Ada terbaca pasal ni kat poster..panduan yang sangat bagus bagi para suami..marilah sama-sama kita renung-renungkan2 kan dan amalkan..sharing is caring..
1. Taatilah dan cintailah Allah S.A.W dan Rasululllah S.A.W
2. Ketahuilah bahawa kamu mendirikan rumahtangga hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah dan bukan untuk melepaskan nafsu semata-matanya.
3. Nasihatilah isterimu dengan cara yang baik.
4. Layanilah isterimu dengan baik kerana sebaik-baiknya di antaramu adalah orang yang paling lemah lembut terhadap isterimu.
5. Hiasilah dirimu untuk isterimu sebagaimana kamu suka ia menghiasi dirinya untukmu.
6. Jagalah perasaanya dan janganlah memuji wanita lain di hadapannya dan janganlah mengejinya di hadapan orang lain.
7. Bertimbang rasalah kamu dan janganlah menurut sesuatu yang di luar kemampuan isterimu.
8. Ketahuilah bahawa Rasulullah S.A.W tidak pernah memukul isterinya, seandainya kamu terpaksa elakkanlah dari pukulan yang menyakitkan.
9. Janganlah kamu terlalu menurut kemahuan isterimu kerana ini akan merosakkan akhlaknya dan menjatuhkan kewibawaannya.
10. Bersabarlah atas sebarang kelemahan isterimu kerana mungkin kamu membenci sesuatu yang Allah menjadikan kebaikan yang banyak kepadanya.
**Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur.....Kata-kata ini dipetik dari blog: Rahsia Perkahwinan
Wednesday, June 30, 2010
Wahai Suami..
Posted by Nordiana Nordin at 11:29 AMTuesday, June 29, 2010
Resepi Cupcakes..
Posted by Nordiana Nordin at 3:10 PMSeperti yang aku janjikan..dibawakan resepi cupcakes, pada kengkawan yang berminat bolehlah cuba..sedap kek dia sangat moist berebut2 my princess dan adik-adik nak makannya..
Ni Resepinya:-
Chocolate Moist Cakes
Bahan2:-
2 biji telur
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum(diayak)
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan cocoa / chocolate powder
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp baking powder
1 1/2 cawan susu cair (1/2 cawan susu F&N, 1 cawan air)
1/2 tsp vanilla.
Cara-caranya:-
1. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula hingga sebati. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati.
2. Ayak tepung gandum, cocoa powder, soda bicarbonate dan baking powder.
3. Masukkan bahan ayak tadi dan susu cair secara berselang seli. Masukkan vanilla. Kacau sebati.
4. Untuk cupcakes masukkan 1/2 adunan ke dalam paper cup dan bakar suhu 150C selama 10-15 minit.
5. Tuangkan ke dalam acuan dengan suhu 160C selama satu jam untuk kek.
Ni la hasilnya..
Monday, June 28, 2010
Dosa Semalam..
Posted by Nordiana Nordin at 3:05 PMHati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah terimalah terimalah taubatku ini..
Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerana hilang dari jalan
Menuju redhamu ya Tuhan
Dihamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima
Bila mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masih adakah ampunan buatku
Tuhan dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan ada yang dapat ku gagahi
Dan ada yang ku gagal hindari
Tuhan dosaku menggunug tinggi
Tapi taubatku takut tepati
Tuhan rahmatMu melangit luas
terlalu sedikit ku bersyukur
Kini ku kembali padaMu
Mengharap maghfirah dariMu
Moga terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih padaMu
Kerana yakin kasihMu
Kekal tiada sudahnya.....
Credit to: Shahrinhilmy
Friday, June 25, 2010
Cupcakes Oh Cupcakes..
Posted by Nordiana Nordin at 4:04 PMAkhirnya tercapai gak cita2-cita aku nak join kelas deko cupcakes..kebetulan puspanita buat..apa lagi memang tak lepaskan peluang le..harga pun cuma RM38 sangat murah compare kat luar sana..
