sangat..kita yang kopak..

mainan ni kekadang bagus le..sementara dok tunggu kita dok beli barang-barang maybe boleh bagi dia naik untuk isi masa dia..tapi yang tak larat pantang jumpa nak naik aje..jenuh le..susut le poket umi dan abah..hehehee..agaknye kena beli satu kete masuk duit kat umah kot..nanti dia tak heran le bila keluar umah sebab dah selalu main kat umah..hehhee..maybe boleh fikirkan..hahaa..

Rasanya ni 1st time zana naik kete control..control by myhubby....


post signature

Monday, May 24, 2010

Cerita Zaman Sekolah..

Tadi aku dok surf2 tenet tertiba terjumpa lak blog ex-schoolmate aku..dok baca2 blog dia teringat le kisah2 zaman sekolah..satu kisah yang aku takkan lupa sampai bila2..zaman aku sekolah menengah dulu..ingat lagi masa tu trial SPM..so, tetiba pihak sekolah bukan main strict..sapa yang ade failed satu paper akan dipanggil jumpa pengetua..alamak kelam kabut aku masa tu..sebab add math aku tak kredit..ape lagi kena la panggil mengadap pn pengetua..pengetua aku masa tu perempuan..aku lupa dah name dia kena check balik kat sijil..

antara kata2 yang aku tak boleh lupa dia cakap..awak ni camne boleh failed..add math pulak tu..yelah aku budak sains tulen..add math tu adalah mata pelajaran wajib..ape nak jadi ni..takkan awak tak nak masuk universiti..nak masuk itm je..bila dengar dia cakap camtu timbul dalam hati aku..nape ngan itm..teruk sangat ke??ke sebab nama dia itm bukan bermula dari universiti macam yang lain2....pelik jugak..

dan sungguh tak sangka masin betul ayat pengetua tu abis belajar aku dapat sambung belajar ke itm..tapi aku tak le rasa rugi masuk ke UiTM..aku masuk tahun 1999..then, beberapa bulan lepas tu UiTM telah dinaiktaraf sebagai universiti..aku sendiri dok pergi majlis pengistiharaan oleh mantan PM..Tun Dr. Mahathir..bangga rasa hati ini..

hehe..5 tahun aku kat UiTM meninmba ilmu dari diploma sampai la ijazaha..then, sambung lak kerja kat sana sampai la 1/7/2009..banyak kenangan pahit manis kat UiTM..tetiba rindu pulak..hehehe..mane leh lupa..bulan Mei ni la aku mula menjadi staf di UiTM tu 5 tahun dulu le..kalu masih setia di sana tahun ni genap le 5 tahun..aku kat UiTM..tapi rezeki aku bukan di sana nanti..

So, moral of the story..jangan terlampau prejudis pada sesuatu tempat belajar..pada aku semua tempat belajar ingin memberi ilmu kepada penuntutnya..semuanya bergantung kepada sikap dan attitude pelajar itu sendiri..

post signature

Friday, May 21, 2010

Gotong Royong Besar-Besaran



Hari ni jabatan aku buat gotong royong besar-besaran 5S..nampaknya bersemangat betul nak dapat sijil ni..so, hari ni semua warga jabatan pakai baju sukan..

Masa aku hantar zana ke nursery cikgu dia tegur..nak jogging ke akak?hahaha..aku cakap la tak le..ada gotong royong..so, sebelum kami start ada la sikit pesanan dari my big bos..

so, bermula la episod gotong royong kami..aku join team kat bilik latihan ict..dok rebonding cable2 pc..jenuh gak mau kasi rebonding ni..ada makan2 skit..nasi impit ngan kuah kacang..cam raya pulak..hehehe..

kengkawan mai le join kami bergotong royong..jadikan 5S asas peningkatan produktiviti..


post signature

Thursday, May 20, 2010

Laksa..oh..Laksa

Lama tak buat entri pasal makanan ni..hehehe..tadi satu ofis baru makanan..ingat kan ape..rupanya ofismate aku belanja makan laksa..dia buat..yummy memang sedap..kuah pekat banyak ikan..

Aku memang pantang jumpa laksa..gerenti makan punyala..nak buat sendiri boleh tapi selalu je rase cam kureng something je..bile rasa orang buat sedap aje..Last time makan laksa aku bengkel kat perlis..3 hari kat sane..2 hari aku dok hentam laksa..tak reti jemu lak tu..

