Thursday, September 30, 2010

Jamuan Raya Jabatan


Rasanya lama aku tak menulis pasal ofis kan..hari ni jabatan buat Perhimpunan Bulanan, Jamuan Hari Raya dan Hari Malaysia..3 sambutan dalam satu..hehehe..langkah berjimat cermat.


Jamuan raya kali ni buat kat dewan utama..sangat meriah..siap ada pertandingan persembahan setiap aras..dan pemenangnya adalah aras kami.Actually BTM adalah juara bertahan 2 tahun berturut2..persembahan aras kami memang lawak le..gelak sampai pecah perut..siap ada yang terkeluar air mata..ape2 pun tahniah tu BTM geng..

Juadah jamuan biasa la satay, nasi hujan panas dan abc..selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua warga jabatan ku..esok jamuan bahagian pulak..


post signature

Wednesday, September 29, 2010

Teman

Mana Teman ?
Kawan yang pernah berborak sakan ...
Walaupun kita tak pernah dipertemukan ...
Seolah-olah kita dah lama berkenalan ....

Mana Teman ?
Rakan yang tak pernah aku suakan ...
Tapi sentiasa wujud dalam ingatan ...
Mungkin inilah takdir Tuhan ....

Mana Teman ?
Sahabat di alam maya yang tidak bersempadan ...
Hadir bukan sekadar jalinkan perhubungan ....
Tapi ikatan persahabatan yang tak mungkin aku
lupakan…..

Mana Teman ?
Kawan atau rakan ...
Sahabat mahupun taulan ....
Itu semua tidak menjadi persoalan ...

Yang pasti ...
Kita akan teruskan persahabatan ...
Selagi bumi berputaran ...
Selagi masa berjalan ...
Selagi Umur dipanjangkan ...
Dan selagi Tuhan izinkan ....
Jalinan persahabatan tetap kita teruskan ...

Insya Allah ....

post signature

Friday, September 24, 2010

Buat Teman

Setiap Anak Adam telah berjanji : Minta dilahirkan ke dunia untuk mentadbir bumi, menjadi khalifah



Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),[1]- Sehingga kamu masuk kubur.[2]

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)![3]Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)![4]

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).[5](Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.[6]

Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)![7]

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)![8]

Surah At-Takaathur ( Ayat 1-8)



post signature

Wednesday, September 15, 2010

Rahmat Sebalik Ujian



Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hamba-Nya, yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kita, siapa di antara kita yang lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Allah telah memuliakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dia menghantar Rasul-Nya untuk mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang, menuju Tuhan. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab.

Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi, dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, yang telah dihantar oleh Allah kepada Umat Manusia sebagai satu anugerah, membawa Rahmah ke seluruh pelosok alam. Demi Allah, sungguh tidak akan sesat orang yang berpegang pada tali agama Allah, menggigit Al-Quran dan Sunnah dengan gigi gerahamnya dan dia sama sekali tidak pernah mencari selainnya sebagai sesuatu yang lebih agung dan lebih utama.

Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.

Di hujung ujian ada Rahmat yang disediakan buat orang-orang yang berjaya, dan penyesalan buat orang-orang yang gagal. Jika kita tak pernah memahami atau cuba untuk mengerti hakikat ini, maka kita akan terus terkandas dalam ujian. Ujian demi ujian, keluhan demi keluhan, hidup terus berjalan dengan tertekan, tak pernah merasakan kenikmatan di sebalik ujian. Maka kita sangat perlu memahaminya, bahawa Rahmat Allah menanti di sebalik sesebuah ujian. Ujian itu takkan pernah hilang daripada papan cerita kehidupan ini.

Ujian membawa kita semakin dekat dengan pemberi ujian, mungkin juga sebaliknya. Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta. Itu tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tak pernah meninggalkan kita sendirian, kita bagaimana?

Ujian dan Iman

Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2, ertinya:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”

Ayat ini menggambarkan kepada kita betapa iman itu berkait rapat dengan ujian. Kenikmatan iman itu dikecapi setelah kita berjaya melalui beberapa siri ujian yang telah ditetapkan oleh Allah. Semakin hebat ujian, semakin manis iman yang bakal kita rasai di penghujungnya, bagi orang-orang yang berjaya melaluinya. Jika kita gagal menempuhinya dengan baik, kita akan terus diberi peluang dan didatangkan lagi dengan ujian-ujian yang lain. Kita akan semakin tersasar jika kita terus menerus gagal dan tak belajar menjadi lebih baik. Allah itu begitu Maha Pengasih dan masih memberi ruang kepada kita belajar daripada ujian.

Firman Allah lagi dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-3, ertinya:

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”


Iman itu memerlukan pembuktian. Seberat-berat ujian yang pernah kita alami, tak mungkin seberat Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya. Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.

Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi.

Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya:

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)””

Ujian Pelbagai Bentuk

Tahap ujian yang ditimpakan oleh Allah kepada manusia itu berbeza-beza, berdasarkan kepada keimanannya. Bentuk ujian itu juga pelbagai. Ada orang diuji dengan wanita, yang lainnya dengan harta, anak-anak, kesusahan, kawan-kawan dan sebagainya. Bagi para pelajar, peperiksaan itu juga satu bentuk ujian. Hakikatnya, kehidupan ini sendiri keseluruhannya adalah medan ujian, akhirat nanti medan ganjaran.

Biar apa juga bentuk ujian yang kita alami, Rahmat Allah tetap akan mengiringi jika kita menghadapinya dengan penuh sabar dan pengharapan kepada Allah. Allah sangat-sangat suka jika hamba-Nya mengadu kepada-Nya, menitiskan air mata di balik tirai malam dan mengakui kelemahannya. Tidak dapat tidak, ujian itu harus dilalui dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah, kebergantungan yang sepenuhnya kepada pemilik diri kita. Jika tidak, kita akan buntu mencari jalan, kerana hanya Dia penunjuk jalan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 153, ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan Solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Ayat ini begitu dalam maknanya bagi orang-orang yang ingin memahami, dan begitu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. Sabar dan Solat itu kunci dalam memohon pertolongan Allah. Sampai bila kita harus bersabar? Sampai Allah memberikan pertolongan. Selagi kita diuji, selagi itulah kita bersabar.

Rasulullah adalah orang yang paling hebat kesabarannya bahkan paling besar ujiannya. Dan baginda jugalah yang paling mulia di sisi Allah di kalangan seluruh Umat manusia. Maka ujian itu sememangnya menuntut kesabaran, dan kesabaran akan mengangkat darjat seorang manusia.

“Dari Abu Hurairah R.A., ada seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W., “Berilah aku wasiat.” Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jangan marah!” Beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan, “Jangan marah!” (HR Bukhari)

Kesimpulannya, ujian itu pasti. Pergantungan kepada Allahlah yang akan membuatkan kita tenang menghadapinya. Mungkin kita sudah puas membaca, sekarang mari kita sama-sama merasa. Wallahua’lam.

Sumber dari:iLuvislam

Oleh: Zulyunus
Editor: Nazarudin Yaacob

post signature

Tuesday, September 7, 2010

Kuih Raya..Oh..Kuih Raya..

Akhirnya, sampai jugak hari yang dirancang, aku dan mylovely adik ipar dok pakat buat kuih siput dan kuih buah rotan kat umah aku.

Kami mula dalam 11 lebih dok menguli-uli tepung untuk adunan kuih siput..ikut je resepi kat internet, tapi kami ubah skit tambah rempah kari bagi rasa kari kuat skit. Bila teringat pasa kuih siput ni memang kelakar le sebab jenuh kami cari acuan untuk buat kuih siput kat giant dan mydin..tak ada pun..then, masa kat umah aku dok terfikir2 la apa yang nak dijadikan acuan ni..then, terpandang senduk nasi aku..agak bulat2..dan kami pun cuba jadikan acuan..hehehe..berjaya..so, siput kami berbintik bulat-bulat bukan berjalur-jalur..siput moden ni..

Projek Kuih Siput..



selesai mengoreng dalam area jam 4.00 petang..dapat le 3 balang besar tu pun siput kami gedabak-gedabak kalu buat comel-comel..mesti lagi lama..jenuh jugak nak membuatnya..

Hasil Kuih Siput..



then, kami ke bazar ramadhan putrajaya beli juadah berbuka puasa..kemudian sambung projek kedua..kuih buah rotan..ni pun ada kisah menyedihkan..adunan kami besar kedabak gak pastu lembik dalam dia dah serupa macam kuih bom pulak..then, kami modify skit resepi tambah tepung gandum dan uli kecil-kecil..allhamdulillah kali ni ok..cuma yang tak larat kena uli kecil..memang letih dan memenatkan..projek abis dalam area jal 12.00 malam..tasya dan hubby dia balik ke umah..sian dorang malam-malam balik..

Projek Buah Rotan..




sepanjang aku dok buat projek membuat kuih farzana ikut serta jugak. Masa buat kuih siput dia pun nak melenyek kat atas senduk.Masa aku buat kuih buah rotan dia dok main tepung, abis berterabur tepung atas lantai dan kat baju upin ipin dia..hai, zana oh zana..dia pun nak gak buat kuih..

Farzana nak menyiput jugak..



allahamdulillah selesai la projek misi kami membuat kuih siput dan buah rotan..

post signature