Kisah Diana dengar di IKIM pagi ini, mengenai pemuda dan tukang urut. Satu hari pemuda pergi berjumpa tukang urut untuk mengurut kaki dan tangannya.
Semasa sesi mengurut tukang urut berkata:
" Anak, sejauh mana kamu bersyukur atas nikmat kurniaan kaki dan tanganmu yang diberi oleh Allah?"
Pada malam hari pemuda terjaga, dia melihat kakinya yang cantik dan tangan yang bergitu indah ciptaannya..dengan rasa penuh jujur dia mengucapkan terima kasih atas kurniaan kaki dan tangan kepada Allah..dengan bersyukur kita mengembalikan segalanya kepada Allah.
Inilah rahsia hidup tenang dan berjaya - sentiasa bersyukur dan hargai apa yang kita ada dgn sepenuh hati dan sejujurnya kepada Allah S.W.T.
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat pancaindera, anak, kerja, rumah, keluarga dan segala nikmat kurniaanmu kepada aku dan Farzana..terima kasih ya Allah..
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ َلأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Maksudnya: “Sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu, sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih”.(Surah Ibrahim, Ayat 7)
0 comments:
Post a Comment