Friday, April 20, 2012

Stress Hal Dunia atau Akhirat?


Ada yang berpendapat,manusia hidup bertujuan utk menyelesaikan pelbagai masalah.bangun shj pagi-pagi, sibuk memikirkan apa yg dimakan hari ini,berapa banyak rezeki yg akan diperoleh,krisis dgn manusia dan sbgnya.ini semua punca stress.

Hairan,manusia hakikatnya tidak sedar bahawa mereka sebenarnya lebih kerap stress kerana risaukan urusan dunia,bukan kerana risaukan urusan akhirat.bukan begitu? Jarang yg berasa tertekan kerana belum lagi solat ataupun tertinggal solat.jarang yg risau andai sehari yg berlalu dlm hidupnya tidak diisi dgn amalan soleh yg boleh menyelamatkannya drpd azab akhirat.

Lihat Nabi Adam a.s, saat diarahkan keluar dr syurga dan diturunkan ke dunia,tangis Nabi Adam a.s berpanjangan.Baginda merintih dan merayu dlm doanya.Nabi Adam a.s tertekan krn kesal dgn dosanya.

Lihat pula kpd rasulullah,baginda pernah tidak dapat tidur malam krn tidak bersedekah dlm satu hari.Tetapi manusia lain sebaliknya,tertekan dan tidak dapat tidur mlm memikirkan wangnya akan berkurangan kerana bersedekah.

Kita bagaimana?Jika memilih utk rasa stres,pilihlah stres krn akhirat berbanding stres risaukan urusan dunia.
  
Sumber : Solusi.keluaran no.39


post signature

0 comments:

Post a Comment