Tadi aku dok surf2 tenet tertiba terjumpa lak blog ex-schoolmate aku..dok baca2 blog dia teringat le kisah2 zaman sekolah..satu kisah yang aku takkan lupa sampai bila2..zaman aku sekolah menengah dulu..ingat lagi masa tu trial SPM..so, tetiba pihak sekolah bukan main strict..sapa yang ade failed satu paper akan dipanggil jumpa pengetua..alamak kelam kabut aku masa tu..sebab add math aku tak kredit..ape lagi kena la panggil mengadap pn pengetua..pengetua aku masa tu perempuan..aku lupa dah name dia kena check balik kat sijil..
antara kata2 yang aku tak boleh lupa dia cakap..awak ni camne boleh failed..add math pulak tu..yelah aku budak sains tulen..add math tu adalah mata pelajaran wajib..ape nak jadi ni..takkan awak tak nak masuk universiti..nak masuk itm je..bila dengar dia cakap camtu timbul dalam hati aku..nape ngan itm..teruk sangat ke??ke sebab nama dia itm bukan bermula dari universiti macam yang lain2....pelik jugak..
dan sungguh tak sangka masin betul ayat pengetua tu abis belajar aku dapat sambung belajar ke itm..tapi aku tak le rasa rugi masuk ke UiTM..aku masuk tahun 1999..then, beberapa bulan lepas tu UiTM telah dinaiktaraf sebagai universiti..aku sendiri dok pergi majlis pengistiharaan oleh mantan PM..Tun Dr. Mahathir..bangga rasa hati ini..
hehe..5 tahun aku kat UiTM meninmba ilmu dari diploma sampai la ijazaha..then, sambung lak kerja kat sana sampai la 1/7/2009..banyak kenangan pahit manis kat UiTM..tetiba rindu pulak..hehehe..mane leh lupa..bulan Mei ni la aku mula menjadi staf di UiTM tu 5 tahun dulu le..kalu masih setia di sana tahun ni genap le 5 tahun..aku kat UiTM..tapi rezeki aku bukan di sana nanti..
So, moral of the story..jangan terlampau prejudis pada sesuatu tempat belajar..pada aku semua tempat belajar ingin memberi ilmu kepada penuntutnya..semuanya bergantung kepada sikap dan attitude pelajar itu sendiri..
Monday, May 24, 2010
Cerita Zaman Sekolah..
Posted by Nordiana Nordin at 4:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment