dan Y.Bhg Dato' Engku Ansaruddin Agus
Kengkawan pernah pergi seminar ni? Di, allhamdulillah diberi kesempatan olehNYA untuk menghadiri seminar tersebut yang dibuat oleh MAP Training & Consultancy yang dibuat oleh Pengarah Urusan siapa lagi kalu bukan Y.M Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.
Satu seminar yang sangat bagus..Di galakkan rakan-rakan blogger yang bergelar ibubapa utk hadiri seminar tersebut. Sedar tak kita tak pernah diajar ilmu keibubapaan biasanya kita berlajar melalui pengalaman sendiri atau tanya pada orang yang lebih tua..hakikatnya ilmu keibubapaan ini sangat penting supaya kita tidak digelar ibubapa derhaka..yakni salah mendidik dan mentarbiahkan anak- anak kita..Dalam seminar ini ada juga dimasukkan slot untuk rawatan Islam, modul yang sangat bagus kerana walaupun kita di zaman moden kekadang faktor gangguan juga menjadikan punca kenapa anak kita menjadi malas dan nakal. Kami diberi buku manzil dan dapat membeli buku Perangi Sihir.
Sedikit ilmu penting yang Di nak kongsi dengan rakan-rakan blogger hasil dari seminar tersebut ialah mengenai Hukum Minda. Sebagai ibubapa kita perlu tahu mengenai hukum minda kerana ianya sangat penting dalam proses kita mendidik, menegur atau mentarbiah anak-anak.Sedarkah kita sebenarnya kita telah menggunakan hukum minda yang salah?
Ada 4 Hukum Minda:-
1. Apa yang tergambar itu yang terhasil.
- Dalam kita menegur atau mendidik anak, kita mesti menggunakan gambaran yang positif..contoh cakap anak kita rajin belajar, bijak, mendengar cakap..
- Minda anak kita akan menggambarkan apa yang kita sebutkan kepada mereka , oleh itu hasilnya akan memberi motivasi kepada anak utk melakukannya.
2. Otak tak paham perkara negatif.
- Kesalahan yang biasa ibubapa lakukan ialah menyebut perkataan "jangan" dalam arahan mereka pada anak-anak.Contoh: adik, jangan tumpahkan air.Otak anak tidak mengambil perkataan "jangan" tetapi mengambil ayat yang hujung "tumpahkan air" hasilnya anak kita anak menumpahkan air yang dipegang/minum.
- Cara yang terbaik utk menegur anak contohnya: adik, pegang cawan elok-elok ya/ adik minum elok-elok ya.
3. Otak akan melengkapkan apa yang tidak lengkap.
-Contoh kita beri arahan pada anak : adik, pergi baca buku..anak kita pun naik baca buku, maybe dia baca buku komik, buku cerita atau buku yang tidak berkaitan.
-Jadi supaya anak lebih jelas dan dapat buat seperti apa yang kita inginkan, kita kena beri arahan yang lengkap seperti : Adik, pergi baca buku sains muka surat 20 tajuk Tumbuh-tumbuhan.
-Setiap ayat atau arahan yang nak kita berikan perlulah lengkap bagi mencapai maksud yang sebenar.
4. Otak suka mencari sesuatu yang tidak betul.
- Masa kursus ni Dr tunjukkan kami duit brunei kemudian dia suruh kami cari apa yang salah pada duit tu..macam2 jawapan yang diberikan, sedangkan hakikatnya mereka tak pernah tengok duit brunei. Itu adalah salah satu bukti bahawa otak suka mencari perkara yg tidak betul.
- Sebagai ibu bapa jika anak buat satu kesalahan kita fokus pada penyelesaian bukan pada masalah yang berlaku.
Contoh tulisan anak kena marah dengan cikgu, kebanyakkan ibubapa akan terus cakap "adik kena marah mesti adik buat bising kan? kacau kawan kan?" tanpa dengan dgn jelas penjelasan dari anak.
Sepatutnya ini yang dilakukan:-
1. Kita tanya kenapa cikgu marah anak. Contohnya : anak cakap dia tidur dalam kelas.
2. Kita boleh nasihatkan anak "adik kena tidur awal sebelum pukul 10, jadi adik akan cukup tidur dan segar."
- Anak adalah manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan, sebagai ibubapa kita perlulah bertindak sebagai penasihat yang sentiasa memberi panduan, bimbingan dan tunjuk ajar agar anak tidak mengulangi kesilapan yang sama.
** Satu kata-kata Dr Asmadi dalam program permata hati di IKIM Rabu lepas ialah "Ibubapa memang perlu sentiasa mengulangi atau mengingatkan anak akan segala perlakuan baik yang dia perlu lakukan, itu memang tanggungjawab kita sebagai ibubapa."
Kepada kengkawna yang berminat utk hantar anak ke MAP atau berminat utk hadiri Seminar Keibubapaan boleh rujuk laman MAP untuk dapatkan maklumat : MAP
Bagi yang bercadang utk mendapatkan perawatan Islam boleh hubungi : Pak Engku Yashifien
Dua ibu yang Di kenal masa program ni: Husna dan Kak Radziah
1 comments:
eh ada gambar saya la puan :)
Post a Comment