Friday, April 23, 2010

Homemade Sabun Menggunakan Minyak Masak Terpakai..

Hari ni pejabat aku buat hari bertemu pelanggan..aku sempat le join turun..nak tengok demontrasi membuat sabun..menggunakan minyak masak terpakai..ni amalan mesra alam sempena Hari Bumi Sedunia semalam..so, pada ibu,bapa..dan kengkawan semua boleh lah cuba..bagus idea ni..dari kita buang je minyak masak terpakai boleh gak recycle buat sabun..

Bahan-bahannya:-
1 liter minyak masak terpakai
120 grams caustic soda (sodium hydroxide)
400ml air
pewangi@ essential oils(untuk mewangikan sabun)

Cara-caranya:-
1. Tapis minyak masak untuk mengasingkan habuk2 dan masukkan ke dalam bekas plastik.
2. Sukat air dalam botol mineral.
3. Gaul caustic soda (sodium hydroxide) dengan air yang telah disukat tadi sehingga larut.
4. Biarkan caustic soda sejuk lebih kurang 15 minit. Boleh jugak diletak boiler bagi mempercepatkan proses penyejukan.
5. Tambahkan minyak masak tadi ke dalam caustic soda yang telah sejuk. Terus kacau sehingga sebati.
6. Masukkan pewangi atau essential oils.
7. Tuangkan campuran ke dalam bekas/acuan untuk membentuk sabun.

Tips berguna:-
1. Ketika mengendalikan caustic soda adalah digalakkan menggunakan mask dan glove untuk mengelakkan dari terkena kulit anda. Jika terkena caustic soda cepat2 basuh kawasan yang terkena dengan cuka.
2. Tambah 1 atau 2 sudu kecil gula kedalam larutan sebelum memasukkan pewangi atau essential oils untuk menambahkan buih.
3. Biarkan campuran sabun lebih kurang 3-4 minggu untuk terbentuk.



post signature

4 comments:

Unknown said... ~~ Balas Komen ini ~~

lamanya proses buat sabun..3-4 minggu?
kalo g beli kt guardian, sekejap je dh siap kan hihihihiih

Nizaa said... ~~ Balas Komen ini ~~

diana,

teamix 100g - RM160
teamix 50g - RM110

harga termasuk post..

p.s: sorry cari email tak jumpa...hehe

sharhanah said... ~~ Balas Komen ini ~~

Mak aiii.. susah gak yer buat sabun, nak dekat sebulan jugak lah... so, hargailah sabun anda :))

Romlah said... ~~ Balas Komen ini ~~

memang susah buat sabun,tapi daripada buang minyak terpakai,bagus jadikan nya sabun.seronok ye kalau buat sabun sendiri...terima kasih kerana berkongsi ilmu

Post a Comment