Tuesday, March 9, 2010

PICC



Aku baru je balik dari MAPPA XI (Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas) kat PICC..ni 1st time aku pergi majlis ni sejak masuk ke kerajaan tahun lepas..dan 1st time gak aku menjejakkan kaki ke PICC..

Emm, memang besar PICC ni..dan ramai betul orang yang datang..Tema amanat PM kali ni " Transformasi Pemikiran-Bertindak Perkhidmatan Awam Menjamin Keutamaan Pencapaian" satu tema yang bagus bagi aku..elok sangat..orang2 kerja kerajaan perlu buat transformasi pemikiran jangan terlalu berasa selesa dengan keadaan sekarang dan perlu ubah tabiat sedia ada macam buang masa lepak2..minum pagi..dan kerja-kerja bertangguh..itu antara penyakit dalam orang kerja government la yang aku nampak..jadi bersama-samalah kita membuat transformasi pemikiran kepada yang lebih baik demi kesejahteraan rakyat dan negara..

Ni jugak pertama kali aku dengar PM bercakap secara live..ayat2 PM memang bagus..banyak perkataan baru yang keluar..

Kata-kata dari MAPPA yang lepas "Lantas, untuk melakukan proses anjakan dan pembaharuan, kita memerlukan sektor awam yang bukan sahaja memahami realiti semasa tetapi mempunyai kemahuan dan berani membuat perubahan. We do not need mere seat warmers, we need actual doers"..

post signature

0 comments:

Post a Comment