Wednesday, March 31, 2010

Farzana 1 Tahun 11 Bulan



Allhamdulillah, this month farzana dah genap umur 1 tahun 11 bulan..1 more month cukup la umur zana 2 tahun..Dah makin besar anak umi..macam tak sedar je masa berlalu.

Bulan ni farzana demam..sian anak umi..sampai umi pun cuti 1 hari sebab risau demam makin berlarutan..allhamdulillah sihat balik..zana semakin becok bercakap..kekadang macam tengah bercerita dengan bahasa dia..satu bijik butir pun tak paham..kalu ajar dia suruh cakap..dia mesti ikut..dah makin banyak vocab yang zana pandai..dan bila nampak binatang dia tahu ape name binatang tu..

paling pakar bab teka baju siapa..kalu lipat kain tak tau baju sape boleh tanya zana..gerenti dia boleh tolong..hehehe..lepas kenduri mak lang aritu tetiba lak badan zana panas balik..cam demam..maybe ahad tu terlampau seronok berlari2 dalam dewan sampai kepenatan dan demam..masa umi ambik zana kat tasya petang tu..dia duduk senyap je sebelah cikgu..langsung tak ceria dan aktif cam selalu..then, malam kat umah nenek zana makan tempeyek..tetiba dia nangis..perut kembung..kelam kabut jugak le umi..tuam dan sapu minyak..lame dah zana tak kena kembung..tetiba je..my hubby pun siap pergi ke guardian utk beli gripe water..sebab stok lame dah expired..sian anak umi..dah le tak sihat..tetiba kembung perut lak..



Allhamdulillah, sekarang dah zana dah sihat dan aktif seperti biasa..memanjat tak kire tempat dan housekeeping umah nenek setiap masa..dan angin dia kuat skit bulan ni..asyik nak nangis je..dan yang paling tak larat..bile keluar ayat "umi, dokong"..emm, mane le larat umi nak dokong lame..zana..zana..

semoga anak umi terus sihat, aktif dan cergas..


post signature

Tuesday, March 30, 2010

Star Rating Oh Star Rating..

Dari last weeks dah start busy ngan star rating ni..mula dengan meeting j/w induk star rating la..pastu dok kumpul2 dokumen, buat tagging..

Dan this weeks lak..penilaian oleh pihak MAMPU..sungguh memenatkan dan meletihkan...ni dah hari kedua masuk mesyuarat penilaian..boleh tahan cerewet jugak diaorg..dah macam audit ISO..tadi bahagian kami dah kena nilai..jawab je la mane yang ade..yang tak ade mengaku je..so, good luck to all doe staff..

post signature

Monday, March 29, 2010

Wedding My Sister..



Minggu ni kami sibuk..dengan kenduri Majlis Perkahwinan adik perempuanku..Aishah dan Azly..ari sabtu majlis akad nikah..buat kat rumah kuarters di Presint 11..ramai orang yang datang..penuh rumah dah le umah tu kecik aje..

Setelah 3 kali lafaz..sahlah adikku menjadi isteri kepada Mohd Azly..kemudian sesi bagi membatalkan air sembahyang dan gambor..

Hari ahad Majlis resepsi kat Dewan Kejiranan Presint 9..ramai jugak yang datang..terima kasih pada mak, ayah , kak norul , cik nyah dan haziq yang susah payah mai dari perak..sempat gak le mak mertuaku tido di teratak kami yang serba kekurangan tu..

Ramai betul tetamu yang datang..tetamu vip pun ade..majlis selesai dalam jam 4.00 petang..terus buat sesi mengangkut barang2 dan hadiah ke umah mak..

Selamat penganti baru untuk adik ku dan Azly..semoga berbahagia ke akhir hayat..kuat dan tabah mengharungi alam rumah tangga..





post signature

Wednesday, March 24, 2010

Staying A Step Ahead of the Hackers

Semalam aku berkesempatan join technology update by IBM,pergi ngan beberapa my officemate..kat Shangrila Putrajaya..

Good seminar adalah dapat ilmu skit pasal cara nak buat web vulnerability..seperti sql injection..dan IBM ambik kesempatan ini utk promote IBM Rational AppScan..satu software yang bagus..untuk scan kita punye web application..dia akan show all the vulnerabilities website kita include the recommendation how to solve it..nak tau harga kena contact IBM person for more information..

Emm, kami makan bukan main sampai kamilah group girl terakhir yang balik..hehehe..petang aku dah berlari masuk meeting lain pulak..

