Mengucapkan maaf adalah satu perlakuan yang baik dan amat dituntut. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun sentiasa memaafkan umatnya lagikan kita yang lemah dan tak pernah lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan ini..Nak bagi tips pada kawan-kawan untuk ajar anak cara ucap kata maaf
5 Cara ajar anak ucap kata "Maaf"
1.TUNJUKKAN CONTOH
Biasanya anak akan melakukan peniruan terhadap orang yg hampir dengannya termasuk ibu bapa atau pengasuhnya. Jadi inilah masa utk menunjukkan contoh situasi anda mengucapkan maaf. Contohnya, tunjukkan kpdnya bagaimana seharusnya kata maaf diucapkan.
2. TUNJUKKAN PENYESALAN DGN BAHASA TUBUH
Pergerakan tubuh juga memainkan peranan utk mengucapkan kata-kata maaf. Gunakan bahasa tubuh anda pd ketika mengungkapkan permintaan maaf. Anda boleh melakukan menggunakan gerakan mata ketika mengucapkan kata maaf, menggenggam tangannya dan memeluknya.
3.DORONG ANAK BERTANGGUNGJAWAB
Selain mengucapkan kata maaf, ajarkan pula anak anda utk bertanggungjawab atas kesalahan yg dilakukannya. Misalkan, ketika dia menolak teman sebayanya hingga terjatuh. Setelah si kecil mengucapkan kata maaf, ajak dia untuk membantu temannya berdiri atau memberikan penampal luka.
4.BERIKAN PUJIAN
Tidak ada salahnya memberikan pujian setelah anak anda mengucapkan kata maaf setiap kali dia melakukan kesalah. Hal ini sebagai penguat bahawa yg dilakukannya adalah betul dan perlu diulanginya lagi jika berlaku perkara yang sama.
5.MENYEDARI KESILAPAN
Anda harus mengajarkan si kecil bila waktu sesuai untuk mengucapkan kata-kata maaf. Contohnya setelah dia menyusahkan orang lain, mencederakan rakannya, mungkir janji, memecahkan pasu atau melakukan perkara-perkara yg dilarang. Dgn cara ini, membantu dia memahami bahawa bukan semata-mata minta maaf tanpe mengerti alasannya.
Sumber Artikel: Majalah Mingguan Wanita Keluaran 17-23 Disember 2010
Sumber Gambar:eyamujahidah
Thursday, January 27, 2011
Sukarkah Mengucapkan Maaf..
Posted by Nordiana Nordin at 4:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tak pernah lokek dgn perkataan yg satu ni, tp sesekali ada orang yang mmg sukar menerima maaf..tak tau la kenapa..
@lydzarbetul tu lydzar, ada orang yang terlalu sukar melafazkan maaf..tak apa yang penting kita mesti rendahkan diri dan selalu meminta maaf..
Post a Comment