Friday, April 23, 2010

Homemade Sabun Menggunakan Minyak Masak Terpakai..

Hari ni pejabat aku buat hari bertemu pelanggan..aku sempat le join turun..nak tengok demontrasi membuat sabun..menggunakan minyak masak terpakai..ni amalan mesra alam sempena Hari Bumi Sedunia semalam..so, pada ibu,bapa..dan kengkawan semua boleh lah cuba..bagus idea ni..dari kita buang je minyak masak terpakai boleh gak recycle buat sabun..

Bahan-bahannya:-
1 liter minyak masak terpakai
120 grams caustic soda (sodium hydroxide)
400ml air
pewangi@ essential oils(untuk mewangikan sabun)

Cara-caranya:-
1. Tapis minyak masak untuk mengasingkan habuk2 dan masukkan ke dalam bekas plastik.
2. Sukat air dalam botol mineral.
3. Gaul caustic soda (sodium hydroxide) dengan air yang telah disukat tadi sehingga larut.
4. Biarkan caustic soda sejuk lebih kurang 15 minit. Boleh jugak diletak boiler bagi mempercepatkan proses penyejukan.
5. Tambahkan minyak masak tadi ke dalam caustic soda yang telah sejuk. Terus kacau sehingga sebati.
6. Masukkan pewangi atau essential oils.
7. Tuangkan campuran ke dalam bekas/acuan untuk membentuk sabun.

Tips berguna:-
1. Ketika mengendalikan caustic soda adalah digalakkan menggunakan mask dan glove untuk mengelakkan dari terkena kulit anda. Jika terkena caustic soda cepat2 basuh kawasan yang terkena dengan cuka.
2. Tambah 1 atau 2 sudu kecil gula kedalam larutan sebelum memasukkan pewangi atau essential oils untuk menambahkan buih.
3. Biarkan campuran sabun lebih kurang 3-4 minggu untuk terbentuk.



post signature

Wednesday, April 14, 2010

Holiday to Land Below the Wind..

Tajuk bukan main gempak..hehehe..akhirnya hari yang dinanti pun tiba..aku akan bercuti dengan zana, ayah dan mak mertua ku ke Sabah " Negeri Di Bawah Bayu"..kali ni pemergiaan aku sebagai bercuti la..tak masa 4 tahun yang dulu..pergi ke sabah untuk mencari rezeki..

Mungkin ni kali terakhir aku ke Sabah..stay kat umah sendiri..sebab lepas ni sementara tunggu surat posting myhubby akan dok menyewa dengan kawan aje..so, dapat le kami jimatkan sikit expenses sedia ada..camne le agaknya bawak farzana naik flight..last sekali naik flight masa bulan 8/2009..pasti jenuh mau jaga budak yang aktif tu..

So, aku keje half day today..flight ke Kota Kinabalu petang ni..Sabah..here I come..hehehe..


post signature

Tuesday, April 13, 2010

Si Manja & Susu


Kanak-kanak sangat memerlukan susu sejak mereka dilahirkan. Susu mengandungi nutrisi yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak. Setiap kanak-kanak disarankan mengambil dua cawan susu setiap hari..

macam mane dengan kawan-kawan ada masalah untuk beri anak minum susu..so far aku ok..sejak zana stop breastfeeding after 1 years old..dia minum susu formula..tak ada masalah sangat..even dah makan nasi dan minum minuman lain..pun tetap mintak susu..buat jugak la dalam kuantiti yang sedikit takut terlebih kenyang..

aku ada jumpa 5 cara utk galakkan anak minum susu:-

1. Semua orang dalam keluarga mesti minum susu..kalu ada yang tak minum payah skit le..hehhee..
2. Jangan paksa anak minum hanya susu putih, sebaliknya pelbagaikan perisa susu seperti dicampurkan dengan buah-buahan atau dibuat susu kocak.
3. Ketika memberi anak minum susu, beritahu mereka khasiatnya.
4. Jika anak tidak suka susu suam, berikan dia susu sejuk.
5. Beri anak susu bersama bijirin sarapan pagi..


ok..selamat mencuba..

Info dari Majalah Pa & Ma keluaran April 2010

post signature

Thursday, April 8, 2010

My Princess..kena ambik darah..

Ruam kat tepi mulut,leher dan dada zana...


Dengar tajuk je dah mengerikan..emm, selasa aritu lepas zana makan laksa yang dibeli oleh abahku..tetiba naik ruam di tepi mulut, leher dan dada dia..nampak sangat gatalnya abis farzana garu sampai merah dekat dada..then, lepas maghrib aku bawak farzana ke klinik..dr ade tau dia ade demam baru2 ni..so, dia suruh aku bawak farzana ambik darah malam tu jugak kat klinik putrajaya..

Pening kepala gak fikir, nak bawak malam2..dah le sebelum kuar zana lum makan malam lagi..macam2 bermain di fikiran ku..then, aku gamble je balik umah..then, mak suruh sapu bedak aiken kat ruam tu..kata mau alahan makan tu..

malam tu jenuh gak aku nak tido..entah pukul berapa baru mata terlena..sebab dok risau fikir macam2 ngan keadaan zana tu..risau jugak dah le aritu demam agak lame..lagi2 kawasan putrajaya sekarang agak panas dengan kes demam denggi..risau je..

then, pagi tu aku bawak le farzana ke klinik putrajaya ..sampai dalam area kul 8.00..org dah ramai..dapat nombor 2085..daftar kejap je..then, que pulak utk ambik darah..then, que pulak nak jumpa dr..aku mula2 plan nak masuk ofis lambat alih2 terpaksa tukar plan utk ambik EL aje sebab keluar klinik dah kul 1.00 petang..kepala aku pun agak berat2 gak maybe sebab malam tido tak cukup..so, balik umah rehat je..

Balutan bekas ambik darah...


hasil dari ujian darah, allhamdulillah zana tak ade ape2 pun..syukur rasanya..demam pun tak ade..tapi dr ade bagi spare ubat demam..dan ubat lotion utk sapu kat ruam tu..farzana bagus nurse ambik darah dia cool aje..tak nangis cuma bila dia nampak balutan bekas ambik darah tu je dia cakap " sakit..uwaaa.."..zana pun dok mengamuk2 jugak le sebab lame sangat kat klinik kan..itule kalu name klinik kerajaan memang slow servis..que je berjam2..tapi ambik darah jumpa dr kejap je tak sampai 10 minit pun..

ape2 pun..umi doakan anak umi sihat dan jauh dari segala penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan farzana..amin..

Gambar budak cool...



post signature

Tuesday, April 6, 2010

Tip Mudah Shopping dengan Anak


Tentu bukan mudah nak shopping dengan anak kan..cam aku sejak bulan 7 tahun lepas..memang jarang bershopping berdua dengan zana..pernah sekali..memang tak larat..sebab mau pegang barang dan handle zana lagi..kalu ada myhubby senang skit..so, aku shopping dengan zana bile myhubby balik bercuti atau keluar dengan parents..so, ni tips untuk kawan-kawan yang nak membeli belah dengan anak-anak:-

1. Pergi membeli belah pada awal pagi untuk mengelak kesesakan.. betul ni parking pun senang dapat kalu pi awal2..

2. Bawa senarai barangan yg ingin dibeli..paling bagus sebab dapat jimatkan masa dan duit..hehehe..dari beli yang merapu2..

3. Jangan pergi membeli belah ketika hampir waktu tidur anak..betul tu..karang anak mengamuk..tapi farzana memang senang kalu shopping dia mengantuk dia tido je tak heran pun kami bershopping..cuma tak larat sebab kena dukung dia le..

4. Bawa bekalan makanan yg ringkas dan mudah dikendalikan ketika keluar membeli belah..contoh air le..tu paling penting..tak pun..makan dulu baru shopping..kalu perut anak kita lapor..mesti dia meradang je..

5. Hadkan masa membeli-belah utk mengelakkan si manja buat perangai..

Sumber dari Majalah Pa & Ma Keluaran April 2010

post signature

Monday, April 5, 2010

Mendidik Si Manja Berdikari

Semua ibu bapa inginkan anaknya menjadi yang terbaik dalam kehidupan nya. Antara panduan bagi mendidik anak agar berdikari ialah:-

1. Turut Serta - dengan melakukan sendiri sesuatu perkara di depannya. anak belajar melalui contoh dan peniruan sehingga umur mereka melebihi 8 tahun...pernah cuba ajar farzana buang sampah dalam tong sampah..makan guna sudu..memang berjaya..hehehe..

2. Ulang dan ulang lagi - kanak-kanak perlu diberitahu sesuatu perkara secara berulang kali, terutama kanak-kanak kecil. Ia bertujuan utk melatih dan mengingatkan perbuatan positif yg perlu dilakukan oleh anak.

3. Jangan Menganggu - Untuk membantu anak mengekalkan penumpuannya ialah tanpa mengganggunya semasa dia memberikan perhatian pd sesuatu. Kita hanya boleh menganggunya apabila perhatian telah berpindah kepada benda lain. Berikan penghargaan dan pujian kepada anak kita kerana tumpuan yg diberikannya.

4. Beri Perhatian - beri perhatian kepada anak secara jelas dengan memandang kepadanya atau menghentikan kerja utk mendengar apa yang ingin diperkatanya..ni sangat kelakar sebab zana suka bebel2 dengan bahasa dia..kekadang layan jugak le walaupun satu bijik butir perkataan dia pun aku tak paham..

5. Beri Contoh Positif - Kanak-kanak yg masih kecil sukar utk memahami sesuatu arahan dengan jelas. Jadi setiap perbuatan positif yg ingin diberitahu kepadanya perlu disertakan dengan contoh...Contohnye, " Comelnya kucing ini, jom kita usap bulunya." Tunjukkan kpd anak anada bagaimana mengusap bulu kucing itu.



** Sumber dari Majalah Pa & Ma Keluaran April 2010.

post signature

Friday, April 2, 2010

Mutiara Kata

Hadith :
Dari Imran r.a katanya, saya bertanya:”Ya Rasulullah, apa dasar kerja orang yang bekerja?” Baginda menjawab;”Setiap orang dimudahkan mengerjakan apa yang dia telah diciptakan untuk itu.”

(al-Bukhari)


Huraian:

Manusia adalah makhluk yang bekerja. Bahkan manusia tidak akan mendapatkan suatu apa pun kecuali apa yang diusahakannya sendiri. Oleh itu tidaklah menghairankan jika kita juga sering mendengar bahawa masuk syurga atau neraka itu sangat ditentukan oleh amal atau perbuatan seseorang, pekerjaannya atau usahanya ketika di dunia. Aspek-aspek kerja dalam Islam sesungguhnya terkandung dalam bentuk yang sangat luas mencakupi seluruh kehidupan itu sendiri, ia bersifat fizikal, intelektual dan juga spiritual. Apa yang ditekankan oleh Islam ialah supaya kita bekerja atau berusaha untuk kebaikan dan dengan cara yang baik kerana orang yang beriman dan bekerja dengan baik, Allah S.W.T akan memberinya kehidupan yang baik. Sesungguhnya kerja dengan amal mempunyai terjemahan yang sama di dalam Islam meskipun masyarakat mengenalinya dari sudut yang berbeza. Amal seringkali diberi makna pada tindakan atau kerja kebajikan sedangkan kerja dikategorikan pada tindakan manusia yang menghasilkan upah atau gaji dalam bentuk wang mahupun material dan sebagainya yang bersifat ekonomi untuk menjaga kelangsungan hidup bagi diri sendiri atau orang-orang yang di bawah tanggungjawabnya. Dalam Islam, dasar kerja atau amal adalah niat yang akan membezakan sama ada sesuatu tindakan itu berupa kebajikan atau tidak dan Allah menegaskan bahawa adalah menjadi satu kewajiban kepada kita untuk melakukan yang terbaik dalam memikul amanah dan tanggungjawab kerana Allah tidak akan memberatkan seseorang dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya. Oleh sebab itu seseorang itu dikurniakan Allah kelebihan yang tersendiri dan untuk itu dia akan dimudahkan mengerjakan apa yang dia telah mahir (tahu) tentang sesuatu.



post signature