Assalamualaikum..
Sempena bulan Syawal yang mulia ini Di mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi berkunjung ke laman blog Di yang serba kekurangan ini. Dengan rasa kerendahan hati Di meyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf andai pernah terkasar atau tersalah bahasa sepanjang Di menulis di blog ini. Semoga madrasah ramadhan yang kita tinggalkan menjadikan kita hamba Allah yang bertakwa dan istiqamah dalam menjalankan amanah dan tanggungjawabnya di bumi yang fana ini.
Salam Aidil fitri buat rakan-rakan blogger tersayang, semoga kehadiran syawal yang mulia ini memberi keinsafan dan kesyukuran yang tinggi atas rezeki dan ujian yang melanda kehidupan kita semua, insya Allah..
Tuesday, August 28, 2012
Salam Aidilfitri
Posted by Nordiana Nordin at 8:29 AMThursday, August 16, 2012
Buat Inspirrasi bersama..
Posted by Nordiana Nordin at 3:55 PMRamadhan semakin melabuhkan tirainya..sedih dan sebak rasa hati ini. Semoga tarbiah Ramadhan tahun ini dapat menjadikan kita semua hamba Allah yang bertakwa dan sejati, insya Allah..
Thursday, July 12, 2012
Tips Amalan Mesra Alam
Posted by Nordiana Nordin at 8:12 AMInsya Allah, D akan kongsikan amalan tips amalan mesra alam yang dihantar melalui email kami. Semoga tips ini dapat menjadi inspirasi dan diamalkan bersama oleh D dan rakan-rakan blogger semua untuk menjaga alam semulajadi ciptaan Allah S.W.T. Bersama-sama kita jaga alam sekitar demi kesejahteraan bersama.
Tips Hari ini:-
Masukkan botol air terpakai yang diisi dengan batu-batu kecil dan air ke dalam tangki tandas bagi mengurangkan penggunaan air setiap kali menggunakan tandas. Pengunaan air akan dapat dikurangkan sehingga 30%.
Tuesday, July 3, 2012
Tidak Pernah Jemu
Posted by Nordiana Nordin at 7:46 AMSedar tak sedar, rupanya dah beribu-ribu kali kita solat. Beribu-ribu kali juga kita renew (perbaharui) syahadah kita. Malah berbulan-bulan atau mungkin sudah bertahun-tahun kita berpuasa (jumlah puasa wajib atau sunat sepanjang hidup). Ada sesetengahnya sudah berkali-kali mengerjakan umrah atau naik haji.
Seandainya kita fokus kepada solat, setiap hari paling tidak kita akan rukuk 17 kali, 34 kali sujud, lima kali mengangkat takbiratulihram dan memberi salam. Bukan itu sahaja, malah kita mengulangi bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali, bertakbir hampir 100 kali, malah banyak lagi bacaan lain yang dibaca berulang kali dan tidak pernah berubah.
Pernahkah kita jemu dengan semua itu? Pernahkah jemu membaca surah dan ayat al-Quran yang sama? Pernahkah jemu bertawaf dan menunaikan pelbagai rukun haji dan umrah yang lain? Tidak Pernahkan?
Hakikatnya ibadah itu makanan roh yang amat diperlukan dari semasa ke semasa. Makin dikerjakan ibadah wajib, makin terasa lazatnya, malah mungkin makin "ketagih"
Ibadah tidak pernah menjemukan. Yang jemu hanyalah hati yang kian jauh daripada rahmat Allah S.W.T. Yang jemu hanyalah hati yang terlalu mencintai dunia.
Friday, June 15, 2012
Muhasabah
Posted by Nordiana Nordin at 7:44 AMThursday, May 17, 2012
Friday, May 4, 2012
Dijentik Halus..
Posted by Nordiana Nordin at 9:30 AMFriday, April 27, 2012
Didik Anak Mu
Posted by Nordiana Nordin at 9:02 AM"Ibubapa yg menyuruh anak lebih dari sekali, telah mendidik anak menjadi derhaka"
ulang lagi...
"Ibubapa yg menyuruh anak LEBIH dari SEKALI, telah mendidik anak menjadi DERHAKA"
Jadi, bagaimana ibubapa nak suruh anak dengan "sekali" suruh sahaja?
