Tuesday, April 3, 2012

Berkat Pemurah..

Diana kongsikan kisah dari motivasi pagi ini tentang sikap pemurah..

Pada satu hari, seorang kontraktor sedang bermusafir dia berehat di sebuah surau kecil setelah menunaikan solat. Kemudian dia ternampak sekumpulan kanak-kanak sedang belajar mengaji, pakaian mereka agak lusuh. Setelah itu, dia nampak kanak-kanak itu pergi ke gerai berdekatan untuk makan tengahari.Kontraktor itu menyuruh kanak-kanak ambil sahaja makanan yang mereka inginkan dia akan bayar bilnya. Kemudian kontraktor pun membayar harga makanan kanak-kanak itu sebanyak RM 23.27. Masa terus berlalu, kontraktor pun dah lupa mengenai perkara itu. Dengan izin Allah, kontraktor telah berjaya mendapat projek bernilai RM 233,000.00.

Kisah kedua yg berlaku padanya begini. Kontraktor sentiasa membuat tabungan modal pusingan dalam bank.Kini sudah hampir RM19.000 modal simpanannya untuk kegunaan kecemasan. Pada satu hari, pihak surau datang ke rumahnya untuk meminta bantuan bagi menyiapkan pengubahsuaian surau agar dapat diguna pada bulan ramadhan yg bakal tiba. Jumlah yang diperlukan adalah RM19.000. Kontraktor telah bertekad mengeluarkan duit modal simpanannya untuk diberikan pada surau. Masa terus berlalu semenjak peristiwa itu. Setelah hampir menjelang 2 bulan kemudian kontraktor telah berjaya mendapat tender bernilai 19 juta. Mengalir air matanya ketika mendapat nikmat tersebut, tak terhitung rasa syukur dipanjatkan kepada Allah. S.W.T

Inilah sedikit kisah mengenai berkat menjadi seorang pemurah. Pemurah menjadikan kita dekat dengan Allah dan mendapat ketenangan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Ayuh, rakan-rakan kita mujahadah diri agar sikap pemurah menjadi tujuan hidup di sini. Allah akan ganti atas apa yang kita berikan, insya Allah..

Macam ayat yang biasa diana dengar dapat slot ustaz pahrol. Orang kaya yang bersyukur adalah lebih baik daripada orang miskin yang sabar kerana orang kaya yang bersyukur kekayaannya dapat dikongsi bersama orang lain dengan cara mereka bersedekah.

post signature

0 comments:

Post a Comment