Apa pun thanks a lots to my officemate coz belanja mam laksa..semoga bertambah murah rezeki dan cepat naik pangkat..aminn..

Ni laksanya..sangat yummy...



post signature

Friday, May 14, 2010

Kemeriahan Hari Belia Negara 2010

Banner Sambutan...


Sambungan dari post yang lepas..kemeriahan makin terasa..yelah esok sambutan akan bermula..gerai-gerai banyak telah dibuka..

Pentas Utama...


Rehat tadi aku sempat le jalan-jalan buat windows shopping ke gerai2 yang telah dibuka..banyak jugak gerai yang dibuka..saja jalan sebab rase weekends ni memang tak dapat mai untuk memeriahkan suasana..

Antara gerai yang ada seperti gerai minumam, makanan, tudung2, baju2, booth celcom dan maxis..semua harga boleh tahan tak la mahal sangat..


Gerai-gerai Jualan...




Emm, akhinya aku cuma produk Awin guna serai wangi untuk hapus lipas dan tikus, beli selipar dan kasut tinggi untuk zana..untuk mam beli rojak dan ice belended..

Hasil tangkapan aku.....



So, kengkawan jangan lupa mai Putrajaya esok dan ahad..jom heboh pun mai sini..mari sama-sama meriahkan suasana sambil menderma..hahaha..ok..c u all..

post signature

Thursday, May 13, 2010

Sambutan Hari Belia Negara 2010

Kemeriahan mula terasa kat sini..penuh khemah2 dinaikkan..bus cluster pun dah dok parking kat tepi ofis aku..memang pesta betul kat ni..mau jammed putrajaya hujung minggu ini..so, mari kawan2 mai putrajaya meriah kan suasana..Sambutan berlangsung di Presint 4 Putrajaya..

kami semua dok risau esok jalan2 utama putrajaya ditutup..lega bila baca berita dari Utusan..berikut beritanya:-

Persiaran Perdana masih boleh dilalui esok
13/05/2010 1:55pm

PUTRAJAYA 13 Mei - Polis hari ini menjelaskan, sempena Karnival Hari Belia Negara 2010, penutupan jalan akan dibuat pada 15 dan 16 Mei 2010. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner, Abd. Razak Abd. Majid berkata, sehubungan itu kakitangan kerajaan dan orang awam masih boleh menggunakan laluan sepanjang Persiaran Perdana pada hari esok.

Penjelasan ini dibuat berikutan pihaknya menerima banyak panggilan telefon daripada kakitangan kerajaan yang menyangkakan penutupan jalan akan bermula esok. - Utusan


30,000 PARKIR DISEDIAKAN UNTUK PENGUNJUNG KE HARI BELIA NEGARA 2010

Putrajaya, 11 Mei 2010 - Seramai 300,000 orang dijangka berkunjung ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya sempena perayaan Hari Belia Negara 2010 pada 14 hingga 16 Mei ini.

Bagi kemudahan pengunjung, sebanyak kira-kira 30,000 petak parkir awam telah disediakan di Presint 1, 7, 18 dan 20.

Pihak penganjur akan melaksanakan konsep Park ‘n’ Ride sepenuhnya sepanjang acara berlangsung kerana beberapa jalan utama ke Core Island Putrajaya akan ditutup kepada lalu lintas.

Orang ramai tidak perlu risau kerana tidak kurang daripada 30 buah bas ulangalik (perkhidmatan shuttle bus) disediakan untuk membawa orang ramai dari lokasi parkir awam ke pusat transit di tapak acara.

Sebanyak 16 buah trem disediakan di pusat transit secara percuma untuk kemudahan pengunjung bergerak di sekitar tapak acara.

Untuk kemudahan orang ramai, seramai 300 orang sukarelawan bermotorsikal dijangka terlibat mengangkut orang ramai ke lokasi karnival di dalam Core Island.

Pengunjung berkenderaan yang melalui Presint 1 boleh meletakkan kenderaan di tiga lokasi parker awam di Park ‘n’ Ride berhampiran pusat membelibelah Alamanda yang boleh menampung 1,500 buah kereta dan 300 petak parkir di belakang Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.

Orang Ramai dibenarkan meletak kenderaan di sepanjang tepi jalan Oval Route, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang boleh menampung 2,000 kenderaan.