Tips:
1. DOAKAN ANAK UNTUK JADI ANAK YANG TAAT
Bacakan doa berikut sekali setiap hari kepada anak-anak:
Surah Al fatihah (penawar segala penyakit),
Ayatul kursi (ayat menghalau gangguan syaitan),
Surah Al insyirah (doa penenang hati),
Ayat 1-5 Surah Taha 1-5 (Ayat pelembut hati)
Al hasyr 21-24, (Ayat melembutkan hati)
Doa pembuka 12 pintu kebaikan (Doa segala kebaikan)
"Allahummaf tah li abwabal khair, wabwaabas salamah, wabwaabas sihhah, wabwaabas ni'mah, wabwaabal barakah, wabwaabal quwwah, wabwaabal mawaddah, wabwaabar rahmah, wabwaabar rizq, wabwaabal ilm, wabwaabal maghfirah, wabwaabal jannah."
Hembuskan pada ubun anak2, air, makanan atau pakaian anak-anak belum dicuci. InsyaAllah, anak-anak akan jadi anak yg taat.
2. HORMATI ANAK
Contoh situasi;
Sebelum minta anak buat sesuatu, tanya pada anak apa pekerjaan yang sedang dilakukan....
Bapa: "Anak abah tengah buat apa?"..
Anak: "Tengah tengok ultraman"
3.NEGOTIATE DENGAN ANAK
Bapa: "Anak abah nak mandi pukul berapa?"
Anak: "Lepas ultraman habis, bah..."
Bapa: " Ok, bagus! 6.30 pergi mandi ye sayang.."
Kalau anak kata..
Anak: "Pukul 10malam saya mandi"
Bapa: "Ohh..tak boleh...Sebab kita nak makan malam sebelum maghrib. Jadi, anak abah mandi pukul 6.30 ye. Lepas ultraman habis terus mandi"
Anak: "Ok bah.."
4.KUATKUASAKAN
Bila dah anak dah setuju, ibubapa perlu kuatkuasakan.
Sebaik sahaja pukul 6.30 petang, pergi pada anak dan cakap.
Bapa: "Ok anak abah, dah pukul 6.30. Sekarang kena pergi mandi"
Pegang tangan anak, pimpin dia, bawa ke bilik air untuk mandi.
DONE! Sekali suruh sahaja ^_^
5. PUJIAN DAN PENGUKUHAN
Bila anak dah berjaya lakukan perjanjian yang dibuat, ceritakan kejayaannya di hadapan ahli keluarga yang lain.
Masa makan malam...
Bapa: "Ibu, tadi anak ibu ni....dia janji nak mandi lepas citer ultraman habis. Tepat jam 6.30ptg, terus dia pergi mandi. Bagus anak abah!
Rupa-rupanya, nak suruh anak pun ada CARA..Jom kita terus belajar & belajar menjadi ibubapa yg TERBAIK. Kata Datuk, bila ibubapa berubah, anak-anak pun akan berubah..InsyaAllah. Aamiin.
Sumber artikel : anakkusoleh.com
***Sumber Nota: Video ceramah Bina1Malaysia, Ibubapa1Malaysia sebagai Motivator (part 7)
Tuesday, April 24, 2012
Friday, April 20, 2012
Stress Hal Dunia atau Akhirat?
Posted by Nordiana Nordin at 12:40 PMTuesday, April 3, 2012
Berkat Pemurah..
Posted by Nordiana Nordin at 8:16 AMDiana kongsikan kisah dari motivasi pagi ini tentang sikap pemurah..
Pada satu hari, seorang kontraktor sedang bermusafir dia berehat di sebuah surau kecil setelah menunaikan solat. Kemudian dia ternampak sekumpulan kanak-kanak sedang belajar mengaji, pakaian mereka agak lusuh. Setelah itu, dia nampak kanak-kanak itu pergi ke gerai berdekatan untuk makan tengahari.Kontraktor itu menyuruh kanak-kanak ambil sahaja makanan yang mereka inginkan dia akan bayar bilnya. Kemudian kontraktor pun membayar harga makanan kanak-kanak itu sebanyak RM 23.27. Masa terus berlalu, kontraktor pun dah lupa mengenai perkara itu. Dengan izin Allah, kontraktor telah berjaya mendapat projek bernilai RM 233,000.00.
Kisah kedua yg berlaku padanya begini. Kontraktor sentiasa membuat tabungan modal pusingan dalam bank.Kini sudah hampir RM19.000 modal simpanannya untuk kegunaan kecemasan. Pada satu hari, pihak surau datang ke rumahnya untuk meminta bantuan bagi menyiapkan pengubahsuaian surau agar dapat diguna pada bulan ramadhan yg bakal tiba. Jumlah yang diperlukan adalah RM19.000. Kontraktor telah bertekad mengeluarkan duit modal simpanannya untuk diberikan pada surau. Masa terus berlalu semenjak peristiwa itu. Setelah hampir menjelang 2 bulan kemudian kontraktor telah berjaya mendapat tender bernilai 19 juta. Mengalir air matanya ketika mendapat nikmat tersebut, tak terhitung rasa syukur dipanjatkan kepada Allah. S.W.T
Inilah sedikit kisah mengenai berkat menjadi seorang pemurah. Pemurah menjadikan kita dekat dengan Allah dan mendapat ketenangan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Ayuh, rakan-rakan kita mujahadah diri agar sikap pemurah menjadi tujuan hidup di sini. Allah akan ganti atas apa yang kita berikan, insya Allah..
Macam ayat yang biasa diana dengar dapat slot ustaz pahrol. Orang kaya yang bersyukur adalah lebih baik daripada orang miskin yang sabar kerana orang kaya yang bersyukur kekayaannya dapat dikongsi bersama orang lain dengan cara mereka bersedekah.
Saturday, March 31, 2012
Earth Hour 2012
Posted by Nordiana Nordin at 8:02 AMBuat rakan-rakan blogger marilah kita bersama-sama menyertai Kempen 'Earth Hour 2012' dengan memadamkan lampu rumah pada 31 Mac 2012 (Sabtu) ini, dari 8.30 malam sehingga 9.30 malam.
Bersama-sama kita menyokong Kempen 'Earth Hour 2012'
Wednesday, March 14, 2012
Rahsia hidup tenang..Banyakkan bersyukur..
Posted by Nordiana Nordin at 8:17 AMKisah Diana dengar di IKIM pagi ini, mengenai pemuda dan tukang urut. Satu hari pemuda pergi berjumpa tukang urut untuk mengurut kaki dan tangannya.
Semasa sesi mengurut tukang urut berkata:
" Anak, sejauh mana kamu bersyukur atas nikmat kurniaan kaki dan tanganmu yang diberi oleh Allah?"
Pada malam hari pemuda terjaga, dia melihat kakinya yang cantik dan tangan yang bergitu indah ciptaannya..dengan rasa penuh jujur dia mengucapkan terima kasih atas kurniaan kaki dan tangan kepada Allah..dengan bersyukur kita mengembalikan segalanya kepada Allah.
Inilah rahsia hidup tenang dan berjaya - sentiasa bersyukur dan hargai apa yang kita ada dgn sepenuh hati dan sejujurnya kepada Allah S.W.T.
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat pancaindera, anak, kerja, rumah, keluarga dan segala nikmat kurniaanmu kepada aku dan Farzana..terima kasih ya Allah..
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ َلأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Maksudnya: “Sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu, sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih”.(Surah Ibrahim, Ayat 7)
Tuesday, March 6, 2012
Thursday, February 16, 2012
Cinta Sejati..Oh..Cinta Sejati..
Posted by Nordiana Nordin at 8:08 AM6 Ciri orang yang mendapat Cinta Sejati ialah:-
1.Tawadduk (rendah hati) dengan orang yang beriman
-Beri hadiah, ziarah, doa dan beri salam
2.Tegas kepada orang kafir
3. Tidak takut pada celaan orang dalam melakukan kebaikan
4. Sentiasa kekal lakukan perkara sunat
- puasa sunat, solat sunat dan sedekah
5. Jihad di jalan Allah
- Memperjuangkan hukum dan syariat Islam, bekerja dengan tekun sebagai ibadah
6. Membanyakkan baca Surah Al-Ikhlas
Semoga perkongsian ini dapat memberi panduan dan manfaat utk Diana dan rakan-rakan blogger. Bersama-sama kita bermujahadah dalam meraih cinta sejati daripada Allah S.W.T, insya Allah
* Dipetik dari Program Islam itu Indah: Prof Dr Muhaya (Kebaikan dalam Kehidupan)
Friday, January 13, 2012
Pesanan Buat Anakmu..
Posted by Nordiana Nordin at 1:30 PMAllhamdulillah, pagi tadi Di diberi kesempatan oleh Allah untuk dengar program motivasi pagi kat IKIM.FM. Jadi Di nak kongsikan pesanan yang dapat dari program tu.
Mendidik dan mengajar anak-anak adalah perjuangan ibu bapa sepanjang hayat. Perjuangan ini perlu kita pikul dari anak kecil sampai la ke akhir hayatnya..besar sungguh amanah yang diberikan oleh Allah.
Antara pesanan yang perlu sentiasa kita ingatkan pada anak-anak ialah:-
1. Setiap perbuatan mereka akan dibalas.
2. Sentiasa memastikan mereka mendirikan solat lima waktu.
3. Menasihatkan mereka agar sentiasa bersabar dan kuat menjalani ujian Allah.
contoh ustaz beri: telur, carrot dan biji kopi yang direndam dalam air panas
telur- akan menjadi keras
carrot - akan menjadi lembut.
biji kopi - akan menghasilkan bau harum kopi yg menyegarkan
kesimpulannya: jadilan insan yang tidak berubah mengikut keadaan seperti biji kopi..
4. Nasihatkan anak sentiasa bermanis muka - berikan salam dan senyuman pada insan sekelilingnya.
5. Bercakap dengan sopan
Teruskan mengingatkan anak-anak kita andai mereka terlupa. Memang hakikat kejadian manusia yang mudah lupa. Pengulangan adalah ibu kepada pengetahuan.
Semoga kita sebagai ibu bapa dapat menjalankan amanah Allah ini dengan sebaik mungkin agar tidak disalahkan oleh anak-anak kita diakhirat nanti.
Sebagai panduan kita bersama:-
Ibu bapa soleh/solehah = Ibu bapa cemerlang (menghasilkan) ==> anak-anak soleh/solehah = anak-anak cemerlang
.
Semoga farzana dan anak-anak rakan blogger akan menjadi penghuni syurga dan dapat memberi pencen kubur kepada ibu bapanya, Insyaallah..
Thursday, January 12, 2012
Zana dan Laman Cerdik
Posted by Nordiana Nordin at 2:04 PMAllhamdulillah, dapat gak Di post kat blog setelah sekian lama menyepi. Ini 1st post untuk tahun 2012. Allhamdulillah, Allah beri peluang untuk Di hantar zana ke Laman Cerdik. Ini kira 1st time zana betul-betul ke sekolah setelah hampir 3 tahun menginap di nursery.
Allhamdulillah, hari ini genap Farzana seminggu di Laman Cerdik. Teringat pengalaman masa 1st time hantar zana ke Laman Cerdik, macam-macam ragam kanak-kanak ada yang menangis, farzana pun naik takut. Terima kasih Allah, sebab zana baik dan selesa. Zana masuk kelas 4 Alamanda. Bila teacher Hana dah masuk Di cakap pada zana
"Umi pergi keje boleh?"
Zana jawab ,"Umi pergi la keje, zana ok je"
Allhamdulillah,lega hati dengar so Di pergi la ofis utuk urusankan keje sekejap. Walaupun that day jadi runner sikit sebab Di kena ambik zana di Laman Cerdik lepas abis orientasi dia kul 1.0.30 dan tumpang sementara dia dekat nursery lama.
Semoga farzana dapat menuntut ilmu dunia dan akhirat di Laman Cerdik . Umi sentiasa doakan sayang mudah menuntut ilmu, gembira dengan teacher dan kawan-kawan baru. Semoga ilmu yang sayang pelajari di sini dapat menjadikan sayang hamba Allah yang bertakwa dan anak yang solehah.Amin
Selamat bersekolah sayang, Take Care..Umi Love u so much.