Aritu ada dapat satu ilmu, masa dengar motivasi pagi dekat Radio Ikim yang disampai oleh Dr Azhar Haji Sarip..so, nak kongsikan bersama teman2 agar boleh diaplikasikan dan diamalkan demi kebaikan kita bersama..Sharing is Caring..
Arah pergerakan anak mata kita mempunyai makna tersendiri iaitu:-
1. Gerak ke Kanan - Sedang mencipta visual,maknanya merakamkan apa yang kita lihat.
2. Gerak ke Kiri - Sedang mengingatkan visual yang pernah kita nampak..recall la in english.
3. Gerak ke arah telinga Kanan - Sedangkan mencipta atau merakamkan bunyi yang tidak pernah kita dengar.
4. Gerak ke arah telinga Kiri - Sedang mengingatkan bunyi yang pernah kita dengar.
5. Gerak ke bawah kanan ke arah hati - Sedang mencari rasa atau menghayati perasaan.
6. Gerak ke bawah kiri ke arah hati - Sedang membuat dialog dalaman, berkata-kata dalam hati.
Antara contoh yang diberikan:-
1. Bila anak atau kita nak baca buku..pastikan letakkan di sebelah kanan,atau lebih tinggi ke arah kanan supaya mata kita digerakkan ke arah kanan..jadi setiap apa yang kita baca itu dapatlah diingat dan dirakamkan dalam minda kita.
2. Bila anak atau kita nak menjawab soalan atau mengingat letakkan di sebelah kiri kita, supaya mata kita digerakkan ke arah kiri, agar dapat mengingat atau recall balik apa yang pernah otak kita rakamkan..
Antara tindakan yang salah:-
1. Apabila kita baca buku..kita letakkan di bawah pada dada kita..ini adalah tindakan yang salah sebab kita akan mecipta rasa penat dah letih..jadi kejap sahaja baca buku mata dah mengatuk malas utk terus membaca..
Jadi mulai hari ini kita cuba sama-sama amalkan panduan ini, semoga panduan ini dapat memberikan impak positif pada Di dan rakan-rakan blogger.
0 comments:
Post a Comment