Ramai gak yang join kelas ni..pengajar rupanya mai jauh dari Sarawak sangat baik dan peramah..satu2 dia ajar kami..sapa yang berminat nak tempah atau belajar cara deko cupcakes boleh pergi ke blog Kak Ira
Ni gambo sepanjang aku berbengkel..
Kat sini lah bengkel..
Cupcakes sebelum di make-up..
Cupcakes dah siap pakai bedak(buttercream)..
Cupcakes hasil tangan aku..hehehe..comot je 1st time buat..
Hasil lagi..
Me dan mycupcakes....
Nanti kalu ade kelapangan diana masukkan pulak resepi cupcake dan buttercream untuk hiasan..boleh la kengkawan cuba..
Korang suka makan cupcakes tak?
Buat Teman
Posted by Nordiana Nordin at 8:52 AMSayangilah dan kasihanilah anak-anak anda..sabar dan tabah menghadapi kenakalan dan kelincahan mereka..berilah kasih sayang sepenuhnya untuk mereka jangan disakiti mereka..kerana anak-anak adalah kisah silam kita..hormatilah orang tua..kerana mereka adalah masa depan kita..fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah..
Petikan renungan dari Radio Ikim FM .
Thursday, June 17, 2010
Bersenam..oh..bersenam..
Posted by Nordiana Nordin at 9:52 AMEmm, korang rajin bersenam tak..bila kali terakhir korang bersenam?...
Aku ni tak la kategori rajin sangat bersenam..dulu memang agak malas..tapi sejak kawin dengan myhubby yang keje dia bidang sport ni..dah mula la rajin2 skit.
Aku paling suka senamrobik..dulu masa kat UiTM selalu gak ada program senamrobik student tapi selalu tak dapat join sebab buat time weekends.
Then, sejak pindah masuk gomen ni..sangat seronok sebab pihak kementerian akan buat senam seni ni hampir 2 minggu sekali, bagi menggalakkan semua warga kementerian melakukan senaman dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Satu amalam yang bagus dan baik, sesi senaman ni dibuat jam 4.00-5.00 petang.
kekadang tak dapat join gak sebab ade kekangan keje..ada la 2 kali aku join..tapi memang best senam seni ni..dia macam senam seni 1 Malaysia..ada gabungan tarian2 macam poco..zapin..dan lain-lain..
So, pada kengkawan..amalkan senaman untuk kesihatan dan gaya hidup yang sihat.terutama jantung kita.
Wednesday, June 16, 2010
Instrumen Muzik dan Si Kecil
Posted by Nordiana Nordin at 2:00 PMPendekatan penggunaan instrumen muzik di taska banyak membantu membina keyakinan diri kanak-kanak melalui muzik, si kecil secara tidak langsung berani meluahkan emosi mereka terutama apabila berada dalam keadaan selesa dan ceria.
Terapi muzik ini boleh mengesan sama ada mereka berada dalam keadaan sihat dan stabil atau mengalami gangguan emosi kerana kanak-kanak yang tidak sihat tidak akan menunjukkan tindak basla positif walaupun mereka berada dalam lingkungan rakan sebaya yang cergas..
Cite pasal muzik ni..farzana sangat suka dengar lagu..kekadang bila dia buat perangai bukak la lagu favourite dia..senyap le dia..layan lagu..tabiat terbaru farzana..naik kete pilih cd..pastu suruh aku bukak cd then, dia layan la lagu tu..dekat seminggu dah pepagi tak dapat dengar hot fm..sabor je la..Lagu terbaru yang farzana minat dari Wali Band- Cari Jodoh..macam2 je..farzana suka lagu rancak2..
Farzana dengar lagu, bukan main bergaya..
Anak korang suka dengar lagu? lagu apa diaorg suka?
** Sumber dari Majalah Pa & Ma keluaran Jun 2010.
Tuesday, June 15, 2010
Snek Baik VS Snek Jahat
Posted by Nordiana Nordin at 2:53 PMMacam mana dengan anak kawan-kawan..gemar tak makanan ringan?Susahkan nak elak anak makan makanan ringan, terlalu banyak dugaan di luar yang kekadang mempengaruhi selera anak ni..Jika anak sudah biasa dengan makanan ringan kita cuba tukarkan makanan tersebut kepada yang lebih berkhasiat..aku ada dapat caranya di Majalah Pa & Ma..mari sama-sama kita kongsikan.