Di Presint 7 pengunjung boleh meletakkan kenderaan di parkir awam ERL dan Park ‘n’ Ride Putrajaya Sentral yang menyediakan 2,500 petak dan 2,000 ruang parkir di tapak cadangan Pusat Kanser bersebelahan Hospital Putrajaya.


Manakala di Presint 18 pula pihak penganjur menyediakan tiga tapak parkir yang boleh menampung 1,600 buah kenderaan dan 2,000 ruang di sepanjang jalan yang dibenarkan di kawasan tersebut.

Orang ramai yang datang dari laluan lebuhraya MEX, LDP dan PLUS (Exit Putrajaya), Cyberjaya dan Dengkil dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan meletak kenderaan khas di Presint 20 atau Presint 7.

Tapak parkir di Presint 20 boleh menampung 18,000 buah kenderaan dan ia berhampiran dengan tapak acara Presint 5 dan 6.

Pemandu dan pengunjung dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda penunjuk arah dan penunjuk arah parkir serta arahan pegawai lalu lintas bagi mengelak sebarang kesulitan berlaku.

Orang ramai diminta merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan terutamanya waktu puncak.
Hari Belia kali ini merupakan yang terbesar dan paling meriah pernah diadakan melibatkan 88 acara, karnival dan ekspo. Karnival dan Ekspo dibuka untuk kunjungan mulai pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sekretariat Hari Belia Negara 2010 di talian 03-88713535 atau 88713613.

Maklumat dari surat khabar:Utusan



Gambo dari : Arif

post signature

Tuesday, May 11, 2010

Bengkel Last Days..

Ketika di FRIM dan Rimba Herba Perlis...



Hari ni last day aku kat perlis..hari ni program kami melawat2 je..kami melawat ke FRIM..tengok pusat penyelidikan pokok jati..kat mata ayer..

Kemudian kami ke rimba herba perlis..emm, best siap diaorg jamu kami makan pulut dan harum manis..buah paling famous kat Perlis ni..yummy memang sedap..

Pulut dan Harummanis...



Then, kami jalan2 dalam rimba herba tu..banyak pokok herba kat sane..dan tak sangka pokok2 hiasan kat umah pun ade banyak kegunaan contoh pokok lidah jin kuning sesuai untuk demam kuning..ada bermacam2 jenis pokok la..kami dijamukan dengan teh misai kucing..sedap..siap dapat survenior sebotol misau kucing setiap sorang..

Herba-herba di Taman Herba...



Kat tempat ni ada chalet..so, sape2 yang berminat nak menginap boleh la..tempat sangat nyaman dan tenteram..ade pondok rendam kaki lagi..

Then, kami singgah lunch kat warung pokok sawa..disajikan dengan masakan kampung seperti..ulam-ulam, ikan keli bakar dan goreng..ayam goreng, sayur turi masak lemak dan ikan kari..memang sedap..makan sampai licin..hahaha..so, sape2 mai perlis jangan lupa gak singgah gerenti puas hati..

lepas makan kami ke hotel utk check out..then, singgah ke stesen RTK kat UiTM Perlis..1st time aku ke sane..masa keje ngan Uitm dulu pun tak pernah sampai sane..kami melawat stesen RTK..yang khabarnye..dah berkali2 kena sambar petir..disebabkan pokok besar yang berdekatan ngan kawasan tu..

Stesen RTK DI UiTM Arau Perlis...



Then, kami bergerak ke airport..pas check in dapat lak annoucement flight delayed..konon ade masalah..flight aku patut jam 5.40 petang..alih2 jam 7.45 baru gerak meninggalkan perlis indera kayangan..konon flight dari kl ade teknikal problem tak dapat mendarat ke lcct..tukar destinasi ke subang..then, diaorg hantar flight lain utk bawak diaorg ke alor star..dah flight itula yang bawak kami ke lcct..airasia oh airasia tak abis2 ngan delayed dia..memang famous ngan delayed2 ni..


post signature

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

post signature

Monday, May 10, 2010

Bengkel 2nd Days

Bengkel aku diteruskan dengan Technology Update pasal Metro -E dan ipv6 dari pihak GITN..kemudian pasal 1 Gov*Net dari kpsu kementerian..bagus jugak info ni..dapat tambah ilmu baru..

Then, kami sambung dengar pembentangan dari semua pihak agensi pasal rangkaian dan aplikasi..