So, siapa2 yang interested utk dapat maklumat pasal ni boleh browse ke..http://www-142.ibm.com/software/products/my/en/appscan-build

pic seminar credit to : http://www.ibm.com/my/en/

Gambor sekitar seminar dan souvenir dari IBM...



post signature

Thursday, March 18, 2010

2nd Putrajaya International Hot Air Ballon


Picture credit to: http://www.myballoonfiesta.com

Tadi lunch aku dan officemate pergi ke hot ballon fiesta ni..ni kali ke-2 diadakan di Putrajaya..baru hari pertama tak ramai pengunjung yang datang..actually aku saje jalan sebab officemate kata ade jualan baju kanak-kanak murah..so, pergila..belikan farzana 2 pants dan 1 baju..dapat la baju baru..

hari ni dah hari kedua farzana demam..sian anak umi..walaupun demam masih aktif tapi malam tadi dia mengamuk2 sikit..nak tepuk pun dia tak bagi..dekat kul 11.30 malam baru ok..nape entah..sian anak umi..hope my princess cepat sembuh seperti sediakala..

so, kepada ibu bapa sempana cuti sekolah ni boleh la bawak anak-anak ke fiesta hot ballon ni..sambil2 berjalan sekitar putrajaya..come and enjoy..



post signature

Monday, March 15, 2010

ALAM GEMILANG

Indahnya alam ini
Nyaman segar dan berseri
Pohon pohon merimbun
Air di kali mengalir jernih
Hijau bumi pantai indah memutih

Bersama kita belai
Agar kekal bumi yang permai
Hentikan pencemaran
Jadi pegangan sepanjang masa
Keindahan alam warisan kita

Kita semaikan sikap terpuji
Alam sekitar wajar dijagai
Satu wawasan murni gemilang
Negara bersih rakyat cemerlang.


post signature

Wednesday, March 10, 2010

Pengecualian Kursus Induksi Umum

Allhamdulillah, aku dah pun dapat surat dari Bahagian Pentadbiran berkenaan permohonan aku untuk mendapatkan pengecualian dari menghadiri kursus induksi umum..Y.Bhg Dato' dah luluskan..yehaa..so, tak perlulah aku pergi induksi umum for 2nd time..selamat..hehehe..

post signature

Tuesday, March 9, 2010

PICC



Aku baru je balik dari MAPPA XI (Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas) kat PICC..ni 1st time aku pergi majlis ni sejak masuk ke kerajaan tahun lepas..dan 1st time gak aku menjejakkan kaki ke PICC..

Emm, memang besar PICC ni..dan ramai betul orang yang datang..Tema amanat PM kali ni " Transformasi Pemikiran-Bertindak Perkhidmatan Awam Menjamin Keutamaan Pencapaian" satu tema yang bagus bagi aku..elok sangat..orang2 kerja kerajaan perlu buat transformasi pemikiran jangan terlalu berasa selesa dengan keadaan sekarang dan perlu ubah tabiat sedia ada macam buang masa lepak2..minum pagi..dan kerja-kerja bertangguh..itu antara penyakit dalam orang kerja government la yang aku nampak..jadi bersama-samalah kita membuat transformasi pemikiran kepada yang lebih baik demi kesejahteraan rakyat dan negara..

Ni jugak pertama kali aku dengar PM bercakap secara live..ayat2 PM memang bagus..banyak perkataan baru yang keluar..

Kata-kata dari MAPPA yang lepas "Lantas, untuk melakukan proses anjakan dan pembaharuan, kita memerlukan sektor awam yang bukan sahaja memahami realiti semasa tetapi mempunyai kemahuan dan berani membuat perubahan. We do not need mere seat warmers, we need actual doers"..

post signature

Monday, March 8, 2010

Bored

Emm, dah lama aku tak menulis kat blog..dok menjengah2 sekali sekala dan baca blog kawan2 yang begitu rajin mengupdate..so, far mylife as usual..with my lovely princess..weekends depends le kekadang kami ke umah mak kat sgbuloh..but this weekends just stay at putrajaya..last sunday..see my new supervisor Wawa..as consultant for herba product..hehehe..saje baru nak cuba2..

Hari ni..keje tak ade? emm, boring nya la..bos this weeks training at EiMAS..maybe esok busy skit le..sebab pagi ada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebela (MAPPA XI) entah majlis ape benda entah..petang lak ade meeting..eem, seronok skit le esok..ade gak keje..hehehe..

this thursday myhubby balik..ade iring student utk game volleyball..yehaa..best nye..zana tentu tambah seronok sebab dapat jumpa babah..

post signature

Tuesday, March 2, 2010

Sarapan Bijirin


Pastinya mudah menyediakan sarapan dengan bijirin untuk anak-anak kita.Hakikatnya bijirin mempunyai kandungan lemak yang rendah, tinggi kandungan vitamin mineral, dan serat. Apabila dicampur dengan susu anak kita mendapat tambahan kandungan kalsium, iaitu mineral penting dalam pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat.

Semuannya merupakan sumber penting dalam pertumbuhan optimum seseorang kanak-kanak. Kekurangan zat-zat tersebut boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi kanak-kanak dan menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan.

Aku selalu bagi farzana makan bijirin..yang paling dia suka bijirin milo..bulat2..selalu dia makan kosong aje kekadang aje makan dengan susu..

**Tips dari Majalah Pa & Ma keluaran Februari 2010

post signature