Itula, dialog famous bagi farzana setiap kali tiba hari sabtu dan ahad. Asal bangun sahaja dari tido dia akan keluarkan ayat tu " Mi,Nak Jalan" pastu terus sibuk pilih baju jalan dan pakai sendiri..Nampanya bagi farzana hari sabtu dan ahad adalah hari berjalan-jalan..
Pastu kalau nak pergi mana-mana tak boleh cakap awal2 kat dia..nanti dia dah mula kalut dan kelam kabut.kelakar sangat, nampak sangat anak umi ni dah makin paham apa yang orang cakap..
Sabtu lepas aku dan zana jalan dengan mak dan ayah aku..ke Jusco Cheras Selatan tujuan utama nenek nak belikan hadiah untuk cucunya..kelakar betul,macam-macam mainan farzana pilih seperti mainan mekap, anak patung, piano..semua kena reject akhirnya kami belikan dia mainan doktor2..sib baik dia ok..
Hadiah yang Zana dapat..
Sempat jugak le farzana pau umi dengan naik taxi mainan dan main game mengutip dorayaki doraemon..dia nak naik kuda pusing tapi aku tak bagi sebab dah lambat..meragam gak la dia..
Zana naik taxi dan main kutip dorayaki..
Seronok tengok zana jalan sambil berpimpin tangan nenek dan atuk..hehehe..aku jalan sorang2 aje..bagi peluang pada atuk dan nenek dia..kami makan dan dalam area jam 2.00 lebih balik ke rumah..
2 comments:
budak2 ni mmg cepat je kalau kita cakap nk g jalan kan?
sama gak mcm hadif. kalau cakapp nk jalan, terus g tunggu depan pintu..cuma tak pandai cakap macam zana lagi la
@lydzarbetul tu lydzar..diaorg seronok dapat jalan yelah hari keje dok nursery kan so, time cuti memang nak jalan la kejenya..nanti kalu dah pandai cakap mesti hadif cakap cam zana gak..ehehehe..
Post a Comment