Wednesday, June 17, 2009

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Monday, June 15, 2009

allhamdulillah..rezeki untuk kami

allhamdulillah, jumaat lepas 12/6 angah bagitau ada surat dari SPA untuk aku, kebetulan aku masih di Kl..jadi sabtu tu aku ikut mak balik ke Sungai Buloh. Allhamdulillah, akhirnya impian aku untuk memegang jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) tercapai..setelah hampir 3 kali aku cuma interview di SPA..syukur Ya Allah, atas rezeki mu ini..rezeki untuk kami bertiga...

surat setuju terima dah pun aku isi dan berikan pada mak, mintak tolong aishah hantarkan ke SPA..

tadi dalam kul 12.30 a.m aku call JPA untuk dapatkan tarikh lapor diri yelah senang untuk aku untuk buat persediaan..Pn. Asmah cakap lapor diri 2/7..emm, nampaknye sampai hujung bulan ni aje la aku di sini..menamatkan tempoh perkhidmatan aku kat uitm ni..

maybe UiTM bukan dihatiku lagi..yelah terasa gak ngan UiTM ni..dulu tahun 2007 aku apply PTM interview pun tak kena panggil..aku terima maybe sebab masa tu aku lom confirm lagi..tahun lepas aku kena panggil interview 30/4 tapi aku tak dapat pergi sebab masa tu aku dah pun selamat bersalinkan my lovely princess..tapi yang sedih tahun ni aku apply pun tak kena panggil lagi..nape entah? tertanya2 aku..emm, aku anggap aje rezeki aku nak jadi PTM bukan di UiTM..

ape2 pun aku bersyukur dengan rezeki mu ini Ya Allah, walaupun kena berjauhan dengan my lovely hubby buat sementara waktu hingga dia transfer ke shah alam, maybe itu pengorbanan yang kena kami lakukan,.semoga rezeki mu ini memberi keberkatan dan kebahagiaan pada hidup kami masa depan..aminnn..

Thursday, June 11, 2009

last day training

allhamdulillah..akhirnya selesai kursus aku utk modul MS SQL Server 2005..lega rasa hati ni..yelah dari bulan 3 aku kursus kat Info Trek ni..

dok berulang alik dari sabah ke kl..paling sian zana le mane aku pergi dia mesti ada..dok keje naik turun flight aje le minah tu..yang paling aku rase bertuah sebab dia jenis tak kisah dok mana2 nursery pun..

mula2 dulu dia duk nursery kat ktak..kali ni hantar kat nursery kementerian kesihatan..dia lebih suka nursery ni..pergi dan balik pun senyum2..aishah kata siap dia manja ngan cikgu dia lagi..nak balik babai cikgu dan kawan..

yang paling aku bosan bile naik putra pagi2..dah le penuh cam sardin..pastu tengok org berlari sane sini..emm, yelah tak biasa ngan keadaan camtu yelah aku pi keje tak terkejar2 camtu..bersyukur lak pi keje dalam keadaan tenang dan aman aje..

hari ahad aku akan balik semua ke sabah..continue the life at there..
emm.ok..lega..selesai akhir kursus aku

Sunday, June 7, 2009

boringnye kelas ari sabtu

ari ni aku ade kelas utk module 2792..emm, boring nye dah le cuti umum kena gak datang kelas..sebab nak abiskan silibus jadi terpaksa rela datang le..tak datang rugi le ketinggalan..

mak ngan abh lak balik kg ari ni..balik ari aje..zana kena ikut sekali le sebab tak ade sape nak jaga dia..cian anak umi..pagi tadi masa bubui dia nak pergi kelas..dia nangis..pelik agaknye eh, nape umi tak bawak kita pulak..yelah selalu time sekolah aku akan dukung dia pastu letak kat seat kete aishah..

hope anak umi leh jaga kelakuan ngan masa ngan nenek dan atuk nanti..umi tahu anak umi pandai..pagi tadi dah pesan ngan dia..jalan2 ngan nenek dan atuk elok2..jangan buat perangai susahkan nenek dan atuk..

emm, kena sambung kelas ni..emm, kemalasan tahap cipan dan ni..tapi nak buat camno layannn..

Saturday, June 6, 2009

Isteri-isteri sentiasa dara

Ni nak kongsi sikit petua dari Ustazah Dr. Fatimah Az-Zahra. Petua ni haku dapat daripada satu blog yang selalu aku lawati. Jadi, ilmu yang baik, hendaklah dikongsi dan disebarkan ke seluruh umat manusia.

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum.
Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Copy & paste jer la kawan-kawan ku sekalian. Aku tak kisah. Sbb aku pun copy & paste jugak. Hehehe...

Di copy dari blog : http://kancilbiru.blogspot.com/

Friday, June 5, 2009

Mandi..

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit :
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon.
Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.