Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah terimalah terimalah taubatku ini..
Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerana hilang dari jalan
Menuju redhamu ya Tuhan
Dihamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima
Bila mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masih adakah ampunan buatku
Tuhan dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan ada yang dapat ku gagahi
Dan ada yang ku gagal hindari
Tuhan dosaku menggunug tinggi
Tapi taubatku takut tepati
Tuhan rahmatMu melangit luas
terlalu sedikit ku bersyukur
Kini ku kembali padaMu
Mengharap maghfirah dariMu
Moga terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih padaMu
Kerana yakin kasihMu
Kekal tiada sudahnya.....
Credit to: Shahrinhilmy
Monday, June 28, 2010
Dosa Semalam..
Posted by Nordiana Nordin at 3:05 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment