Semua ibu bapa inginkan anaknya menjadi yang terbaik dalam kehidupan nya. Antara panduan bagi mendidik anak agar berdikari ialah:-
1. Turut Serta - dengan melakukan sendiri sesuatu perkara di depannya. anak belajar melalui contoh dan peniruan sehingga umur mereka melebihi 8 tahun...pernah cuba ajar farzana buang sampah dalam tong sampah..makan guna sudu..memang berjaya..hehehe..
2. Ulang dan ulang lagi - kanak-kanak perlu diberitahu sesuatu perkara secara berulang kali, terutama kanak-kanak kecil. Ia bertujuan utk melatih dan mengingatkan perbuatan positif yg perlu dilakukan oleh anak.
3. Jangan Menganggu - Untuk membantu anak mengekalkan penumpuannya ialah tanpa mengganggunya semasa dia memberikan perhatian pd sesuatu. Kita hanya boleh menganggunya apabila perhatian telah berpindah kepada benda lain. Berikan penghargaan dan pujian kepada anak kita kerana tumpuan yg diberikannya.
4. Beri Perhatian - beri perhatian kepada anak secara jelas dengan memandang kepadanya atau menghentikan kerja utk mendengar apa yang ingin diperkatanya..ni sangat kelakar sebab zana suka bebel2 dengan bahasa dia..kekadang layan jugak le walaupun satu bijik butir perkataan dia pun aku tak paham..
5. Beri Contoh Positif - Kanak-kanak yg masih kecil sukar utk memahami sesuatu arahan dengan jelas. Jadi setiap perbuatan positif yg ingin diberitahu kepadanya perlu disertakan dengan contoh...Contohnye, " Comelnya kucing ini, jom kita usap bulunya." Tunjukkan kpd anak anada bagaimana mengusap bulu kucing itu.
** Sumber dari Majalah Pa & Ma Keluaran April 2010.
Monday, April 5, 2010
Mendidik Si Manja Berdikari
Posted by Nordiana Nordin at 2:23 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment