Saturday, January 2, 2010

Novel - Yang Sebenarnya



Akhirnya, abis jugak aku baca novel ni.. hasil tulisan Aisya Sofea..salah seorang novelis yang aku minat baca novel dia..tapi novel kali ni cam kureng best skit le..jalan cite sedikit slow..

Sinopsis Belakang Novel:-

Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yg terjadi kpd Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.

Kelukaan Eddie mendapat simpati drpd Nadhiya, adik Nazirah. Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka utk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu..cinta Eddie semakin memekar. Dgn semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dr bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa..lelaki itu seperti memusuhinya.

Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah utk dirinya..

Behitulah kisah novel ni..nak tau kesudahan kisah antara Eddie dan Nadhiya..boleh dapatkan buku ni dipasaran..hehee..

Dalam novel ni Eddie diwatakkan sebagai seorang yang cepat marah pada mula2 keadaan..ada sedikit panduan untuk kawal marah yang disisipkan oleh Aisya Sofea utk kita kongsi bersama..

Tips Membendung Kemarahan
Diantaranya ialah:-

1. Membaca ta'awudz yaitu, "A'uzubillahi minasyaitanir rajiim."
2. Mengingat besarnya pahala orang yg mampu menahan kemarahannya.
3. Mengambil sikap diam diri, tidak bercakap.
4. Duduk atau berbaring.
5. Memikirkan betapa bodohnya penampilannya apabila sedang dlm keadaan marah.
6. Mengingat betapa besarnya balasan bagi orang yg memaafkan kesalahan orang lain.
7. Meninggalkan berbagai bentuk celaan, makian, tuduhan, laknat dan cercaan kerana semua itu termasuk perangai orang-orang bodoh dan jahil.


Renungan; Sekiranya kita dapat menguruskan kemarahan kita, mengikut pertimbangan akal dan agama, marah tanpa menyebabkan orang lain sakit hati atau rasa dianiaya, sedia menerima kekurangan orang lain dan memaafkan kesilapan orang lain, hati kita akan tenang dan bahagia..

Ada satu ayat dalam novel ni aku suka..bagus utk motivasi diri..share to all my friends..
"Kehidupan penuh dgn warna-warni. Adakalanya, bila kebahagiaan mendatang, kedukaan akan timbul selepas itu. Walau apa sekalipun, itulah kehidupan yg sebenarnya. ALLAH sentiasa menduga kesabaran hamban-NYA."

post signature

1 comments:

shakila said... ~~ Balas Komen ini ~~

cayala akak..hehehe

Post a Comment