Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan


Assalamualaikum..

Di ingin memohon seribu ampun dan maaf andaia ada terkasar, terguris dan tersinggung bicara dan tingkahlaku sepanjang berblongger ini..Salam Ramadhan buat rakan blogger sekalian, semoga Allah kurniakan kita kekuatan dan kesabaran dalam menjalani ibadah puasa tahun ini.

Semoga ramadhan kita tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas dan kita dikurniakan rahmat dan kasih sayang dariNYA..insyaallah..

MARHABAN YA RAMADHAN..

post signature

Sunday, July 17, 2011

Farzana & Mandi Kolam..




Lama tak cerita pasal my lovely princess, Nur Farzana. Farzana sangat suka mandi kolam..lagi-lagi cuaca panas ni. Dan allhamdulillah, kami pun dah stay kat kuarters teres so dapat la beli kolam kecil dan mandi bila2 masa dia nak.


Sebelum ni D biasa bawak dia mandi kat kolam kompleks kejiranan presint 9 agak open, actually agak risiko sikit mandi tempat2 awam begitu..sebab pernah jadi kes ada kanak-kanak yang kena penyakit tangan, kaki dan mulut masa pergi mandi manda di tempat awam.


Masa mula2 beli kolam zana memang teruja, kebetulan afiqah sepupu dia yang baru 4 bulan datang rumah..dia nak ajak afiqah mandi, mana la budak 4 bulan pandai mandi lagi dan akhirnya dia mandi dengan Arif a.k.a ucu kesayangannya..


Ni antara gambor dan aksi farzana dalam kolam mandi.


post signature

Saturday, July 2, 2011

Allhamdulillah..All praises to Allah


Allhamdulillah..All Praises To Allah,

Tu la ayat yang bermain di bibir D, syukur padanya hari ini genap 2 tahun D masuk ke perkhidmatan awam. Impian yang telah lama tersemat dihati sejak abis belajar dari universiti pada 2004 lagi..Walaupun agak lama rezeki D tiba, namun D bersyukur pasti ada 1001 hikmah yang tersembunyi dan itulah yang terbaik utk D..

Dah hampir 2 tahun juga D berkhidmat di Jabatan ini, bersyukur sangat jabatan ini baik terlalu banyak peluang utk menimba pengalaman dan meningkat ilmu dunia dan akhirat. D tahu dengan keizinan dariNYA juga D dipilih utk berkhidmat di sini..memikul satu amanah yang cukup besar.

Pelbagai kenangan pahit dan manis yang dilalui sepanjang hampir 2 tahun di sini.Insyaallah, segala kenangan pahit D jadikan ikhtibar dan panduan dalam menghadapi hari-hari esok dan kenangan manis akan terus tersemat di dalam minda dan sanubari utk terus berusaha melakukan yg terbaik demi amanah yang diberikan.

Thank You Allah..for everything..

Sumber gambar: Adahanny

post signature

Tuesday, June 21, 2011

Perjalanan Menuju Kematian..


Pagi tadi Di sempat ambil sikit nota dari program Motivasi oleh Ustaz Pahrol Mohammad Juoi pasal Perjalanan Menuju Kematian.Antara isi motivasinya yang boleh kita semua ambil iktibar dan panduan:-

  • Kelahiran bermulanya perjalanan menuju kematian
  • Kematian adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang akhir..abadi.
  • Ada tiga jenis golongan manusia di dunia ini:-
  1. Ingat Mati
  2. Takut Mati
  3. Lupa Mati
Digolongan manakah kita berapa? Sebaik-baik golongan adalah orang yang "Ingat Mati"

Sebagai persediaan menghadapi kematian yang tidak kita ketahui bila panduan dari ustaz ialah:-
  1. Sentiasa dan terus memberi atau membuat kebaikan. Usah bertangguh
  2. Segerakan bertaubat, banyakkan beristighfar apabila sedar telah melakukan dosa kecil dan solat taubat apabila telah melakukan dosa besarSentiasa berazam tidak mengulangi dosa yang dilakukan.
  3. Takut membuat dosa. Dosa adalah perbuatan yang membuat hati dan jiwamu resah.
Kata-kata terakhir dari Ustaz : Orang yang takut mati akan mati berkali-kali dalam hidupnya tetapi orang yang berani mati hanya sekali.

Renung-renungkan, selamat beramal..kita buat, insyaallah kita yang dapat..

Lepas slot tu Siti keluarkan lagu dari Far East: Menanti di Barzakh, nak letak dia punya MP3 selalu failed, jadi Di letak lirik lagu dia utk kita sama-sama hayati dan renungi.

Menanti Di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Sumber gambar: Buscovoice
Sumber Lirik lagu : Lirik nasyid

post signature

Monday, June 20, 2011

Selamat Pengantin Baru My Lovely Sister..Kak Yat

Kak Yat..cantik dan berseri-seri

Selamat Pengantin Baru Di ucapkan to My Lovely Sister Kak Nor Hayat a.k.a Kak Yat..dia kakak angkat Di yang dah Di anggap macam kakak sendiri, almaklumla Di anak sulung. Dekat 6 tahun kenal kak Yat, Negeri Sabah di bawah bayu menjadi tempat pertemuan kami. Dia jugaklah ex-housemate Di masa mula2 menapak kaki ke Negeri tersebut.

Kak Yatlah tempat Di mengadu segala kesedihan dan kebosanan berjauhan dengan keluarga. Kak Yat asal kelantan..sedih tak ada rezeki nak ke kendurinya di kelantan dan juga di Sabah.Allhamdulillah, akhirnya kak yat bertemu dengan jejaka pilihan hatinya di tempat yang sama..

Terlalu banyak kenangan pahit manis sepanjang kat Sabah yang Di lalui bersama Kak Yat. Di panjatkan kesyukuran pada Allah kerana mengurniakan Di kakak macam kak yat, sangat caring and loving..

Walaupun Di tak berkesempatan menghadiri majlis perkahwinannya di kelantan dan sabah..dapat gambar pun dari facebook pensyarah kat sana..Di mengambil kesempatan ini mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada Kak Yat dan Suaminya.

Di doakan semoga Allah kurniakan kebahagiaan, kerahmatan, keberkatan dalam rumahtangga Kak Yat. Semoga berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..miss u so much my lovely sister..take care..



post signature

Thursday, June 9, 2011

Seminar KeIbuBapaan..


Panel : Y.M Dr Tengku Asmadi, Y.Bhg Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
dan Y.Bhg Dato' Engku Ansaruddin Agus



Sekitar Seminar tersebut

Sesi masa pembelian buku Perangi Sihir

Kengkawan pernah pergi seminar ni? Di, allhamdulillah diberi kesempatan olehNYA untuk menghadiri seminar tersebut yang dibuat oleh MAP Training & Consultancy yang dibuat oleh Pengarah Urusan siapa lagi kalu bukan Y.M Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Satu seminar yang sangat bagus..Di galakkan rakan-rakan blogger yang bergelar ibubapa utk hadiri seminar tersebut. Sedar tak kita tak pernah diajar ilmu keibubapaan biasanya kita berlajar melalui pengalaman sendiri atau tanya pada orang yang lebih tua..hakikatnya ilmu keibubapaan ini sangat penting supaya kita tidak digelar ibubapa derhaka..yakni salah mendidik dan mentarbiahkan anak- anak kita..Dalam seminar ini ada juga dimasukkan slot untuk rawatan Islam, modul yang sangat bagus kerana walaupun kita di zaman moden kekadang faktor gangguan juga menjadikan punca kenapa anak kita menjadi malas dan nakal. Kami diberi buku manzil dan dapat membeli buku Perangi Sihir.

Sedikit ilmu penting yang Di nak kongsi dengan rakan-rakan blogger hasil dari seminar tersebut ialah mengenai Hukum Minda. Sebagai ibubapa kita perlu tahu mengenai hukum minda kerana ianya sangat penting dalam proses kita mendidik, menegur atau mentarbiah anak-anak.Sedarkah kita sebenarnya kita telah menggunakan hukum minda yang salah?

Ada 4 Hukum Minda:-

1. Apa yang tergambar itu yang terhasil.

- Dalam kita menegur atau mendidik anak, kita mesti menggunakan gambaran yang positif..contoh cakap anak kita rajin belajar, bijak, mendengar cakap..

- Minda anak kita akan menggambarkan apa yang kita sebutkan kepada mereka , oleh itu hasilnya akan memberi motivasi kepada anak utk melakukannya.


2. Otak tak paham perkara negatif.

- Kesalahan yang biasa ibubapa lakukan ialah menyebut perkataan "jangan" dalam arahan mereka pada anak-anak.Contoh: adik, jangan tumpahkan air.Otak anak tidak mengambil perkataan "jangan" tetapi mengambil ayat yang hujung "tumpahkan air" hasilnya anak kita anak menumpahkan air yang dipegang/minum.

- Cara yang terbaik utk menegur anak contohnya: adik, pegang cawan elok-elok ya/ adik minum elok-elok ya.


3. Otak akan melengkapkan apa yang tidak lengkap.

-Contoh kita beri arahan pada anak : adik, pergi baca buku..anak kita pun naik baca buku, maybe dia baca buku komik, buku cerita atau buku yang tidak berkaitan.

-Jadi supaya anak lebih jelas dan dapat buat seperti apa yang kita inginkan, kita kena beri arahan yang lengkap seperti : Adik, pergi baca buku sains muka surat 20 tajuk Tumbuh-tumbuhan.

-Setiap ayat atau arahan yang nak kita berikan perlulah lengkap bagi mencapai maksud yang sebenar.


4. Otak suka mencari sesuatu yang tidak betul.

- Masa kursus ni Dr tunjukkan kami duit brunei kemudian dia suruh kami cari apa yang salah pada duit tu..macam2 jawapan yang diberikan, sedangkan hakikatnya mereka tak pernah tengok duit brunei. Itu adalah salah satu bukti bahawa otak suka mencari perkara yg tidak betul.

- Sebagai ibu bapa jika anak buat satu kesalahan kita fokus pada penyelesaian bukan pada masalah yang berlaku.

Contoh tulisan anak kena marah dengan cikgu, kebanyakkan ibubapa akan terus cakap "adik kena marah mesti adik buat bising kan? kacau kawan kan?" tanpa dengan dgn jelas penjelasan dari anak.

Sepatutnya ini yang dilakukan:-

1. Kita tanya kenapa cikgu marah anak. Contohnya : anak cakap dia tidur dalam kelas.

2. Kita boleh nasihatkan anak "adik kena tidur awal sebelum pukul 10, jadi adik akan cukup tidur dan segar."

- Anak adalah manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan, sebagai ibubapa kita perlulah bertindak sebagai penasihat yang sentiasa memberi panduan, bimbingan dan tunjuk ajar agar anak tidak mengulangi kesilapan yang sama.

** Satu kata-kata Dr Asmadi dalam program permata hati di IKIM Rabu lepas ialah "Ibubapa memang perlu sentiasa mengulangi atau mengingatkan anak akan segala perlakuan baik yang dia perlu lakukan, itu memang tanggungjawab kita sebagai ibubapa."

Kepada kengkawna yang berminat utk hantar anak ke MAP atau berminat utk hadiri Seminar Keibubapaan boleh rujuk laman MAP untuk dapatkan maklumat : MAP

Bagi yang bercadang utk mendapatkan perawatan Islam boleh hubungi : Pak Engku Yashifien

Dua ibu yang Di kenal masa program ni: Husna dan Kak Radziah

post signature

Friday, May 27, 2011

11 Kekayaan/ Kekuatan


Allhamdulillah, semalam Di sempat hadir wacana minda yang dibuat oleh kementerian..penceramah jemputan ialah Y.Bhg Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dengan tajuk Rumahku Syurgaku:Korban Kasih.

Tajuk macam menakutkan Korban Kasih, ustazah fokus bagaimana untuk elakkan kekurangan kasih sayang yang dialami oleh ibu bapa, suami isteri dan anak-anak..terutama dalam kesibukan kita mengejar kerjaya. Ustazah berikan 11 kekayaan/kekuatan yang perlu kita amalkan bagi mengelakkan korban kasih..iaitu:-

1. Kaya Iman

- Pilih bakal suami/ isteri yang beriman kepada Allah - Sentiasa jadikan keimanan kepada Allah sebagai asas dalam kehidupan dan berdoa sentiasa agar diberi ketetapan iman.

2. Kaya Amalan

- banyakkan berzikir kepada Allah amalkan Surah Al-Anbiyaa ayat 87 - banyakkan melakukan kebaikan seperti sedekah contoh: senyum , ianya juga merupakan petua awet muda kerana apabila kita tersenyum kita menggunakan 14 otot dimuka beranding masam muka mengguna 71 otot dimuka.

3. Kaya Ilmu

- belajar ilmu mendidik anak-anak. - untuk isteri / bakal isteri untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga. Apabila suami pulang dari kerja, jangan terus berleter atau meluahkan masalah. Mengikut kajian Usatazah Nor Bahyah, berikan masa sekurang-kuranya 40 minit untuk suami rehatkan badan, minda berikan segelas air kemudian selepas 40 minit barulah nyatakan apa yang ingin disampaikan. - sentiasa hargai ibu bapa ,pasangan atau anak -> beri pujian atau hadiah.

4. Kaya Akhlak/ Budi Bahasa

- sentiasa amanah dan jujur. -bercakap lemah lembut - jadikan akhlak Rasulullah S.A.W sebagai contoh dan idola.

5. Kaya Kasih Sayang

- belai ibu bapa, suami atau isteri dan anak-anak. - ucapkan dan tunjukkan kasih sayang kepada insan tersayang.

6. Kaya Kesabaran

- sentiasa kuatkan kesabaran menghadapi kerenah ibu bapa, suami atau isteri dan anak-anak kita. - Sabar itu adalah salah satu khazanah dari khazanah-khazanah syurga. - Amalan doa untuk melembut hati Surah Al-Hasyr ayat 21 . Tipukan pada ubun-ubun anak ketika sedang tidur . Untuk suami atau isteri, tiupkan pada leher pasangan sewaktu mereka dedang tidur atau ditiupkan dalam air minum suami/isteri.

7. Kaya Nasihat

- Sentiasa berusaha memberi teguran dan nasihat pada ahli keluarga. Kita perlu sentiasa berdoa dan berserah pada Allah S.W.T

8. Kaya Harta

- Kita hendaklah pastikan mencari rezeki yang halal untuk ahli keluarga kita. Dalam kesibukan kita bekerja dan mencari rezeki jangan lupa ibadah wajib kepada Allah.

9. Kaya Kesihatan

- Kita perlu menjaga kesihatan ibu/bapa, suami/isteri dan anak-anak. Sentiasa berbakti dgn berjumpa atau menjaga kedua ibu bapa kita.

10. Kaya Mujahadah

- Kita hendaklah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang anak, menjadi seorang pasangan, menjadi seorang ibu/bapa dan bekerja. - Sentiasa amalkan Surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud : " Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi ke jalan-jalan kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

11. Kaya Hati

- Kita perlu penuhi diri dengan sifat mahmudah dan buang sifat mazmumah yang ada dalam diri. Sentiasa jadi sifat pemaaf dan redha menghadapi ujian atau musibah yang berlaku.

Semoga kita dapat sama-sama amalkan untuk kebahagiaan kita di dunia dan akhirat. Anda buat anda dapat..



post signature

Wednesday, May 11, 2011

Sabar Itu Indah



Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah nokhtah segala tadbir.

Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar.

Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya Sabar itu Indah
Didikan terus dari Allah.

Ujian itu penebus dosa..
Meningkatkan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak..
penghias samudera!


Sumber tulisan oleh : Pahrol Muhamad Juoi dalam Solusi
Isu No.31 Sabar itu Indah

Blog Pahrol Muhamad Juoi : Genta Rasa

post signature