Saturday, April 30, 2011

Selamat Hari Lahir My Lovely Princess Nur Farzana..

Gambar kenangan farzana waktu lahir dan kini..

Allhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memanjangkan umur puteri kesayanganku..terima kasih kerana mengurniakan farzana kepadaku..terlalu besar nikmatmu untukku..

Hari ni genap farzana 3 tahun, bila dikenang dan diingat macam tak percaya masa begitu cepat berlalu..rasa macam baru je lahirkan farzana ke dunia ini, sekarang dah makin besar anak umi ni, makin comel, makin lincah makin kecoh..dan macam2 lagi..


Aktiviti Farzana..

Masuk umur 3 tahun, farzana masih stay di taska yang sama dekat Taska Nur Ain insyaallah tahun depan Di akan hantar farzana kat tadika.Selalu borak dengan dia pasal ni dan dia pun memang tak sabar nak pergi sekolah baru.Aktiviti kesukaan farzana biasa la pergi Alamanda naik kuda dan makan mee sizzling, pergi taman permainan dan kalu kat rumah suka mewarna..Di ada belikan set art box utk zana dan dia paling suka guna water color..yang lain dia tak berapa suka sangat..dan buku mewarna dia mesti ada pelekat, lepas tu abis le satu rumah dilekatnya tak kira tak mane lantai pun dilekatnya.


Gaya dan aksi farzana

Sekarang farzana memang pantang nampak kamera, bukan main dia berposing bila ambik gambar dan paling geram bila dia sendiri sibuk nak ambik gambar. Hp Di yang selalu menjadi mangsa utk dia ambik gambar..tak kira apa pun semua dia snap..farzana oh farzana..

Sayangku Farzana,

Selamat Hari Lahir Sayang..
Semoga sayang dikurniakan umur yang berkat,
Kesihatan yang baik,
Rezeki yang murah dan berkat,
Menjadi anak yang solehah,
Mendapat kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

Ingatlah sayang,
Hidup ini satu perjuangan,
Kuatkan semangat dan tekad utk melalui ranjau dan duri kehidupan,
Tabah dan sabarkan hatimu lalui ujian dan dugaan,
Andai dirimu jatuh atau tewas bangkitlah sayang,
Ingatlah sayang setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,
Allah tidak akan menguji di luar kemampuanmu,
Walaupun mungkin dikau rasa sedih dengan keadaanmu,
Namun takdir Allah penentu segalanya sayang,
Ingatlah, Allah tidak pernah menyusahkan bahkan menyenangkanmu..
Sentiasa bersangka baik kepada Allah,
Terus hulurkan tanganmu tanpa henti untuk memohon bantuan dan petunjuk dari Allah,
Agar setiap langkah dan tindakanmu mendapat rahmat dan restu dariNYA.

Umi, tak mampu untuk sentiasa berada di sampingmu sayang,
Namun, ingatlah kasih sayang, restu dan doa umi tidak pernah berhenti dan mengenal erti jemu untuk dirimu,
Dan ingatlah sayang Allah sentiasa bersamamu, sentiasa memerhatikanmu dan berada dekat dengan dirimu..
Jadikan Allah sebagai cinta pertama dalam hatimu sayang sehingga ke akhir hayatmy,
Dengan itu dikau pasti mendapat keredhaan, kerahmatan dan keberkatan dariNYA.

Selamat Hari Lahir sayangku Nur Farzana...



post signature

Friday, April 29, 2011

Teruskan Memberi Kebaikan..

Sekadar gambar hiasan , Sumber: Blog abangbercerita

“Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu”.


RENUNGAN

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. “Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. “Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih? ”Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?” “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?” “Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya. “Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’ “Pasti ada! Insya-Allah.” “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!” “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.” “Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum. “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?” “Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!”“Kenapa?” “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “kata kakak itu perlahan.“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?” “Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Sumber cerita dari email seorang teman..

post signature

Monday, April 11, 2011

Bersyukur Atas Nikmatnya..

Tak semestinya Allah akan memberi setiap yg diinginkan oleh kita tetapi Allah memberi apa yang baik untuk kita mengikut ilmu-Nya. Pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya..


Lama, tak menulis..hari ni nak post pasal topik ni. Kebetulan minggu lepas Di dapat berita gembira dari seorang teman lama di ofis lama...allhamdulillah dia dah pun disahkan mengandung setelah hampir 4 tahun lebih menunggu. Di tumpang gembira dengan berita tersebut, sebab pernah merasa bagaimana sedihnya dan rajuknya diri apabila ditanya orang sekeliling soal anak..

Actually, now pun ada gak orang dok bertanya. Bila nak tambah lagi? Bila nak bagi farzana adik., dia dah besar kan? Merancang ke? Bagi Di jawapan untuk semua persoalan tu cuma satu..Kena tanya Allah, rezeki anak urusan Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang namun segala keputusan mutlak di tangan Allah. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita..sebagai hambanya apalah daya dan kuasa kita untuk menolak segala ketentuannya dan takdirnya. Redha dan berlapang dada pada ketentuannya itulah yang terbaik patut kita lakukan sebagai hambanya..

"Ketahuilah sekiranya umat manusia bekerjasama menolongmu mereka tidak dapat menolong melainkan apa yang ditulis Allah dan sekiranya mereka bekerjasama untuk menyakitimu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa selain dari apa yang telah disuratkan Allah. Pena sudah diangkat dan buku sudah ditutup

Namun bagi Di, syukur teramat pada segala nikmat dari Allah..sesungguhnya nikmatnya tak terhitung buat kita semua..cuba fikir dari kita bangun tido berbagai nikmat darinya..dari nikmat bernafas, nikmat melihat, nikmat mendengar..nikmat kerja, dan bermacam2 lagi..nikmat yang paling Di bersyukur sangat dikurniakan "Farzana". Tak terhingga bersyukur atas pengalaman mengandungkan dan melahirkan dirinya..Allhamdulillah, bulan ni pun bulan kelahiran my lovely princess..insyaallah, dengan izin darinya Farzana akan masuk 3 tahun bulan ni..terasa cepat masa berlalu teringat tahun 2008 masa tu dok sarat mengandungkan dia kini dia dan pun nak masuk 3 tahun.

Segala pengalaman dan kenangan pahit manis membesarkan Farzana dari lahir hingga kini, merupakan kenangan yg sangat membahagiakan dan mengembirakan.Cukup untuk mematangkan dan menginsafi kelemahan diri..namun, Di selalu ingatkan diri perlu sentiasa tabah, kuat dan sabar dalam mendidik Farzana dan mengharungi segala dugaan dan ujian hidup ini..

Kepada my lovely princess, semoga sayang terus sihat, bijak, rajin dan menjadi anak yang solehah untuk umi..tabahkan dan sabarkan hatimu sayang dalam mengharungi ranjau dan kehidupan dunia yang fana ini..biar apa pun yang melanda dirimu..Walaupun ada ketika umi tak ada disampingmu..ingatlah Allah sentiasa bersamamu, Allah sentiasa memerhatikanmu, Allah sentiasa dekat padamu..Allah tak pernah menyusahkan bahkan menyenangkanmu..sentiasa ingat untuk merujuk kepada Allah dalam membuat sebarang keputusan dan tindakanmu agar setiap langkah dan tindakanmu memperolehi redha, rahmat, keberkatan dan kasih sayangnya dalam kehidupan ini.

Kepada rakan yang baru dapat berita gembira..selamat menjalani permulaan hidup sebagai ibu, semoga segalanya berjalan lancar dan selamat hingga kelahiran buah hati tercinta.

Bila dok cerita pasal anak ni teringat to my lovely mum, thanks a lot's for everything, terima kasih melahirkan, menjaga dan membesarkan along selama ini, jasa mak akan along kenang sehingga ke akhir hayat ini. Doa along akan sentiasa mekar buat dirimu sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas segala kasih sayang dan perhatianmu buat diri ini..terima kasih Ya Allah atas segala nikmatmu..

Sedikit pesanan buat teman2 yang masih belum direzekikan cahaya mata. Semoga sabar dan tabah harungi ujian ini..Jadikan solat dhuha sebagai amalan bagi menambah rezeki kalian. Walauapapun, sentiasa bersyukur kerana nikmat Allah terlalu banyak buat kalian, andai bukan dari anak, pasti ada rezekinya dari arah yang lain..Sentiasa bersangka baik pada Allah, yakin dan percaya rezeki adalah darinya. Yang paling utama, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita, dulu, kini dan pasti selamanya..

Terima kasih Ya Allah..

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Sumber gambo: Adahunny

post signature

Sunday, April 3, 2011

Convocation My Lovely Sister a.k.a Acik



Sabtu lepas 1st time Di dan farzana menjejakkan kaki ke sabak bernam, kami bergerak dari sg buloh lepas asar dan allhamdulillah selamat sampai di sabak bernam dalam jam 7.30 malam..lepas makan malam terus ke rumah kawan mak untuk tumpang bermalam.

Keesokkan nya Di dan family terus ke Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam untuk menyaksikan convocation my sister, Uyun a.k.a Acik Farzana..farzana pun sempat beli bear dekat gerai jualan di sana..Selesai dalam area jam 1.00 petang kami terus bergerak semula ke sg buloh kemudian ke putrajaya..




Congratulations for my sister Nurul Farahiyah a.k.a Acik for your convocation..teruskan usaha dan tekad untuk sambung pelajaran ke peringkat Diploma..semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang dipilih, dalam kerjaya..dalam hidup di dunia dan akhirat..Kuatkan semangat dan azam dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup..jadikan pengalaman semalam sebagai escalator bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat..


Gambar kami sekeluarga yang sempat hadir

post signature