Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran

Sempena 1 Syawal yang mulia ini, Di memohon seribu ampun dan maaf andai sepanjang Di menulis blog ini ada kata-kata atau tutur kata yang menyinggung dan mengguris hati dan perasaan rakan-rakan blogger.

Semoga kehadiran 1 Syawal ini membawa seribu rahmat dan keberkatan dalam hidup kita di dunia dan akhirat. Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah dan menambah ketakwaan kita kepada Allah S.W.T, insyaallah..

Buat rakan-rakan blogger jaga makan, jaga kesihatan dan jaga amalan..Semoga ikatan persahabatan yang terjalin dalam blog terus kekal hingga akhir hayat, insyaallah

Dalam gurau ada terkata,

Dalam bicara terkasar bahasa,

Dalam tindakan terguris rasa,

Dalam hidup tidak lepas dari dosa,

Dalam janji mungkir terpaksa,

Ampun dan maaf segera dipinta,

Semoga terhapus segala dosa,

Agar persaudaraan kekal selamanya

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin

post signature

Friday, August 26, 2011

Muhasabah Ramadhan

Hari raya hari kemenangan

Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan

Di lipatan seni mehnah Ilahi

Ada maksud murni yang lebih hakiki


Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga

Pada fikiran disinar wahyu dan sabda

Pada hati bersih di solat Tarawih

Apakah semuanya telah dimiliki


Puasa mengajar erti ketabahan

Menghadap ujian berlandaskan iman

Puasa perisai yang sangat maknawi

Penyingkap hijab antara hamba dengan Ilahi.


Puasa sempuran menahan rohani dan rasa

Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota

Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga

Lalu di manakah puasa kita

Adakah masih di tahap lama


Lalu muhasabah di hujung Ramadhan

Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh

Atau kolam jiwa masih tercemar keruh

Bersembilu dosa duri angkara


Ketika tahmid, bertakbir, bertasbih

Terasakah kita hamba Ilahi

Yang hanya mampu mengukir tadbir

Sedangkan pada-NYA segala takdir


** Nukilan : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam Solusi Keluaran No.34

post signature

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Al-Quran

Lelaki Kacak

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sempena hari Nuzul Al-Quran hari ini, semoga d dan rakan-rakan blogger akan berusaha istiqamah utk membaca, mentadabbur, memahami dan menghayati Al-Quran untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sumber gambar Al-Quran : Paksi.net/


post signature