Wednesday, December 10, 2008

anugerah khidmat cemerlang..

emm..keramat betul tarikh ni 10/12/2008..tadi pergi majlis anugerah kualiti & jasamu dikenang..macam tak percaya aku dapat anugerah khidmat cemerlang 2007..

syukur allahamdulillah..rezeki farzana dan kami sekeluraga..lebih 3 tahun lebih keje kat uitm sabah..terasa diri dihargai pulak..walaupun macam2 kenangan pahit manis yang dilalui sepanjang bekerja kat sini..cam tak caya pejam celik dah genap 3 tahun 7 bulan keje kat uitm sabah ni..

datang dulu solo aje..bujang..pastu takdir menentukan..jumpa myhubby kat sini..so,kawin le..dan pastu allhamdulillah,sekarang dah ade farzana..our sunshine..rase dah lengkap hidup ini..

ape2..pun yang sedih masih di sini..bile agak nye nak transfer ke semenanjung..atau ade rezeki lain utk naik pangkat ke..emm..entah le..semuanye masih dalam kesamaran hanya takdir penentu segalanya..ape2 pun harap ade le rezeki utk aku,my hubby dan farzana..

Friday, October 24, 2008

camne la status aku..???

emm..macam2 perasaan bermain didada ni..tak tau nak cakap.. tadi telefon spa..rupanya aku simpanan tapi masih kiv sebab diaorg nak check ngan jpa pasal degree aku layak ke dilantik dalam jawatan..pelik bin ajaib betul rase.. ya, allah permudahkan lah laluan ku untuk mencapai kerjaya sebagai PTM.. simpanan pun masih ada harapan lagi..tolonglah ya Allah hanya pada mu tempat aku memminta pertolongan dan berserah..

aku memohon keberkatan hari jumaat yang mulia ini..hari penghulu segala hari..aminn..makbulkan lah doa ku ya Allah. aku momohon keberkatan dan kemudahan dari mu ya Allah..demi masa depanku,anakku..keluargaku dan agamaku..

nampaknye masih kena tunggu le camno.. next week lak ade panggilan interview lagi..camno nak buat ni..nak pi ke tak.. confuse betul eden ni.. status interview PTM masih ding dong2 lagi.. emm..hai,confuse..confuse..

Friday, October 17, 2008

Bila cuaca mendung..HUJAN!!!!!

hujan yang turun bagaikan mutiara..bait2 lagu sudirman..

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,

"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan !


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan

DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).


Hakikatnya, hujan itu rahmat.

" Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita
yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan),
hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke
negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan
hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu
berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan
(menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu
beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ?
Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best.
Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat
dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila
hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di
saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Da n semoga, Hari esok akan lebih baik. Da lam ilmu tasawwuf Da n ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : " Da n Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan
sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

" Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Da n pemindah benih; maka
dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Da n bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

" Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Da n bumi Da n kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah
kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)


So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

Mutiara kata:
Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan ALLAH melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir
..

Friday, September 5, 2008

my lovely princess..

allhamdulillah, sekarang my lovely princess dah masuk 4 bulan..makin sihat dan cergas..
bile dia kenyang dan gembira..abis dok jerit kuar le suara dia..kalu tak ada mood senyap aje..masam aje..hehehe..bile mood ok cakap skit aje dia gerenti hadiahkan senyuman tak pun kuar le gelak dia..keh..keh..

semoga anak umi makin sihat dan cergas..teruskan usaha utk meniarap saya..caiyo2..

ni ade video aksi my princess meniarap..bukan main riuh dia..


video

Personality Develeopment



kata2 hikmah ni bangus sangat to motivate ourself..just to share..

Nasihat Pepatah Lama Cina (Cracked Pot)

Each of us has our own unique flaw...

Wednesday, August 27, 2008

confuse..???

aii..confuse betul ni..camne nak buat agak nye..dok fikir2 lagi ni..ke tak pergi langsung..emm,bukan selalu kena panggil interview..tahun lepas langsung tak kena panggil..interview 17/9 ni..aritu saje je tukar pusat interview kat putrajaya..saje nak tukar angin yelah dah 2 kali interview kat sabah dok tak ade rezeki aje..mane tau bile pindah pusat kat putrajaya ade rezeki..

tapi bile dah dapat panggilan interview..confuse lak..yelah mane tak nye tak tau nak pergi bile..nak bawak zana ke..kalu bawak zana abg pun kena ikut gak..yelah makcik dah dok ngan kitaorg..so, takkan le nak tinggal abg ngan makcik berduaaje..hai,memang poning le dibuatnye..

nak pi sekali bertiga..nanti 27/9 naik flight lagi utk balik raya..3 kali naik flight dalam sebulan..ai,camne nak buat ni..confuse betul le..takkan tak nak pergi..bukan selalu berpeluang interview ni..

memang confuse betul le.. Ya Allah, berilah petunjuk pada hambamu ini, apa yang terbaik untuk masa depan ku..

emm..allhamdulilah, dah lega akhirnya dapat gak solution camne nak buat..thanks abg for ur support..semoga usaha ini diberkati oleh Allah..dan moga hadirnya sinar baru dalam peningkatan kerjaya ku..insyaallah..nenek, wait for zana ok..

post signature

Saturday, May 10, 2008

1st time zana naik flight..



ari ni zana 1st time nak flight..baru aje 11 hari dah naik flight..

emm,mak ikut sekali tuk balik ke putrajaya..sepanjang jalan dari kk ke klia tido aje anak umi..minum susu jap pastu sambung tido balik..

yang kesian masa dok tengah2 tido pramugari cuai terjatuhkan tali pinggang tepi kepala dia..menangis anak umi terkejut nasib tak ape2..

pengalaman 1st time naik flight everything ok..zana tak buat perangai sangat..masih baby tido aje la..minum susu pastu sambung tido..

masa kat aiport kk sempat lagi posing anak umi ni..heheh..boleh tahan gak dok posing masa tengah tido..cute nye tengok..

post signature

Wednesday, April 30, 2008

my lovely princess





allhamdulillah..selamat dah aku lahirkan anak sulung ku..

baby girl..berat 3.25kg on 4.31 a.m di Hospital Likas, Kota Kinabalu Sabah..macam tak percaya dah bergelar ibu aku rupanye..tak terkata masa mula pangku kan my princess lepas bersalin..emm,seronok tengok dia masa mula2 minum susu..bukan main semangat minum susu..macam pandai aje..

welcome my princess..rase lebih ceria dan bahagia hidup ini..lengkap rasennye dah ade lovely hubby and lovely princess..love both of u..

post signature