Antara cara-cara mencergaskan minda anak ialah:-
Kreativiti - Sediakan ruang untuk si kecil menunjukkan kreativitinya.
Barang Permainan dalam Bekas - ini mampu merangsang mindanya.
Objek Pelbagai Saiz dan Warna - Beri pendedahan melalui objek barang mainan yang mempunyai pelbagai saiz dapat merangsang mindanya
Waktu segarkan badan- Ketika mandi, sediakan barangan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan kepadanya seperti itik plastik dan bola kecil.
Objek Bergambar - seperti bahan bacaan dan buku..
Tip Mudah yang boleh diamalkan:-
1. Jangan memaksa anak untuk melakukan sesuatu, jika dia tidak mahu. Berikan masa untuk dia melakukan aktiviti itu. Sabarlah dengan kerenah ini.
2. Beri Pujian. Sudah pastinya, kanak-kanak suka kepada pujian. Jangan culas untuk memberi kata-kata azimat kepada anak ini.
3. Sediakan ruang. Kanak-kanak juga inginkan ruang privasinya. Biarkan dia menunjukkan kreativitinya dengan baik melalui ruang yang selesa ini.
4. Pelukan. Sentuhan adalah tingkat laki magis buat si kecil. Melalui cara ini dia akan merasa ibu bapanya amat menyayanginya.
5. Adik pandai!Kata-kata yang memberi motivasi kepadanya mampu membuatkan si kecil merasa bangga pada dirinya sekali gus, memberikan keyakinan kepada dirinya.
**Sumber dari Majalah Pa & Ma keluaran Jun 2010
Monday, June 7, 2010
Cerdaskan Minda Anak
Posted by Nordiana Nordin at 3:38 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
main masuk je le si zana ni, x ikut kaler pn...janji happy...huhuhuhu...big clap
hehe..dia memang suka main benda ni..masuk ikut suka hati dia je..biarla untuk permulaan..
saya punya anak aktif sgt ler.....dh abis idea
Post a Comment