Monday, February 28, 2011

Ujian - Tanda Kasih Sayang Allah S.W.T


Kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)(Surah At-Talaaq 65:Ayat2-3)



Such is the admonition given to him who believes in Allah and the Last Day. And for those who fear Allah, He (ever) prepares a way out, And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if any one puts his trust in Allah, sufficient is ((Allah)) for him. For Allah will surely accomplish his purpose: verily, for all things has Allah appointed a due proportion.(Surah At-Talaaq 65:Ayat2-3)


Farzana,
Ingatlah sayang hidup kita satu perjuangan..
Perjuangan menunaikan hak Allah,
Perjuangan menunaikan hak diri sendiri,
Perjuangan menunaikan hak orang lain,
Perjuang memperbaiki diri dan melawan nafsu dalam menjalankan perintah Allah..
Jadikanlah Al-Quran dan As-sunnah sumber rujukanmu insyaallah, dirimukan terus tabah dalam mengharungi kehidupan di dunia yang fana ini..

Ingatlah nak Allah yang berhak disembah..didiklah hati ini mencintainya dengan sepenuh jiwa dan raga..
Solat, ibadah, hidup dan mati hanya untuknya..

Farzana, kalau umi tak ada, Allah selalu ada.. Adukan segala kesedihan dan kesulitan pada Dia. Panjatkan pujian pada Dia atas segala nikmat kurniaanya..pasti hatimu menjadi tenang dan damai..

Bagi umi pula, kalau Farzana tak ada bersama,..umi jangan sedih bimbang ya..Cukuplah Allah sebagai penolong dan Allah adalah sebaik-baik pelindung..



Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja’ (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada ‘musabbabil asbab’ (Penyebab segala sebab) – wajah MU ya Allah.


post signature

Tuesday, February 22, 2011



Saat ini..aku di sini..dilanda ujian olehmu lagi..aritu farzana..kita aku pula..dengan kerja di ofis yang cukup berlambak hari ni sebutharga akan ditutup maka lepas ni bertambah bertimbun la kerja aku di ofis..namun aku sedar ujian itu tanda kasih sayang Allah padaku..bagi menguji tahap keimanan ku..walaupun pahit dah perit aku perlu tabah dan redha dengan semua ini..

"Inna lillahi wa inna ilahi raji'un (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadanyalah kami kembali).."Ya Allah,berilah aku ganjaran dari musibah yang menimpaku, dan gantikan bagiku sesuatu yang lebih baik darinya"..


Bait lagu dari Mestica - Rahmat Ujian untuk pemangkin dan penguat semangatku dan rakan-rakan yang turut diuji oleh Allah..semoga Allah sentiasa bersama kita dan memberi kita petunjuk akan jalan keluar atas musibah yang melanda kita..


Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


post signature

Zana Sakit Mata..

Gambar Zana Sakit Mata....



Selasa 8hb lepas balik nursery mata zana merah teruk terus le bawak diapi klinik Lita Alis..so, doktor mengesahkan zana kena sakit mata..uwaa,Di yang risau yelah keje sekarang memang tengah kejar macam2..tapi kena jugak cuti sebab zana memang tak boleh pergi nursery kang berjangkit pulak..sampai ahad mata zana masih tak ok..

Ahad aku bawak zana review balik ke klini aritu..then, Dr bagi surat utk bawak zana pi hospital dah ade selaput kat kelopak mata dia..dr pesan kena cuci gak selaput tu hari ni..if tak sakit mata makin lame..disebabkan unit kecemasan kat hospital putrajaya ramai org..last2 kami decide utk bawak zana ke KPJ Kajang sebab situ ade cover by Prudential..terus le mata zana kena cuti..siapkena balut tangan dia.abis meraung2 nangis bila mata dia kena cuti..sian anak umi..kemudian dr bagi appoinment on Monday utk jumpa pakar mata..

Sementara tunggu masa surgery....


Isnin, pergi la jumpa pakar mata..dr pakar suggest buat minor surgery..kat kelopak mata dia utk buang selaput tu on Wednesday..so, rabu tu zana kena posa since 8.00 a.m dan masuk wad lebih kurang kul 11.00 after proses itu ini selesai..actually mula2, dr plan nak buat kul 2.00 petang tapi nasib baikdr cepatkan..kalu tak haru jugak sebab zana dah mula merengek2 nak susu..lapar sian dia..

Dalam kul 12.00 zana pun didukung olehku untk masuk ke bilik pembedahan..mula2 dia macam ok tapi bilatengok ramai sangat orang mula la nak nangis..lepas bagi dia sedut gas bius utk tido kan dia..kau cium dia dan kena keluar..tak lame dapat 20 minit kemudian diaorg panggil aku masuk cakap zana dah sedar.,.dia tengah nangis..allhamdulillah selesai dengan baik dan lancar,terima kasih ya Allah

khamis zana dah pergi semula ke sekolah..allhamdulillah jumaat dah semakin pulih mata dia..sabtu pergi review dengan pakar balik..allhamdulillah tak ade selaput lagi dan dr sahkan dia bebetul sembuh..

Gambar Lepas minor surgery..allhamdulillah,dah selesai..



So, pas ni kena jaga zana elok2..fobia betul Di bila zana sakit mata dah le jenuh nak titik ubat mata..saat yang paling tak suka..oleh Di dan zana sendiri..actually masa aku keje rabu 9hb aritu ade jumpa kawan yang hantar anak kat nursery zana diaada bagitau ade budak kat nursery zana kena sakit mata sabtu aritu..emm,so dah tau le mane zana dapat penyakit tu..emm,tak apa la ujian Allah untuk aku dan farzana..semoga ada hikmah di sebaliknya..aminn..

post signature

Thursday, January 27, 2011

Sukarkah Mengucapkan Maaf..


Mengucapkan maaf adalah satu perlakuan yang baik dan amat dituntut. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun sentiasa memaafkan umatnya lagikan kita yang lemah dan tak pernah lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan ini..Nak bagi tips pada kawan-kawan untuk ajar anak cara ucap kata maaf

5 Cara ajar anak ucap kata "Maaf"

1.TUNJUKKAN CONTOH
Biasanya anak akan melakukan peniruan terhadap orang yg hampir dengannya termasuk ibu bapa atau pengasuhnya. Jadi inilah masa utk menunjukkan contoh situasi anda mengucapkan maaf. Contohnya, tunjukkan kpdnya bagaimana seharusnya kata maaf diucapkan.

2. TUNJUKKAN PENYESALAN DGN BAHASA TUBUH
Pergerakan tubuh juga memainkan peranan utk mengucapkan kata-kata maaf. Gunakan bahasa tubuh anda pd ketika mengungkapkan permintaan maaf. Anda boleh melakukan menggunakan gerakan mata ketika mengucapkan kata maaf, menggenggam tangannya dan memeluknya.

3.DORONG ANAK BERTANGGUNGJAWAB
Selain mengucapkan kata maaf, ajarkan pula anak anda utk bertanggungjawab atas kesalahan yg dilakukannya. Misalkan, ketika dia menolak teman sebayanya hingga terjatuh. Setelah si kecil mengucapkan kata maaf, ajak dia untuk membantu temannya berdiri atau memberikan penampal luka.

4.BERIKAN PUJIAN
Tidak ada salahnya memberikan pujian setelah anak anda mengucapkan kata maaf setiap kali dia melakukan kesalah. Hal ini sebagai penguat bahawa yg dilakukannya adalah betul dan perlu diulanginya lagi jika berlaku perkara yang sama.

5.MENYEDARI KESILAPAN
Anda harus mengajarkan si kecil bila waktu sesuai untuk mengucapkan kata-kata maaf. Contohnya setelah dia menyusahkan orang lain, mencederakan rakannya, mungkir janji, memecahkan pasu atau melakukan perkara-perkara yg dilarang. Dgn cara ini, membantu dia memahami bahawa bukan semata-mata minta maaf tanpe mengerti alasannya.

Sumber Artikel: Majalah Mingguan Wanita Keluaran 17-23 Disember 2010
Sumber Gambar:eyamujahidah

post signature

Tuesday, January 25, 2011

Mestica - Rahmat Ujian

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Sumber: Lirik Nasyid

post signature

Monday, January 17, 2011

Kanak-kanak dan Taman Permainan..



Kanak-kanak pasti tak dapat dipisahkan dengan taman permainan..farzana pun macam tu.Kekadang kalu jalan-jalan nampak taman mesti dia nak main.balik sekolah pun ajak pergi taman permainan. Tapi biasa hari kerja tak dapat la bawak dia pergi taman sebab balik pun dah petang nak masak lagi kelam kabut jadinya.

Paling seronok kat Putrajaya hampir setiap kawasan pasti ada taman permainan.Macam area rumah kami ada 3 taman permainan yang berdekatan dan yang paling bagus taman permainan ini turut dilengkapi dengan fitness equipment..so, maybe ibu bapa boleh bawak anak bermain di taman sambil mereka pun bersenam menggunakan fitness equipment tersebut..kalu nak yang paling best boleh berjogging di kelab tasik presint 8 dan presint 9..equipment kat situ lebih banyak dan lebih mencabar la..



Dan yang paling bagus bila bawak anak ke taman boleh menggalakkan mereka berkawan..farzana semalam bukan main seronok dia main dengan akak yang ada kat situ..siap cakap " umi, nak main dengan akak" pastu dia pun join budak-budak tu main.cuma risau dia terikut-ikut budak-budak tu main...yelah dia baru 2 tahun lebih nak berkawan dengan budak dah sekolah tentu la risau..apa-apa pun farzana memang suka pergi taman permainan sampai kekadang payah nak ajak balik..


Korang selalu pergi atau suka pergi taman permainan?


post signature

Saturday, January 15, 2011

Selamat Hari Lahir Adik Bongsuku..

Besday boy Mohd Arif Amsyar....



Selamat hari lahir buat adik bongsuku a.k.a Ucu bagi farzana..allhamdulillah, diberi pertambahan usia oleh Allah kepada adikku, semoga dimurahkan rezeki..terus berjaya dalam pelajaran didunia dan akhirat..terus tabah dan cekal dalam mengharungi cabaran dan dugaan di masa hadapan dan menjadi anak yang soleh buat mak dah abah..



Malam, kami celebrate besday Arif..siap ade special sponsor cupcakes dan aku sponsor pizza..farzana bila nampak sahaja cupcakes terus teruja nak makan..tak sabar-sabar dia nak makan..decoration pada cupcakes tu yang buat dia tertarik dan tak sabar untuk makan..




post signature

Friday, January 14, 2011

Hikmah dari Musibah..



Sahabatku, demi Allah tidak akan satu musibah pun yang kekal dalam hidup ini
Bagaimanapun beratnya
Jika suatu ketika ia menimpa
Janganlah sahabat merasa tak berdaya kerananya
Jangan pula banyak mengeluh
Kerana ia pasti akan lenyap
Betapa banyak orang terhormat yang dirinya sering tertimpa musibah
Namun ia tabah sampai musibah itu lenyap dan meninggalkannya
Dan saat kesabaranku muncul dalam musibah maka musibah terasa ringan..

Hati terasa sedih saat menanggung derita
Namun terkadang kesengsaraan bagiku ada hikmahnya
Begitu banyak hari
yang diawali dengan kesusahan dan kesedihan
Namun berakhir
dengan kesenangan dan kegembiraan
Usah merasa berat dengan kesusahan yang menimpamu
Kerana yakinlah..
Akan ada jalan keluar di sebalik kesusahan dan kesulitan.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya." (Surah At-Taghabun: 11)


sumber gambar: Opera


post signature