Allhamdulillah, kita dah pun melangkah ke tahun baru 2011..semoga kehadiran tahun baru 2011 membawa seribu rahmat, keberkatan dan kasih sayang buat kengkawan dan kita semua..tekadkan azam dan semangat untuk terus melayari kehidupan dunia yang fana ini..demi meraih kasih sayang, cinta dan redha Allah yang kekal abadi..
Saya tinggalkan tahun 2010 dengan seribu satu kenangan pahit dan manis..Macam-macam perkara dan hal-hal yang tak diingini telah berlaku pada saya dan menganggap itu sebagai dugaan dan cabaran hidup daripada Allah S.W.T. Apa yang saya tahu, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286. Saya berdoa "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahumma ajurni fi musibati, wakhluf li khairan minha." (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya).
Buat keluarga ku..doa dan harapan buat kalian..untuk mak dan abah semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah S.W.T...
Buat angah..tengah darah manis bertunang..semoga perancangan untuk mendirikan rumahtangga berjalan lancar dan mendapat restu dan keberkatan dari Allah S.W.T...
Kepada aishah..semoga selamat bersalin, melahirkan anak sedara kedua kami yang sihat dan comel..selamat berpantang dan selamat menjalani kehidupan sebagai bakal ibu dengan lebih sabar dan tabah..
Untuk uyun..selamat melangkah ke alam pekerjaan..semoga mendapat kerja yang berkaitan dengan bidang dan terus sukses dalam kerjaya dan hidup..caiyok2..semoga dapat mencapai berat yang diinginkan..hehehe..
Buat arif..selamat melangkah ke sekolah menengah..semoga menjadi anak yang soleh dan remaja yang sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah..
Buat my lovely princess..semoga sayang diberi kesihatan yang baik,semakin bijak dan rajin belajar,menjadi anak yang solehah dan terus tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan hidup ini..umi, akan sentiasa ada dan berada disamping sayang dalam mengharungi kehidupan di dunia yang fana ini..
Buat rakan-rakan blog, terima kasih atas sokongan yang diberikan, semoga kawan-kawan mendapat rahmat, keberkatan dan kebahagiaan dalam mengharungi tahun ini..
Sumber gambar: New Year
Saturday, January 1, 2011
Selamat Tahun Baru 2011
Posted by Nordiana Nordin at 3:26 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment