Thursday, April 23, 2009

bolehkan si kecil tidur lewat?

emm..zana bila dah makin besar payah betul nak tido malam..jenuh kekadang nak pujuk dia tido, tapi dah start displinkan dia paling lewat dia tido pukul 10.00 malam nak tak nak kena angkut jugak masuk dalam bilik..sebab bila dia tahu dah masuk bilik tidur dan gelap makna nya saat tidur dah sampai..

aku ada dapat tips bagaimana nak menagajak si kecil tidur awal:-

  1. Pastikan si kecil tahu dengan jelas waktu untuk dia tidur
  2. Tegas apabila waktu tidur sudah tiba
  3. Jangan biarkan dia menonton tv setengah jam sebelum tidur
  4. Cipta suasana tenang seperti suasana bilik yang senyap dan gelap
  5. Biarkan si kecil tidur dengan sendiri drpd anda yang mendodoikannya
  6. Jangan berinya minuman berkafeina seperti kopi yang menyegarkan matanya
  7. Jadikan waktu tidurnya adalah rutin. Jangan ubahnya kecuali jika perlu
  8. Hargai setiap masa jika si kecil mengatakan mahu tidur

*** Meskipun waktu tidur boleh diganti pada waktu siang, namun kualiti tidur malam jauh lebih baik dr tidur siang***

0 comments:

Post a Comment