Sunday, January 31, 2010

Farzana 1 Tahun 9 Bulan



Allhamdulillah, farzana dah masuk 1 tahun 9 bulan..berapa bulan aje lagi dah nak genap 2 tahun.. dah makin besar anak umi ni..

Farzana dah semakin aktif...cakap pun boleh tahan kekadang tak boleh berhenti sampaikan orang pun tak paham ape bahasa yang dia cakap..hahaha..hanya dia yang paham..

dalam bulan ni 1 time sejak kami pindah ke semenanjung zana kena tinggal seminggu oleh aku..aku kena pergi induksi walaupun dekat tapi tak boleh nak ulang alik..siang zana masa 2 hari pertama mengamuk tak leh tido..dah masuk hari ke-3 baru ok..pandai anak umi bawak diri..

perkembangan zana 1 tahun 9 bulan:-
1. Dah banyak perkataan yang zana boleh sebut cuma bunyi sebutan tu pelik2 skit..dan banyak haiwan yang zana dah kenal dan ingat..contoh cat, fish, gajah, bird..aritu pergi kedai buku dia pun sibuk mintak beli buku..
2. Zana dah tambah 2 batang gigi geraham bawah kiri dan kanan..so, kirenya dah ada 12 batang gigi bawah..la, atas dah ada 1o batang..maybe tunggu 2 batang lagi tumbuh..
3. Dalam umur ni jugak aritu umi nampak cam ada tahi lalat nak naik kat bibir kiri zana..hai, cam bakal jadi minah becok aje anak umi ni..hehhe..tapi memang becok..ade je yang dicakap nya..
4. Zana dah makin paham org cakap..bila dia nak sesuatu atau tak nak dia akan respon..
5. Bulan ni jugak umi dah mula cuba zana pakai cloth diapers..ok la, zana macam boleh tahu bila basah..siap haritu ambik pampers nak pakai sendiri..dia dah tak selesa ngan cloth diapers dia..hehehe..
6. Semakin pantang dengar muzik lagi2 kat tv..iklan lagu ibu dia tiru gaya..macam2 je zana ni..


Semoga anak umi sentiasa sihat, ceria dan gembira..jadi anak yang solehah..

post signature

Friday, January 29, 2010

Tip Mudah untuk Tidur Anak..



1. Biarkan dia aktif waktu siang.
Apabila tiba waktu malam dia akan keletihan, sekaligus dapat tidur lena pada sebalah malam.

2. Sediakan objek yang disukainya
Contohnya seperti anak patung, bantal 'busuk', selimut atau apa sahaja yang disukainya yang dapat membantunya tidur.

3. Gangguan gajet
Bunyi daripada rancangan television atau komputer boleh mengganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Tutup semua gajet ini untuk mengelak anak aktif.

4. Berikan susu suam
Sebelum dia masuk tidur, berikan susu suam padanya untuk membantunya tidur.

**Sumber dari Majalah Pa & Ma Keluaran Februari 2010.

post signature

Wednesday, January 27, 2010

Allhamdulillah..aku lulus..

Tadi kawan aku suhairina..geng same lapor diri kat kementerian bagitau result exam undang-undang kerajaan dan kuar..
so, aku check ar..risau gak..dengar ade yang pernah kena repeat exam sebab failed..semalam aku dah pun daftar just standby kot2 ape jadi..so dah daftar..alih2 ari ni dah kuar result pulak..

ape2 pun..allhamdulillah aku lulus dengan jaya nya..tahniah tu ina dan kak iza jugak coz dah lulus..lepas satu proses..tinggal settlekan yang lain..tak sia-sia aku menulis cam nak patah jari..sebab kejor masa..mg lepas baru lulus ngan jayanya kursus induksi..emm, semua kena lalui balik..coz dah pindah tempat..hope permohonan aku utk buat pengecualian induksi umum diluluskan..malas mau pergi dah..hahaha..dok keje dengar ceramah aje..

post signature

Thursday, January 21, 2010

Last Nite kat EiMAS..

Yea..yea..ari ni last nite kat Eimas..tak sabo nye mau balik umah..rindu sesangat kat my princess..dia pun cam merajuk je..bile call pun cakap kejap aje..pastu dah tak mau cakap..sibuk buat hal lain..geram je..masa 1-2 days aku kursus dia ok..masuk semalam je semalam dia dah tak berapa nak cakap bila aku call..sedih je..,semalam buat 3G pas kelas..pun dia dah tido..dapat tengok muka tido dia le..cepat lak dia tido..

ari ni ade kelas pagi dan tengahari je..aktiviti riadah dan ldk malam tak ade..so, aktiviti bebas le..ujan pun lebat je petang ni..pas makan..lepak2 le online tenet pastu mau kemas baju..semangat mau pulang ni..hehhee..akhirnya hari yang di nanti tiba..insyaallah, petang dah dapat jumpa my princess..then, malam myhubyy sampai from kk..ok..buui Eimas..nanti mai lagi ..gerenti mai le sebab pas ni semua kursus memang buat kat sini mau save budget..

so far kursus kat sini ok..cuma yang tak best sini ada masalah air le..kami dah mula alami ni sejak semalam..sampai terpaksa pergi umah kawan utk mandi..dah le semalam berpeluh2 sakan..sebab ade friendly game netball ngan tem Eimas..emm, seronok aku rase main netball lame tak kuar peluh banyak camtu..rase segar je badan..fresh je..cuma yang tak larat berlari le..hahaha..nampak no tak fit..



post signature

Tuesday, January 19, 2010

My Induksi at Eimas - 2nd Days..

Sedar tak sedar dah 2 hari kat sini EiMAS..Institut Latihan Alam Sekitar..memang dok menghitung hari je..tak sabo nak tunggu hari jumaat..mau balik umah..

Hari ni dah malam ketiga tido tanpa si debab..rindunya kat si debabku..sian dia..hari pertama meraung2 tak nak tido..jenuh nenek pujuk..walaupun aku dah telefon dia..dia tak paham lagi..dok tunggu gak..so,dekat kul 10.30 malam aku buat 3G le..bagi dia tengok aku kat tempat lain..pujuk2 suruh dia tido..alang cakap dekat kul 11.00 baru dia tido malam tu..allahamdulillah, farzana ok stay kat umah cik pah..walaupun masa mula2 hantar tu dia meraung..biasa le baru 1st time pergi kan..even pi nursery yg dah pi tiap2 mg pun kekadang merengek..

semalam lak..kelas cam biasa..petang kami buat senamrobik dan ada latihan netball lame tak main..insyaallah, esok kami ade friendly ngan staf eimas..malam kelas abis dekat kul 11.00 telefon le tanya farzana dah tido belum..belumlagi rupanya..then,buat 3G lagi..baru le dia nak masuk bilik..nenek cakap dia letak telefon gambo 3G aku tu kat sebelah dia..sambil baring2..cian anak umi..mesti rindu ngan umi ek..pastu baru dia lena..

hari ni kelas cam biasa la..ceramah..petang free coz tadi hujan so, tak berapa sesuai buat aktiviti sebab padang licin..so,memasing dok buat aktiviti berenang le...macam2 gaya ade..hahaha...tido..

post signature

Friday, January 15, 2010

Kisah Jumaat..

Hari ni bahagian ku buat jamuan..memang dah jadi tradisi bahagian ni utk buat majlis 4 kali setahun..bagi meraikan hari lahir staf, staf naik pangkat dan staf dapat anak..emm, ni yang buat seronok ni..4 tahun keje tak pernah pun ade majlis2 macam ni..

Beli kek 2 biji..sebab ramai jugak yang besday bulan 10-12..my bos pun besday bulan 12..same ngan aku lak..hehehe..

So, dapat le hadiah ni..ok le jugak..sape mau bagikan..kenang kenangan..tahniah pada Sapuan, Hazlee dan Shahida atas kelahiran cahaya mata sulung..tahniah juga pada Kanaga yang dapat naik pangkat to 32..

Minggu depan aku tak ade kat ofis..kena pi induksi khusus kat Bangi..sedih..my princess kenala stay ngan nenek dia..mesti rindu ngan dak debab..emm, actully dah pernah pi induksi khusus masa kat UiTM dulu tapi still kena pergi sebab jabatan berbeza..so, nak tak nak kena le poi..walaupun keje berlambak2 kat ofis ni..so,see u all after 1 weeks..



post signature

Thursday, January 14, 2010

My eldest brother birthday


Hari ni hari jadi adik bongsu ku Mohd Arif Amsyar..dah besar adik aku..12 tahun..tahun ni ambik UPSR..

kami belikan kek untuk dia..celebrate family aja..ucu potong dan tiup kek..anak sedara dia pun sibuk nak meniup dan pototng kek..

Semoga arif panjang umur, murah rezeki..belajar rajin2 untuk UPSR..dan jadilah anak yang soleh..


post signature

Wednesday, January 13, 2010

Busy..



