Friday, October 24, 2008

camne la status aku..???

emm..macam2 perasaan bermain didada ni..tak tau nak cakap.. tadi telefon spa..rupanya aku simpanan tapi masih kiv sebab diaorg nak check ngan jpa pasal degree aku layak ke dilantik dalam jawatan..pelik bin ajaib betul rase.. ya, allah permudahkan lah laluan ku untuk mencapai kerjaya sebagai PTM.. simpanan pun masih ada harapan lagi..tolonglah ya Allah hanya pada mu tempat aku memminta pertolongan dan berserah..

aku memohon keberkatan hari jumaat yang mulia ini..hari penghulu segala hari..aminn..makbulkan lah doa ku ya Allah. aku momohon keberkatan dan kemudahan dari mu ya Allah..demi masa depanku,anakku..keluargaku dan agamaku..

nampaknye masih kena tunggu le camno.. next week lak ade panggilan interview lagi..camno nak buat ni..nak pi ke tak.. confuse betul eden ni.. status interview PTM masih ding dong2 lagi.. emm..hai,confuse..confuse..

Friday, October 17, 2008

Bila cuaca mendung..HUJAN!!!!!

hujan yang turun bagaikan mutiara..bait2 lagu sudirman..

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,

"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan !


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan

DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).


Hakikatnya, hujan itu rahmat.

" Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita
yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan),
hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke
negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan
hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu
berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan
(menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu
beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ?
Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best.
Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat
dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila
hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di
saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Da n semoga, Hari esok akan lebih baik. Da lam ilmu tasawwuf Da n ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : " Da n Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan
sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

" Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Da n pemindah benih; maka
dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Da n bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

" Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Da n bumi Da n kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah
kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)


So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

Mutiara kata:
Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan ALLAH melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir
..