Elakkan ambil makanan berikut:-
Gula-gula, burger, makanan ringan, kentang goreng dan aiskrim
VS (Gantikan dengan makanan berikut)
Buah-buahan, biskut bijirin, roti, sandwic, pau, popia basah dan dadih
Antara panduan memilih snek untuk anak:-
1. Pilihlah snek yang rendah lemak, gula dan garam.
2. Pastikan snek tersebut tinggi serat, vitamin dan mineral.
3. Ambil snek hanya ketika lapar.
4. Snek yang rendah kalori perlu diutamakan.
Jadi bersama-samalah kita cuba ubah selera anak-anak kita..chaiyok2..semoga anak kita mendapat nutrien yang baik bagi membantu tumbesaran mereka.
** Sumber dari Majalah Pa & Ma keluaran Jun 2010.
Monday, June 14, 2010
Kempen NRE Go Green
Posted by Nordiana Nordin at 11:14 AMHari ni aku pergi perhimpunan bulanan Kementerian bersama Y. B. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Dalam perhimpunan kali ini turut dilancarkan Kempan NRE Go Green - "Seharusnya Bermula Di NRE". Kempen yang sangat bagus, majlis diserikan dengan persembahan koir lagu rakan alam sekitar, hijau dan drama muzikal bagi menjelaskan maksud kempen dengan lebih mendalam..so, everybody..let's Go Green now for our earth future..
Ni buku Amalan Mesra Alam yang dikeluarkan oleh pejabat aku..so, mari kita sama-sama amalkan..kepada kengkawan yang berminat dgn buku ni..leh inform me..nanti leh bagikan..hehehe..
Buku Amalan Mesra Alam...
Dalam program tu diselikan dengan lagu ni..sangat bagus..lagu dari Michael Jackson - Earth Songs..mari sama-sama hayati dan renung-renungkan bait lagu ini..
What about sunrise
What about rain
What about all the things
That you said we were to gain.. .
What about killing fields
Is there a time
What about all the things
That you said was yours and mine...
Did you ever stop to notice
All the blood we've shed before
Did you ever stop to notice
The crying Earth the weeping shores?
Aaaaaaaaaah Aaaaaaaaaah
What have we done to the world
Look what we've done
What about all the peace
That you pledge your only son...
What about flowering fields
Is there a time
What about all the dreams
That you said was yours and mine...
Did you ever stop to notice
All the children dead from war
Did you ever stop to notice
The crying Earth the weeping shores
Aaaaaaaaaaah Aaaaaaaaaaah
I used to dream
I used to glance beyond the stars
Now I don't know where we are
Although I know we've drifted far
Aaaaaaaaaaah Aaaaaaaaaaaah
Aaaaaaaaaaah Aaaaaaaaaaaah
Hey, what about yesterday
(What about us)
What about the seas
(What about us)
The heavens are falling down
(What about us)
I can't even breathe
(What about us)
What about the bleeding Earth
(What about us)
Can't we feel its wounds
(What about us)
What about nature's worth
(ooo,ooo)
It's our planet's womb
(What about us)
What about animals
(What about it)
We've turned kingdoms to dust
(What about us)
What about elephants
(What about us)
Have we lost their trust
(What about us)
What about crying whales
(What about us)
We're ravaging the seas
(What about us)
What about forest trails
(ooo, ooo)
Burnt despite our pleas
(What about us)
What about the holy land
(What about it)
Torn apart by creed
(What about us)
What about the common man
(What about us)
Can't we set him free
(What about us)
What about children dying
(What about us)
Can't you hear them cry
(What about us)
Where did we go wrong
(ooo, ooo)
Someone tell me why
(What about us)
What about babies
(What about it)
What about the days
(What about us)
What about all their joy
(What about us)
What about the man
(What about us)
What about the crying man
(What about us)
What about Abraham
(What was us)
What about death again
(ooo, ooo)
Do we give a damn
Sumber dari : http://www.lyrics007.com/Michael20Jackson20Lyrics/Earth20Song20Lyrics.html
Baby & Me Giveway
Posted by Nordiana Nordin at 11:05 AMThursday, June 10, 2010
Add Widget LinkWithin
Posted by Nordiana Nordin at 3:39 PMAku ada melawat beberapa blog member banyak yang kuar widget ni..tapi tak reti nak buat..then, tanya my ex-coursemate lydzar..rupanya senang je nak buat. Macam ni:-