Dah lama tak menulis kat blog..emm, masuk tahun baru ni busy betul aku..banyak kena settlekan..by end of this month..ni ambik nafas jap..tulis skit le..rindu pulak nak menulis kat blog..

tadi baru abis meeting ngan my bos..dia suruh buat perancangan tahun 2010..berdasarkan peruntukan yang diterima..waa, peruntukan dan le ciput banyak yang kena cut2 ni..dah le tetiba dapat projek untuk buat video conference..since last weeks lagi aku dah dok prepare2 dokumen utk kuarkan sebutharga..memang terkejar2 le sebab next weeks aku tak ade seminggu..nak kena pi induksi khusus pulak..so, lagi bertambah busy le aku dibuatnya..

hahaha..baru tau ingat aritu masuk bulan 7..keje tak banyak sangat dah hujung2 tahun just monitoring je lebih sampai aku pun naik mati kutu keje tak ade..sekarang baru tau..ape2 pun good luck to me..bak kata bos buat je kerja kita..hahahaa...mau sambung kerja..c u later..


post signature

Sunday, January 3, 2010

Beg Upin Ipin

Jumaat aritu aku singgah beli barang skit kat The Store..tengah jalan2 cari barang tetiba my princess cakap..paya pin..hehehe..tu panggilan farzana pada upin ipin dia tak reti nak sebut upin ipn tu jadi paya pin..ada beg besar gambar upin ipin..dia nak beli..aku tak belikan le..sebab dah serupa besar zana je macam mana dia nak bawak..

then, jalan depan skit nasib ada beg kecil skit sesuai le utk farzana..boleh bawak pi jalan2..start dari beli beg tu memang dia pakai je..siap masa aku pergi kedai tudung ada budak tu tegur.."baru balik dari sekolah ke dik" dia cakap kat farzana..

Ni la gambo beg baru farzana..bukan main bergaya dia dengan beg baru...



post signature

Saturday, January 2, 2010

Novel - Yang Sebenarnya



Akhirnya, abis jugak aku baca novel ni.. hasil tulisan Aisya Sofea..salah seorang novelis yang aku minat baca novel dia..tapi novel kali ni cam kureng best skit le..jalan cite sedikit slow..

Sinopsis Belakang Novel:-

Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yg terjadi kpd Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.

Kelukaan Eddie mendapat simpati drpd Nadhiya, adik Nazirah. Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka utk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu..cinta Eddie semakin memekar. Dgn semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dr bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa..lelaki itu seperti memusuhinya.

Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah utk dirinya..

Behitulah kisah novel ni..nak tau kesudahan kisah antara Eddie dan Nadhiya..boleh dapatkan buku ni dipasaran..hehee..

Dalam novel ni Eddie diwatakkan sebagai seorang yang cepat marah pada mula2 keadaan..ada sedikit panduan untuk kawal marah yang disisipkan oleh Aisya Sofea utk kita kongsi bersama..

Tips Membendung Kemarahan
Diantaranya ialah:-

1. Membaca ta'awudz yaitu, "A'uzubillahi minasyaitanir rajiim."
2. Mengingat besarnya pahala orang yg mampu menahan kemarahannya.
3. Mengambil sikap diam diri, tidak bercakap.
4. Duduk atau berbaring.
5. Memikirkan betapa bodohnya penampilannya apabila sedang dlm keadaan marah.
6. Mengingat betapa besarnya balasan bagi orang yg memaafkan kesalahan orang lain.
7. Meninggalkan berbagai bentuk celaan, makian, tuduhan, laknat dan cercaan kerana semua itu termasuk perangai orang-orang bodoh dan jahil.


Renungan; Sekiranya kita dapat menguruskan kemarahan kita, mengikut pertimbangan akal dan agama, marah tanpa menyebabkan orang lain sakit hati atau rasa dianiaya, sedia menerima kekurangan orang lain dan memaafkan kesilapan orang lain, hati kita akan tenang dan bahagia..

Ada satu ayat dalam novel ni aku suka..bagus utk motivasi diri..share to all my friends..
"Kehidupan penuh dgn warna-warni. Adakalanya, bila kebahagiaan mendatang, kedukaan akan timbul selepas itu. Walau apa sekalipun, itulah kehidupan yg sebenarnya. ALLAH sentiasa menduga kesabaran hamban-NYA."

post signature

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru 2010



Semoga tahun ini membawa seribu rahmat, kebahagiaan dan keberkatan untuk kita semua..tekadkan azam dan kuatkan semangat bagi menempuh segala cabaran dan dugaan tahun ini..teruskan usaha..chaiyok2..

post signature