Sempana hari jumaat ni mari kita sama-sama bermuhasabah diri..aku dapat dapat tips ni masa baca buku pinjam kat perpustakaan..antara cara-caranya ialah:-
1. Jadikan ghoddul basor(menundukkan pandangan) sebagai hiasn mata anda, nescaya berseri dilihat orang.
2. Oleskan lipstik kejujuran pada bibir anda nescaya semakin manis kata-kata anda.
3. Gunakan pemerah pipi anda dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu yang dijual di saloon iman.
4. Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan gelang tawaduk dan jari-jemari anda dengan cincin ukhwah.
5. Pakailah giwang mustamik (pendengar) yang taat kepada Allah dan Rasulnya nescaya anda semakin anggun.
6. Rawatlah rambu anda dengan jilbab Islami yang menghilangkan penahan pandangan lelaki yg merbahaya.
7. Pakailah sabun istighfar yg menghilangkan semua dosa dan kesalahan yg anda lakukan.
8. Sebaik-baik kalung anda ialah kalung kesucian.
9. Bedakilah wajah anda dengan air wudhu nescaya muka akan bercahaya di akhirat.
Sumber dari buku Petua Mmembuat Orang Jatuh Cinta oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan Fatimah Syarha Nordin.
Sekadar gambar hiasan..
Marilah kita sama2 renungkan dan amalkan..
Friday, December 4, 2009
9 Cara Make-up Seorang Muslimah
Posted by Nordiana Nordin at 10:33 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment