DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Sempena awal muharam aku ingin mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada semua kawan-kawan dan pembaca blog..semoga kehadiran tahun baru membawa seribu rahmat dan berkat untuk kita semua..sama-samalah kita memperbaiki dan muhasabah diri..semoga pada tahun 1431H kita menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini..tambahkan pahala dan ilmu untuk bekalan masa hadapan dan akhirat..
Thursday, December 17, 2009
Doa Akhir dan Awal Tahun
Posted by Nordiana Nordin at 11:58 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
terima kasih kerana mengingatkan..selalu terlupa nk baca doa tau...
emm, sama-samalah kita ingat mengingati..
Post a Comment