Friday, May 27, 2011

11 Kekayaan/ Kekuatan


Allhamdulillah, semalam Di sempat hadir wacana minda yang dibuat oleh kementerian..penceramah jemputan ialah Y.Bhg Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dengan tajuk Rumahku Syurgaku:Korban Kasih.

Tajuk macam menakutkan Korban Kasih, ustazah fokus bagaimana untuk elakkan kekurangan kasih sayang yang dialami oleh ibu bapa, suami isteri dan anak-anak..terutama dalam kesibukan kita mengejar kerjaya. Ustazah berikan 11 kekayaan/kekuatan yang perlu kita amalkan bagi mengelakkan korban kasih..iaitu:-

1. Kaya Iman

- Pilih bakal suami/ isteri yang beriman kepada Allah - Sentiasa jadikan keimanan kepada Allah sebagai asas dalam kehidupan dan berdoa sentiasa agar diberi ketetapan iman.

2. Kaya Amalan

- banyakkan berzikir kepada Allah amalkan Surah Al-Anbiyaa ayat 87 - banyakkan melakukan kebaikan seperti sedekah contoh: senyum , ianya juga merupakan petua awet muda kerana apabila kita tersenyum kita menggunakan 14 otot dimuka beranding masam muka mengguna 71 otot dimuka.

3. Kaya Ilmu

- belajar ilmu mendidik anak-anak. - untuk isteri / bakal isteri untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga. Apabila suami pulang dari kerja, jangan terus berleter atau meluahkan masalah. Mengikut kajian Usatazah Nor Bahyah, berikan masa sekurang-kuranya 40 minit untuk suami rehatkan badan, minda berikan segelas air kemudian selepas 40 minit barulah nyatakan apa yang ingin disampaikan. - sentiasa hargai ibu bapa ,pasangan atau anak -> beri pujian atau hadiah.

4. Kaya Akhlak/ Budi Bahasa

- sentiasa amanah dan jujur. -bercakap lemah lembut - jadikan akhlak Rasulullah S.A.W sebagai contoh dan idola.

5. Kaya Kasih Sayang

- belai ibu bapa, suami atau isteri dan anak-anak. - ucapkan dan tunjukkan kasih sayang kepada insan tersayang.

6. Kaya Kesabaran

- sentiasa kuatkan kesabaran menghadapi kerenah ibu bapa, suami atau isteri dan anak-anak kita. - Sabar itu adalah salah satu khazanah dari khazanah-khazanah syurga. - Amalan doa untuk melembut hati Surah Al-Hasyr ayat 21 . Tipukan pada ubun-ubun anak ketika sedang tidur . Untuk suami atau isteri, tiupkan pada leher pasangan sewaktu mereka dedang tidur atau ditiupkan dalam air minum suami/isteri.

7. Kaya Nasihat

- Sentiasa berusaha memberi teguran dan nasihat pada ahli keluarga. Kita perlu sentiasa berdoa dan berserah pada Allah S.W.T

8. Kaya Harta

- Kita hendaklah pastikan mencari rezeki yang halal untuk ahli keluarga kita. Dalam kesibukan kita bekerja dan mencari rezeki jangan lupa ibadah wajib kepada Allah.

9. Kaya Kesihatan

- Kita perlu menjaga kesihatan ibu/bapa, suami/isteri dan anak-anak. Sentiasa berbakti dgn berjumpa atau menjaga kedua ibu bapa kita.

10. Kaya Mujahadah

- Kita hendaklah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang anak, menjadi seorang pasangan, menjadi seorang ibu/bapa dan bekerja. - Sentiasa amalkan Surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud : " Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi ke jalan-jalan kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

11. Kaya Hati

- Kita perlu penuhi diri dengan sifat mahmudah dan buang sifat mazmumah yang ada dalam diri. Sentiasa jadi sifat pemaaf dan redha menghadapi ujian atau musibah yang berlaku.

Semoga kita dapat sama-sama amalkan untuk kebahagiaan kita di dunia dan akhirat. Anda buat anda dapat..



post signature

Wednesday, May 11, 2011

Sabar Itu Indah



Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah nokhtah segala tadbir.

Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar.

Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya Sabar itu Indah
Didikan terus dari Allah.

Ujian itu penebus dosa..
Meningkatkan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak..
penghias samudera!


Sumber tulisan oleh : Pahrol Muhamad Juoi dalam Solusi
Isu No.31 Sabar itu Indah

Blog Pahrol Muhamad Juoi : Genta Rasa

post signature

Sunday, May 8, 2011

Happy Mothers Day


Allhamdulillah..hari ni hari ibu..Di nak ambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada my lovely mak Siti Maimunah Fakeh dan my lovely ibu mertua Zainah binti Din, terima kasih Ya Allah mengurniakan aku dua ibu yang sangat baik dan penyayang. Mak, terima kasih dia atas segala kasih sayang, jasa,doa dan pengorbanan yang telah diberikan..

Di doakan semoga Allah kurniakan kedua-dua ibu tersayangku ini usia yang berkat, kesihatan yang baik, ketenangan , kesabaran yang tinggi, kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

Di jugak mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Yong, Kak Norul, Kak Nor, Kak Nine, Kak Shida, Tasya, kengkawan berlogger yang bergelar ibu..dan semua ibu-ibu diseluruh dunia..Semoga Allah kurniakan kita kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai ibu..semoga kita menjadi anak yang solehah kepada ibu tersayang, berjaya mendidik anak-anak kita menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat..


" SeLaMaT HaRi IbU "

post signature