Thursday, July 12, 2012

Tips Amalan Mesra Alam

Insya Allah, D akan kongsikan amalan tips amalan mesra alam yang dihantar melalui email kami. Semoga tips ini dapat menjadi inspirasi dan diamalkan bersama oleh D dan rakan-rakan blogger semua untuk menjaga alam semulajadi ciptaan Allah S.W.T. Bersama-sama kita jaga alam sekitar demi kesejahteraan bersama.

Tips Hari ini:-



Masukkan botol air terpakai yang diisi dengan batu-batu kecil dan air ke dalam tangki tandas bagi mengurangkan penggunaan air setiap kali menggunakan tandas. Pengunaan air akan dapat dikurangkan sehingga 30%.





Sumber email : Urus Setia ‘NRE Goes Green 2012”
post signature

Tuesday, July 3, 2012

Tidak Pernah Jemu

Sedar tak sedar, rupanya dah beribu-ribu kali kita solat. Beribu-ribu kali juga kita renew (perbaharui) syahadah kita. Malah berbulan-bulan atau mungkin sudah bertahun-tahun kita berpuasa (jumlah puasa wajib atau sunat sepanjang hidup). Ada sesetengahnya sudah berkali-kali mengerjakan umrah atau naik haji.

Seandainya kita fokus kepada solat, setiap hari paling tidak kita akan rukuk 17 kali, 34 kali sujud, lima kali mengangkat takbiratulihram dan memberi salam. Bukan itu sahaja, malah kita mengulangi bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali, bertakbir hampir 100 kali, malah banyak lagi bacaan lain yang dibaca berulang kali dan tidak pernah berubah.

Pernahkah kita jemu dengan semua itu? Pernahkah jemu membaca surah dan ayat al-Quran yang sama? Pernahkah jemu bertawaf dan menunaikan pelbagai rukun haji dan umrah yang lain? Tidak Pernahkan?

Hakikatnya ibadah itu makanan roh yang amat diperlukan dari semasa ke semasa. Makin dikerjakan ibadah wajib, makin terasa lazatnya, malah mungkin makin "ketagih"
Ibadah tidak pernah menjemukan. Yang jemu hanyalah hati yang kian jauh daripada rahmat Allah S.W.T. Yang jemu hanyalah hati yang terlalu mencintai dunia.



post signature