1. Mula2 pergi ke link ni http://www.linkwithin.com/learn
2. Isikan maklumat tersebut dan tekan button Get Widget.
3. Akan keluar instruction begini.Boleh follow instruction tersebut. Tekan Install Widget. Nanti dia akan automatically masuk dalam layout blog kita..Just drag letak kat bawak posting..
4. View dah jadi..
Sebelum ada linkwithin...
Selepas ada linkwithin...
Credit to: Lydzarsebab share knowledge dan jadi sifu tq very much....hehehe..
Monday, June 7, 2010
Cerdaskan Minda Anak
Posted by Nordiana Nordin at 3:38 PMAntara cara-cara mencergaskan minda anak ialah:-
Kreativiti - Sediakan ruang untuk si kecil menunjukkan kreativitinya.
Barang Permainan dalam Bekas - ini mampu merangsang mindanya.
Objek Pelbagai Saiz dan Warna - Beri pendedahan melalui objek barang mainan yang mempunyai pelbagai saiz dapat merangsang mindanya
Waktu segarkan badan- Ketika mandi, sediakan barangan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan kepadanya seperti itik plastik dan bola kecil.
Objek Bergambar - seperti bahan bacaan dan buku..
Tip Mudah yang boleh diamalkan:-
1. Jangan memaksa anak untuk melakukan sesuatu, jika dia tidak mahu. Berikan masa untuk dia melakukan aktiviti itu. Sabarlah dengan kerenah ini.
2. Beri Pujian. Sudah pastinya, kanak-kanak suka kepada pujian. Jangan culas untuk memberi kata-kata azimat kepada anak ini.
3. Sediakan ruang. Kanak-kanak juga inginkan ruang privasinya. Biarkan dia menunjukkan kreativitinya dengan baik melalui ruang yang selesa ini.
4. Pelukan. Sentuhan adalah tingkat laki magis buat si kecil. Melalui cara ini dia akan merasa ibu bapanya amat menyayanginya.
5. Adik pandai!Kata-kata yang memberi motivasi kepadanya mampu membuatkan si kecil merasa bangga pada dirinya sekali gus, memberikan keyakinan kepada dirinya.
**Sumber dari Majalah Pa & Ma keluaran Jun 2010
Thursday, June 3, 2010
Filem Lagenda Budak Setan
Posted by Nordiana Nordin at 1:53 PMWaa..filem adaptasi dari novel Lagenda Budak Setan tulisan Ahadiat Akashah ni dah keluar..best nya..dulu aku pernah layan novel tu memang best..masa budak2 semua novel tulisan ahadiat mesti aku baca tak pernah ketinggalan..insyaallah, nak gak pi panggung dan tengok cite ni..
Ni novel dia.
Picture Novel Credit to : Ahadiat Akashah
Pada kengkawan yang dah tengok wayang cite ni..leh ar comment ape pendapat korang..utk share kan..tapi gerenti puas hati punya kan..
Wednesday, June 2, 2010
Salar De Uyuni
Posted by Nordiana Nordin at 8:29 AM
Pagi ni aku dapat email dari kenalan lama..pasal tempat ni sangat cantik pemandangannya..ok, untuk tatapan kengkawan dan sekadar berkongsi keindahan alam.
Salar De Uyuni terletak di Bolivia dan kawasan ini dikatakan ’cermin’ yang paling besar di dunia kerana sifat pantulan yang ada padanya.
Kawasan ni juga dikatakan tempat di mana sempadan bumi dan langit bersambung/bertemu sebab seakan tiada garisan sempadan di antara bumi dan langit(kalau tgk gambar).