Thursday, May 13, 2010

Sambutan Hari Belia Negara 2010

Kemeriahan mula terasa kat sini..penuh khemah2 dinaikkan..bus cluster pun dah dok parking kat tepi ofis aku..memang pesta betul kat ni..mau jammed putrajaya hujung minggu ini..so, mari kawan2 mai putrajaya meriah kan suasana..Sambutan berlangsung di Presint 4 Putrajaya..

kami semua dok risau esok jalan2 utama putrajaya ditutup..lega bila baca berita dari Utusan..berikut beritanya:-

Persiaran Perdana masih boleh dilalui esok
13/05/2010 1:55pm

PUTRAJAYA 13 Mei - Polis hari ini menjelaskan, sempena Karnival Hari Belia Negara 2010, penutupan jalan akan dibuat pada 15 dan 16 Mei 2010. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner, Abd. Razak Abd. Majid berkata, sehubungan itu kakitangan kerajaan dan orang awam masih boleh menggunakan laluan sepanjang Persiaran Perdana pada hari esok.

Penjelasan ini dibuat berikutan pihaknya menerima banyak panggilan telefon daripada kakitangan kerajaan yang menyangkakan penutupan jalan akan bermula esok. - Utusan


30,000 PARKIR DISEDIAKAN UNTUK PENGUNJUNG KE HARI BELIA NEGARA 2010

Putrajaya, 11 Mei 2010 - Seramai 300,000 orang dijangka berkunjung ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya sempena perayaan Hari Belia Negara 2010 pada 14 hingga 16 Mei ini.

Bagi kemudahan pengunjung, sebanyak kira-kira 30,000 petak parkir awam telah disediakan di Presint 1, 7, 18 dan 20.

Pihak penganjur akan melaksanakan konsep Park ‘n’ Ride sepenuhnya sepanjang acara berlangsung kerana beberapa jalan utama ke Core Island Putrajaya akan ditutup kepada lalu lintas.

Orang ramai tidak perlu risau kerana tidak kurang daripada 30 buah bas ulangalik (perkhidmatan shuttle bus) disediakan untuk membawa orang ramai dari lokasi parkir awam ke pusat transit di tapak acara.

Sebanyak 16 buah trem disediakan di pusat transit secara percuma untuk kemudahan pengunjung bergerak di sekitar tapak acara.

Untuk kemudahan orang ramai, seramai 300 orang sukarelawan bermotorsikal dijangka terlibat mengangkut orang ramai ke lokasi karnival di dalam Core Island.

Pengunjung berkenderaan yang melalui Presint 1 boleh meletakkan kenderaan di tiga lokasi parker awam di Park ‘n’ Ride berhampiran pusat membelibelah Alamanda yang boleh menampung 1,500 buah kereta dan 300 petak parkir di belakang Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.

Orang Ramai dibenarkan meletak kenderaan di sepanjang tepi jalan Oval Route, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang boleh menampung 2,000 kenderaan.

Di Presint 7 pengunjung boleh meletakkan kenderaan di parkir awam ERL dan Park ‘n’ Ride Putrajaya Sentral yang menyediakan 2,500 petak dan 2,000 ruang parkir di tapak cadangan Pusat Kanser bersebelahan Hospital Putrajaya.


Manakala di Presint 18 pula pihak penganjur menyediakan tiga tapak parkir yang boleh menampung 1,600 buah kenderaan dan 2,000 ruang di sepanjang jalan yang dibenarkan di kawasan tersebut.

Orang ramai yang datang dari laluan lebuhraya MEX, LDP dan PLUS (Exit Putrajaya), Cyberjaya dan Dengkil dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan meletak kenderaan khas di Presint 20 atau Presint 7.

Tapak parkir di Presint 20 boleh menampung 18,000 buah kenderaan dan ia berhampiran dengan tapak acara Presint 5 dan 6.

Pemandu dan pengunjung dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda penunjuk arah dan penunjuk arah parkir serta arahan pegawai lalu lintas bagi mengelak sebarang kesulitan berlaku.

Orang ramai diminta merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan terutamanya waktu puncak.
Hari Belia kali ini merupakan yang terbesar dan paling meriah pernah diadakan melibatkan 88 acara, karnival dan ekspo. Karnival dan Ekspo dibuka untuk kunjungan mulai pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sekretariat Hari Belia Negara 2010 di talian 03-88713535 atau 88713613.

Maklumat dari surat khabar:Utusan



Gambo dari : Arif

post signature

2 comments:

Kancilbiru said... ~~ Balas Komen ini ~~

jangan lupa update gambar yer...:) nak p mmg tak la kot..

Nordiana Nordin said... ~~ Balas Komen ini ~~

ok..nanti tunjuk..

Post a Comment