Saturday, March 31, 2012

Earth Hour 2012

Buat rakan-rakan blogger marilah kita bersama-sama menyertai Kempen 'Earth Hour 2012' dengan memadamkan lampu rumah pada 31 Mac 2012 (Sabtu) ini, dari 8.30 malam sehingga 9.30 malam.

Kempen 'Earth Hour 2012' merupakan salah satu usaha untuk mengurangkan kesan pemanasan global berikutan suhu dunia yang semakin meningkat. Kempen ini disertai oleh 128 buah negara yang lain dimana lampu di bandar-bandar utama seluruh dunia akan ditutup selama sejam untuk menyokong kempen Earth Hour.

Bersama-sama kita menyokong
Kempen 'Earth Hour 2012'

post signature

Wednesday, March 14, 2012

Rahsia hidup tenang..Banyakkan bersyukur..

Kisah Diana dengar di IKIM pagi ini, mengenai pemuda dan tukang urut. Satu hari pemuda pergi berjumpa tukang urut untuk mengurut kaki dan tangannya.

Semasa sesi mengurut tukang urut berkata:

" Anak, sejauh mana kamu bersyukur atas nikmat kurniaan kaki dan tanganmu yang diberi oleh Allah?"

Pada malam hari pemuda terjaga, dia melihat kakinya yang cantik dan tangan yang bergitu indah ciptaannya..dengan rasa penuh jujur dia mengucapkan terima kasih atas kurniaan kaki dan tangan kepada Allah..dengan bersyukur kita mengembalikan segalanya kepada Allah.

Inilah rahsia hidup tenang dan berjaya - sentiasa bersyukur dan hargai apa yang kita ada dgn sepenuh hati dan sejujurnya kepada Allah S.W.T.

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat pancaindera, anak, kerja, rumah, keluarga dan segala nikmat kurniaanmu kepada aku dan Farzana..terima kasih ya Allah..


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ َلأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Maksudnya: “Sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu, sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih”.(Surah Ibrahim, Ayat 7)

post signature

Tuesday, March 6, 2012

Talian Hayat Kita..Sepanjang Hayat

Talian hayat sepanjang masa, tanpa kesesakan trafik, mudah dan murah kerana kita sentiasa ada DIA (",)

post signature