Then, petang ramai2 pi mam cendol kat azizah corner cendol pulut..cendol dia memang sedap..ade cendol special (cendol+pulut+tapai+laici)..aku sempat mam semangkuk laksa perlis lagi..haha..memang kenyang..mau meletop perut..hahaha..kedai ni dekat je ngan hotel Putra Palace..kami lana kaki je dari hotel..so, sape2 mai perlis jangan lupa cuba memang sedap..

Malam sambung dengan meeting bil 2/2010 pulak..sempat celebrate besday SUB kementerian..siap ade kek lagi..kek boleh tahan sedap..yang tak larat meeting sampai kul 12.45 malam..gile tu..1st time aku meeting sampai waktu tu..sampai mata pun naik merah dan mengantuk..


post signature

Sunday, May 9, 2010

Berbengkel ke Perlis Indera Kayangan - 1st Days

Aku dapat surat arahan ke bengkel rangkaian under kementerian kat Hotel Putra Palace, Perlis..emm, nampaknya kena la tinggalkan farzana utk 2 malam..dan kebetulan myhubby balik untuk outstation training student for MASUM..so, hope farzana ok la tinggal ngan abah dia..

Dah le kena naik flight awal gile..kul 5.00 aku dah jalan dari umah ke airport..flight kul 7.15..pas ambik my ofismate terus ke lcct..zana yang masih lena diulit mimpi aku angkut je..

Masa myhubby hantar aku kat entrance nak masuk zana tersedar..nangis jugak le dia..sian anak umi..aku sampai kat perlis jam 8.10 pagi..then, kebetulan jumpa kawan aku di jabatan lain..terus tumpang kete ofis dia..

Gua Kelam...



Disebabkan masa masih awal..driver dia bawak kami jalan2 ke Gua Kelam..dan sempat gak ke Wang Kelian..kami pi kedai belah Thailand..banyak barang2 perhiasan dijual..tak larat mau lame2 sebab cuaca sangat panas terik..

Wang Kelian...



Lunch tu sempat aku makan laksa perlis..yummy sangat sedap..then, kul 2.00 kami checkin kat hotel..kul 4.00 ade taklimat..then, bengkel bermula jam 8.00 malam..

post signature

Friday, May 7, 2010

Amalan 5S

Korang biasa dengar 5S..

5S tu ialah:-

1. Sisih
2. Susun
3. Sapu
4. Seragam
5. Sentiasa Amal

Inilah yang kami dok pulun..2-3 minggu ni..dengan minggu lepas dengan audit dalaman la, kemudian mg ni lak audit kementerian..then, last sekali tentulah audit oleh MPC pada bulan Julai..sungguh memenatkan..tapi yang bagus..ofis memang kemas abis..dan tambah cantik..hehehe..

Nama kumpulan Bahagian aku..Energy Saving..tema color silver..warna pilihan terakhir sebab semua color dah kena ambik..

ni ada maklumat ringkas pasal 5S..

post signature

Wednesday, May 5, 2010

Besday My Princess



Allhamdulillah, my princess dan pun berumur 2 tahun jumaat lepas..tahun ni allhamdulillah tak macam tahun lepas..zana sihat dan cergas masa hari jadi dia..jumaat tu aku buat gift bag untuk bagi kat kawan2 dan cikgu farzana kat nursery..dan buat dadih setiap seorang nak celebrate same2 kat nursery memang tak dapat sebab myhubby pun ade meeting dan aku busy ngan audit petang tu..

Then, ahad me and myhubby buat small party..invite adik beradik my hubby kat kl..my parents dan 2-3 kawan terdekat..gembira betul farzana bila tengok kek yang aku tempah dengan edible image gambar upin&ipin + gambar farzana..mood farzana tak baik aritu..potong kek pun tak nak..menangis2 dia..macam terharu sebab orang semua tengok dia..



Allhamdulillah, semua masakan yang aku masak licin abis..heheh..ape2 pun terima kasih pada yang sudi datang walaupun datang lambat..hehehe..umi doakan farzana semakin sihat dan cergas...masuk 2 tahun farzana dah makin bijak bercakap..banyak yang farzana dah tahu dan bebel macam2..cakap dalam telefon pun makin terer..heheh..semoga anak umi panjang umur dan murah rezeki..love u so much my princess..



post signature

Tuesday, May 4, 2010

Cari Jodoh - Wali Band

Ni latest favourite song by my princess.,.before this..dia paling suka dengar lagu Bukan Superman dari Lucky..sekarang dah tak heran ngan lagu tu..so ni la lirik nya..

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***

post signature